ʚ┊28 ❝ 𝐃-𝐝𝐚𝐝-𝐝𝐲 ❞

1.1K 59 1
                                    

chapter ni sangat laju masa dia. Dia macam timelapse? So jangan confuse ye kenapa tiba tiba semua berlaku dengan pantas :')

Siapa sangka masa cepat berlalu dan sekarang ni hari pertama exam Sijil Tinggi Peperiksaan Menengah

Seminggu aku sudah menucuba yang terbaik dan hari ni aku nak lakukan yang lagi terbaik. Ini adalah demi masa hadapan aku. Jari manis aku yang dihias dengan cincin tunang salah satu punca semangat aku 

Seperti biasa hari pertama memang subjek al-quran. Aku duduk dibelakang Faith sebab kedudukan aku dalam kertas memang nombor aku tempat belakang Faith. 

Aku membaca surah pendek untuk meredakan hati aku dan apabila aku diberi kertas soalan, pada waktu tu aku seperti ditampar. Waktu ni aku sangat sangat memerlukan pertolongan Allah sedangkan aku termasuk dalam golongan orang yang melampaui batas. Tetapi aku masih memerlukan Allah dalam hidup aku. 

Dengan lafaz bismillah aku membaca soalan soalan tersebut dan aku bersyukur sangat apa yang aku hafal itulah yang kena soal. 

Setelah beberapa minit, ada juga classmates aku yang sudah keluar menandakan bahawa mereka dah siap menjawab. Tiba tiba Faith berdeham dan aku nampak dia memusingkan kepalanya dan secara tak sengaja aku melihat dia dan sebuah kenyitan diberi sebelum dia berdiri dan keluar dari tempat peperiksaan. Aku terkebil kebil dan segera aku menggelengkan kepala aku. Hish! Faith saja je nak menghilangkan fokus aku 

Aku dan Faith dah lama tak lepak sama sama. Kami dah sibuk dengan hal masing masing. Kadangkala whatsapp pun dah jarang dan kami berdua faham akan kerja kami sebagai murid sekolah. 

Faith juga dah tak jadi imam masjid dan muadzin. Sebab dalam kontrak dia memang akan jadi imam selagi belum peperiksaan STPM apa yang lagi mengejutkan, Faith diberi beberapa jumlah duit kerana menjadi imam dan muadzin. Begitu juga dengan Raid.

Aku masuk dalam kereta apabila kereta daddy menyapa pandangan aku

"so how was your first paper?" Soal daddy 

"Alhamdulillah" Balasku dan menutup mata. Sejak nak nak STPM ni aku tak cukup tidur. Tidur jam 11 bangun jam 3 sebab nak hafal banyak benda. 

Hari demi hari aku tempuhi. Ada masanya dihiasi dengan senyuman apabila terjawab soalan peperiksaan namun ada juga dihiasi dengan air mata kekecewaan apabila soalan tersebut sangat susah. 

Aku merenung kertas jawapan aku. Aku sepatutnya menjawab 5 soalan tetapi aku hanya mampu untuk menjawab 4 soalan itupun tak penuh. Air mata aku bergenang. Aku dah belajar topik ni semalam. Kenapa aku tak dapat jawab? Aku tak tahu 

"Masa tinggal 5 minit" Tangan aku terketar ketar. Memang ni je aku mampu nak jawab. 

Aku meniupkan kertas jawapan aku dengan surah surah dan ayat ayat agar secara tiba tiba jawapan aku penuh kalau kena semak 

"Masa tamat! Sila letak kertas jawapan disebelah kanan" Faith memusingkan badannya memandang aku seperti sediakala.

Aku hanya menundukkan kepala aku tak nak tengok sesiapa sebab aku tahu air mata aku dah bergenang. 

"Ok, kamu dah boleh bersurai" Aku segera melarikan diri aku keluar apabila faith ingin menyapa aku. AKu masuk ke dalam tandas. Aku dah overthinking. Macamana kalau aku gagal? Aku tak nak markah aku rendah. Aku dah usaha. 

Aku mengesat air mata aku dan keluar dari tandas. Tiba tiba lengan aku ditarik dan dibawa ke tempat tersembunyi. Dari wangian yang dipakai aku memang kenal. Faith

"love, kenapa ni hm?" Soal Faith. Hujung buku yang dipegang diletakkan bawah dagu aku dan dinaikkan 

"Saya tak jawab dengan penuh tadi Faith" Luahku 

DHIYA'S LOVE ©Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt