ʚ┊20 ❝ 𝐃𝐚𝐡 𝐛𝐚𝐠𝐢𝐭𝐚𝐡𝐮 𝐝𝐚𝐡 𝐜𝐮𝐦𝐚 𝐧𝐞𝐤 𝐮𝐦𝐢 𝐭𝐚𝐤 𝐩𝐞𝐫𝐜𝐚𝐲𝐚 ❞

1K 59 0
                                    

Faith menarik lengan aku dan membawa aku keluar. Aku terpaksa berlari mengikut langkah Faith yang laju dengan heels aku. Aku diam disebelah Faith yang kini tengah memandu. Bunyi enjin dia mengaum. Aku hanya diam membiarkan Faith reda sedikit tetapi nampaknya Faith masih marah dengan kejadian tadi 

Faith menghentikan kereta ditepi jalan. 

"Ikutkan hati aku rasa nak buat lebih je dari tadi" Aku hanya diam mendengar luahannya

"Kau malu ke lepas kejadian tadi?" Soal Faith sambil memandang aku 

"Malu? Saya malu tengok itu je. Tetapi malu sebab dengan awak tak Faith. Saya tak kesah awak anak siapa. Dari mana asal usul awak saya tak malu Faith. Cukup saya kenal awak yang sekarang. Saya tak kisah tentang masa silam keluarga awak" Balasku perlahan

"Lepas aku tahu dulu mama kerja apa aku malu sangat Dhiya. Mama menangis pujuk aku supaya tak benci dia. Aku tak benci mama Dhiya. Cuma aku terkejut. Aku tahu tu lepas cikgu aku sendiri cakap aku anak pelac- aku tak dapat sebut tu Dhiya. Aku tak tahu kenapa manusia masih pandang hina sedangkan mama dah berubah. Aku harap kau sentiasa ada dengan aku Dhiya" Luah Faith perlahan. Kalau ikutkan hati aku rasa nak peluk Faith tapi tak boleh! 

"Awak kuat Faith. Awak kena ingat semua ni terjadi ada hikmah dia Faith. Dah tak nak sedih sedih. Lepasni awak bincang dengan ayah awak oke? Saya tak nak awak tanggung seorang diri. Tak lama lagi kita exam" Pujukku perlahan

"Okey love. Would you like to drive my car?" Soal Faith

Aku memandang Faith terkejut. Wah aku tak pernah bawa kereta mahal. 

"Nak nak nak" Kataku. Faith ketawa dan kami bertukar tempat. 

"Tetapi signal sebelah kiri ni tau bukan sebelah kanan" Pesan Faith. Aku hanya mengangukkan kepala aku dan menuju balik ke rumah. Aku memandang Faith yang tertidur. Elaa ni dah tertukar dengan aku ke apa? Aku memandang jam kereta Faith. Dh pukul 11.55 PM. Pintu rumah terbuka dan daddy keluar dari rumah. Aku turun dah kereta dengan perlahan

"daddy, Faith tertidur" 

"Bagitau dia tidur je kat sini. Tak elok bawa kereta kalau dia masih mengantuk. Sepatutnya kamu yang tertidur dia yang drive. Ni dah kenapa tertukar hukum dunia ni?" Aku membuka perlahan pintu kereta Faith. Amboi nyenyak! 

"Faith. Bangunlah Faith" Kejutku perlahan. 

"Daddy Faith tak nak bangun" Rengekku. 

"Biar daddy angkat dia" Aku membulatkan mata aku. 

"Daddy! Faith ni bukan ringan tau. Badan dia tu tegap bandingkan dengan daddy yang dah tua ni" Aku agak risau jugak dengan daddy yang nak angkat Faith ni. Ni Faith asal tak nak bangun ni! Aku dah kejut dia banyak kali dengan beg aku. Esh! 

"Dah dah. Tepi. Daddy masih kuat" Tak dapat aku nafikan memang daddy juga sado tetapi faham tak itu dulu! Sekarang ni tulang tulang daddy dah nak hancur dah sebab dah tua! 

