ʚ┊23 ❝ 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐅𝐚𝐢𝐭𝐡 ❞

1K 50 0
                                    

Setelah 2 minggu peperiksaan berlangsung, hari ni hari dimana sepatutnya kami berehat dari belajar namun siapa sangka 2 minggu akan datang qualifying akan bermula. Ya, sekolah aku memang gila dan kejam apabila musim peperiksaan. 

"Malam ni aku ada fight dengan Saad love. Kau tak payah ikutlah ye. Aku takut kalau kau nampak aku dengan Saad. Sebab last fight aku dengan Saad 10 bulan lepas dan dia dimasukkan dalam hospital love. Aku taknak kau tengok aku dalam keadaan aku macamtu" Kata Faith sambil bermain dengan hujung kunci kereta aku. 

"Nak tengok juga sayang" Kataku meleret. 

"Jangan buat suara macam tu please" Faith merenung aku lama sebelum matanya memandang jendela besar dalam cafe . Ya, aku dan Faith dalam cafe. Selepas tamat waktu sekolah aku dan Faith lepak dekat cafe. Sebab apa? Sebab kitorang discuss tajuk tajuk yang akan keluar qualifying. Cuma aku tak satisfied dengan exam aku yang telah berlalu

"Love, jom balik. Dah masuk waktu asar ni" Faith berdiri dan menuju ke keretanya yang terletak sebelah kereta aku. 

"Hati hati Faith" Kataku dan Faith hanya mengangukkan kepala dan mengenyitkan matanya. Memang aku putarkan mata aku ke ataslah. 

-ˋˏ✄┈┈┈┈

Aku memasukkan tangan aku dalam pocket hoodie aku yang berwarna unggu. Aku hanya memerhatikan dua orang yang tengah fighting dan jelas tu bukan Faith. Sebab Faith jam 10 dan sekarang ni 9.30PM dan jangan risau daddy dah benarkan aku selepas Faith meminta izin dan menjelaskan tentang dia menjadi undergroud fighter. 

"Lama dah ke Insyi?" Soal Raid dan dia berdiri sebelah aku namun berjarak sedikit. 

"Tak juga. Datang dengan Faith tadi" Balasku

"Auch. Sejak dia dengan awak, saya dilupakan" Aku hanya memutarkan bebola mata aku. Malas nak layan kawan Faith yang selalu masuk air ni. 

Dan kini match antara Faith dan Saad pula akan disaksikan oleh ramai penonton yang dalam dalam bangunan ni. 

Saad yang membuka bajunya dan melemparkan di atas ring box dan ada yang sanggup bertolak demi mendapatkan baju Saad. Tak nak puji tetapi apa pasal badan lelaki ni menggoda sangat. Saad hanya memakai seluar yang menutup bawah pusat dia hingga paras lutut. Mata aku disajikan dengan 6 ketul roti yang ada di badan Saad. Faith, saya tak curang Faith cuma iman saya jatuh kalau pandang ketulan ketulan yang ada dekat lelaki. Dan yang dinanti nantikan kelibat Faith masuk ke dalam ring box membuatkan jeritan dan sorakan bergema dan semakin kuat. Faith mengikar rambutnya yang sudah panjang itu kebelakang. Faith hanya memakai balutan menutup perutnya dan seluar panjang. Yelah Faith kan selalu macamtu. Ahaks. Hanya aku sahaja yang boleh tengok perut dia! Eh. Wajah Faith dibasahi dengan peluh yang aku percaya dia sempat bersenam dalam bilik persiapan. 

Bunyi tembakan menandakan sudah bermula. Tembakan palsu je. Bukan tembakan asli. Langkah Faith dan Saad memang laju dan masing masing seperti hafal strategi pihak lawan. Saad memukul belakang Faith uat sehingga badan Faith terkedepan dan Faith segera mengangkat kakinya menendang kedua kaki Saad hingga Saad terbaring.

Saad melompat naaik ke atas badan Faith dan menjatuhkan badannya dengan mudah. Tangan Saad mencengkam kuat leher Faith sehingga dapat aku lihat Faith kesukaran untuk bernafas namun Faith tak menyerah kalah, Faith melompat berdiri dan melompat kembali untuk baring dan menghempap badan Saad. 

