ʚ┊11 ❝ 𝐍𝐢 𝐝𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐧𝐚𝐩𝐚 𝐦𝐮𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐧𝐢? ❞

1.5K 74 6
                                    

Suasana di masjid penuh kerana hari ni tahlil buat arwah tok abi. Aku tahu setiap nyawa pasti akan merasakan kematian aku tahu, cuma aku tak sangka semua sekejap berlaku. Nek mummy hanya diam dari tadi tidak mengeluarkan suara. Daddy kata hentakan kepala arwah tok abi tu sangat kuat dan tak mampu diselamatkan. Aku assume arah tok abi ni jatuh sebab arwah suka jalan laju lepastu dia pakai kain pelikat je. 

"love" Lamunanku terhenti. Aku memandang sebelah kananku Faith tetapi dia tak pandang aku. Kepala dia menghadap dihadapan. Raid pula seperti bodyguard sebelah Faith 

"Takziah" Kata Faith perlahan. Aku hanya mengangukkan kepala aku. Nak sedih lama lama buat apa? Kita kena teruskan hidup walaupun hati masih belum cukup pulih

"Takziah Insyirah" Ujar Raid. Aku hanya mengangukkan kepala aku. 

"Aku tolong mana yang patut dulu. Hati kau kena kuatkan love" Pesan Faith sebelum meninggalkan aku. Aku memandang Faith yang menjauh dari aku. Mata aku terpaku dengan nek mummy yang termenung atas kerusi. Tangan tua dia bergetar. Aunty Qar menggosok bahu nek mummy. Qasidah pula dihantar ke keluarga Uncle Haris sebab tak ada orang jaga dia. 

"Insyi, muka Insyi macam arwah mummy kamu" 

"Ni kenapa anak dara ni lambat bangun ni? Matahari terpacah baru nak timbul?" 

"Ni gambar arwah mummy kamu tetapii tok abi nak kamu tengok tok abi sebab tok abi handsome!" 

Air mata yang mengalir cepat cepat aku seka. Nasib baik aku pakai mask. Dan bermulalah bacaan yassin dan tahlil.  

Aku melepaskan sendawa aku. Walaupun aku makan tak banyak. 

"Alhamdulillah" Ujar satu suara selepas aku mengeluarkan sendawa

Faith! Aku menjeling dia. Ni pun aku makan lepas orang orang yang hadir balik. Rayden yang berada satu meja dengan aku membuat salam lelaki dengan Faith dan Raid 

Kerusi kosong disebelah aku diduduki oleh Faith tetapi masih berjarak. 

"love, do you know that boy?" Soal Faith perlahan dan matanya menunjukkan seorang lelaki yang bersembang dengan orang masjid. 

Aku menggelengkan kepala aku tetapi 

"eh tu bukan satu sekolah dengan Raid?" Soalku 

"Betul. Kau jangan pasang niat nak tengok dia lagi. Aku cungkil mata kau nanti simpan dalam pocket" Kata Faith dengan nada serius 

"wuuu takot" Aku menaikkan bebola mata aku keatas. Sejak aku dengan Faith ni kan, Faith ni boleh tahan possessive dia. 

"I am serious right now Dhiya. Dia macam aku juga underground fighter cuma aku lebih kuat dari dia" Aku tersedak. Faith menggaru kepalanya. 

"Weh jangan tersedak" Kata Faith. Fadwah mengusap belakang aku takkan Faith kan kan kan? 

"Insyi, jangan mati dulu. Aku tahu kau nak teman arwah tapi janganlah" Tegur Rayden sebelum belakangnya ditepuk kuat oleh Faudah 

"Kau jangan nak mula dark joke  kau kat sini" Rayden tersengih 

"Faith, mula hujung minggu ni saya tak solat kat sini hehehehe" Aku tersengih. Faith menghentakkan kakinya dan membuatkan semua yang berada di meja memandang dia. 

"Semut" Balas Faith sepatah. Aku menahan ketawa aku. 

"Sukanya dia. Kau kat mana?" 

"Tidur dekat rumah tok walid denga nek umi. And I think saya dengan daddy tidur kat sana buat selamanya? Yelah tok walid dengan nek umi takde siapa yang jaga diorang." Balasku. Tangan aku pula sudah bermain dengan iPhone terbaru milik Faith. Aku mana mampu nak beli. 

DHIYA'S LOVE ©Where stories live. Discover now