Haih malas nak berdebat dengan daddy dan aku hanya membiarkan daddy bergelut untuk mengangkat Faith dan Faith akhirnya berada dalam dukungan daddy. Sempat aku ambil gambar daddy dan Faith apabila Faith memeluk leher daddy. Daddy membuat muka jijik dan dengan langkah yang cepat daddy masuk ke dalam dan aku menutup enjin kereta Faith 

'Buk!' Aku segera mengunci dan berlari kedalam. Daddy dah terbaring atas lantai dengan Faith yang tergolek atas sofa. 

"belakang daddy sakit. Kunci pintu. Biar Faith tidur dekat sofa. Mati kot dia. Insyi call keluarga dia. Daddy nak naik atas. Patah tulang aku" Bebel daddy sambil mengurut belakangnya

Aku mengambil iphone Faith yang ada dalam pocket seluarnya. Contact yang bernama mama syurgaku ditekan

"Hello mama ni Insyi. Faith tidur dekat rumah daddy Insyi" 

"Hello Insyi. Ni mama teka Faith yang suruh kamu drive kan? Haih budak tu tidur mati kalau dah tertidur dalam kereta. Esok mama bawa baju sekolah dia. Maaf sebab susahkan keluarga Insyi" 

"Eh tak pe mama. Tak de hal. Insyi letak dulu ye. Assalamualaikum" Setelah salam aku dibalas aku menutup iphone Faith dan memandang Faith. Mata aku terpandang akan lengan dia yang mempunyai parut. Bodohlah kalau aku tak tahu tu parut apa. Siapa sangka disebalik raut wajah yang dingin ternyata menyimpan seribu satu masalah yang dipendam. Aku mengambil selimut aku yang ada dibilik lalu aku selimutkan Faith.  

-ˋˏ✄┈┈┈┈

Aku bangun lebih awal dari biasa dan 15 minit sebelum waktu subuh mula masuk. Aku turun kebawah dengan tudung sarung selepas sudah siap aku menggosok gigi dan mengambil air wudhu. Tak lama kemudian Faith bergerak dan membuka matanya

"Jangan buat muka terkejut Faith. Ni berus gigi. Awak gosok gigi lepastu ambil air wudhu. Tak lama lagi azan subuh" Faith diam dan mengikut langkah aku menuju tandas

Aku menunggu beberapa minti di luar tandas dan Faith hanya memakai t-shirt berwarna putih. Kan suit dia berlapis. 

"love, Maaflah aku nyenyak sangat tidur. Astaghfirullah" Faith meraup wajahnya yang sedia basah lepas ambil wudhu 

"Faith, imam solat subuh boleh?" Sampuk daddy yang sudah berkopiah. 

"Boleh uncle" Aku dan Faith beriringan masuk ke dalam ruang solat. Nek umi memandang aku dan Faith berkali kali. Malas nak cakap banyak dan aku memakai telekung yang tersedia dalam ruang solat. 

Selepas daddy iqamat Faith mula mengangkat takbiratul ihram 

"Allahuakhbar!" 

Memang subuh subuh Faith ni suka baca surah panjang panjang ke apa? Lenguh kaki aku berdiri nasib dua rakaat je kalau 4? Haih. Aku ikut menadah tangan apabila Faith mula membaca doa selepas solat. Ni rasa nak kahwin awal ni juga dengan Faith! 

Aku keluar dari ruang solat dan masuk ke dapur untuk membuat sarapan pagi. Calon suami ada kat rumah jadi kita kena rajinkan diri. Kalau tak memang aku sambung tidur sekejap sebelum bangun mandi bersiap ke sekolah. 

Dapat aku dengar dari sini daddy, tok walid dan Faith saling membaca al-quran. Sejuk hati perut mama Faith lahirkan dia. 

"Kenapa tak cakap Faith tu pernah sekolah tahfiz juga?" Nek umi menolak nolak badan aku. 

"Dah bagitahu dah cuma nek umi tak percaya"

Actually saya belum terfikir nak buat climax dia apa or apa plot twist dia sobs sobs

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Actually saya belum terfikir nak buat climax dia apa or apa plot twist dia sobs sobs. Korang ada cadangan ke nak saya buat apa apa ke or whatsoever? Tapi jangan risau saya sedaya upaya akan menghabiskan cerita ni dan berperang untuk membuatnya tidak bosan. 

Don't forget to click the star button and I would really appreciate if you guys drop comments here! 

- January 12, 2023

DHIYA'S LOVE ©Where stories live. Discover now