Aku memejamkan mata aku apabila Saad bangun dan membuang darah yang terkumpul dalam mulutnya. Faith mengesat darah yang mengalir di hidungnya. Saad berlari dan memeluk kepalanya menuju abdomen Faith dengan kuat. Faith menyiku belakang Saad dan mengangkat badan Saad sebelum dihempap lagi. Perlawanan semakin tak selamat apabila Saad mengeluarkan sebilah pisau yang yang digam di kaki dia. 

"Raid! Tu pisau kot!" Aku menjerit. Raid menyumpah sebelum menjerit. Badan Saad ditarik oleh dua orang yang berbadan besar dan aku percaya itu pengawal yang menjaga sisi ring box namun pisau tersebut sempat terkena perut Faith dan mengeluarkan darah. Paramedik berlari naik ke atas ring box dan aku ikut naik apabila nama aku dipanggil Raid yang sudah berada di ring box 

Aku duduk di sisi kepala Faith. 

"Faith" Panggilku. 

"Love, Aku belum mati lagi. Sikit je pun ni. Jahit sikit dah baik" Faith senyum dan memegang tangan aku yang tersembunyi dibalik lengan hoodie aku yang besar. Dapat aku lihat urat di leher Faith mula timbul apabila lukanya di dicuci. Dan dalam kesempatan tersebut dapat aku tengok dengan jelas abs milik Faith. Ni kalau aku buka mulut meleleh air liur aku. 

"Done, just make sure the bandage is clean from any dirt and any infection. Seperti biasa jangan kenakan air" Pesan salah seorang para medik yang bertugas. Faith hanya mengangukkan kepalanya

Faith berdiri dengan sokongan Raid dan aku mengikuti langkah mereka berdua masuk ke dalam bilik. Wajah Saad mengukirkan senyuman sinis melihat aku. 

"You will be banned from taking part in any competitions as a result of your attitude, which is against our laws, as well as being placed here on the blacklist. This arena will not allow your identification at all." Dan aku percaya yang bercakap dengan Saad waktu ni pemilik bangunan ni dan pemilik semua yang ada disini. Dengan badan yang sado dan besar. Tambahan pula dengan tattoo dia yang menakutkan. 

Saad menggenggam tangannya. 

"Jangan risau, aku akan bayar kau sebab kau salah seorang orang hebat dalam ni" Beberapa beg besar yang mengandungi duit diserahkan kepada Saad. Saad melanggar bahu Raid. Dan apabila Saad ingin melanggar bahu aku, Faith berdiri di hadapan aku

"Don't ever touch her" Saad memandang Faith tajam sebelum menjelingnya dan keluar dari bilik tersebut. 

"Elli, aku minta maaf sebab tak mampu halang perangai dia tadi. Ni duit kau untuk tadi. Lepasni kau pergilah check luka kau dekat hospital" Pesan ketua tersebut dan menepuk bahu Faith perlahan. 

Aku mengikuti langkah Faith untuk keluar selepas dia siap menukar pakaian. Raid dan Faith bersalaman sebelum masing masing masuk ke dalam kereta. Aku masuk ke tempat duduk penumpang kereta milik Faith. 

"Love, aku hantar kau balik ye lepastu aku nak singgah ke clinic. " Kata Faith apabila dia mula menjalankan keretanya

"Ok" Balasku perlahan. Mata aku perlahan melihat perutnya yang terselindung disebalik pakaian yang dia pakai 

"Sakit ke sayang?" Soalku dengan penuh kerisauan

"Sakit. Tak lama lagi hilang lah tu. Dah jangan risau ye. Aku dah pernah kena lebih dari ni love" Faith mengukirkan senyumannya apabila dia memandang aku untuk menghilangkan kerisauan yang mula terbit di dada. 

"Hati hati Faith" Aku melambaikan tangan apabila aku dah sampai di halaman rumah.

"Hati hati Faith" Aku melambaikan tangan apabila aku dah sampai di halaman rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

- January 20, 2023

DHIYA'S LOVE ©Where stories live. Discover now