ʚ┊26 ❝ 𝐄𝐡 𝐅𝐚𝐢𝐭𝐡? ❞

1K 48 2
                                    

Sepanjang qualifying aku cuba untuk melupakan perbualan aku dengan tok walid. Aku tak nak kerana tu aku tak mampu nak fokus. 

Hari ni. Hari terakhir aku qualifying. Aku menarik nafasku. Kalau dulu aku teruja sebab dah habis qualifying dan boleh fokus peperiksaan besar beberapa bulan lepas tu. Sekolah aku dengan tiba tiba menunda peperiksaan besar tersebut dan akan dijalankan pada awal bulan 12. Namun apa yang membuatkan aku takut ialah siapakah yang akan menghantar rombongan meminang? 

"hey love. Jauh termenung" Tegur Faith. Aku melebarkan senyuman aku apabila disapa oleh Faith. Faith dan aku tak ada masa nak sembang sembang macamni. Oleh kerana aku dan Faith ni antara top 5 sekolah ni, kami sangat sibuk untuk menaikkan lagi prestasi kami. 

"Hai Faith. Mana ada. Cuma tak sabar nak habis quali" Balasku perlahan. 

"Ilek ah subject ni kan kita dah hafal banyak kali. 2 jam je. Kalau dah siap kau keluarlah. settle" Kepalaku diketuk dengan buku yang ada ditangannya. Aku segera menepis apabila buku tersebut terkena awning tudung aku

Aku belum bagitau Faiith bahawa ada yang menghantar rombongan meminang tersebut. Faith. Macamana ni Faith? rintihku. 

-ˋˏ✄┈┈┈┈

Aku tak dibenarkan turun kebawah selagi nek umi tak suruh. Bunyi gelak ketawa menyapa pendengaranku. Aku nak hilangkan gugup aku dengan mewhatsapp Faith namun hanya satu tick dah kenapa Faith tak online  ni dia buat apa eh ? 

"Insyi, jom turun" Pintu aku diketuk. Aku hanya memakai abaya berwarna peach dengan tudung satin. Lengan aku digenggam oleh nek umi. Aku sangat sangat takut. Macamana aku nak tolak pinangan tersebut. Yelah, aku hanya nak Faith je. Tak nak orang lain

Kaki aku mencecah lantai dan kepala aku masih jatuh kebawah. Tak sanggup nak angkat. Aku takut sangat. Kalau lelaki tersebut orang tua macamana? siapa nak lamar aku ni? Aku tak kenal pun lelaki lain. 

"Insyi, pandang sini" Tegur daddy. Aku mengangkat kepala aku dan 

Aku mengecilkan mata memandang dia. Dia tersengih tak bersalah. Aku memutarkan bebeola mata aku dan duduk di sofa yang kosong. 

"Ni lah lelaki yang tok walid katakan tu" Aku memandang Faith dengan pandangan tak puas hati. Apa pasal dia tak bagitahu aku awal awal? Kalau dia bagitahu aku awal awal kan aku boleh dandan cantik cantik! 

"Tak payah tenung Faith macamtu sekali Insyi" tegur mama Faith. Aku tersipu malu apabila ditegur macamtu 

"Pak haji tak tahu pula kamu dah kenal dengan cucu pak haji" Tegur tok walid 

"Saya pun tak sangka juga yang Insyi tu cucu pak haji. Tak perasa pula saya waktu hantar baju Faith kat sini tu rumah pak haji" Aku dah bingung dah. Kenapa aku tak boleh faham perbualan diorag ni?! 

"Macamni Insyi, tok walid ni guru Abraham dulu kat masjid. Dipendekkan cerita, Abraham dulu pernah janji dengan tok walid, kalau tok walid ada cucu dia nak jodohkan dengan anak dia" Cerita daddy. 

"Jadi kalau tok walid punya cucu selain Insyi, Faith kena jodohkan dengan lain?!" Soalku terkejut

"Macamtulah Insyi. Ayah lupa yang Faith ada awek dah. Maaf Insyi ye" Walaupun aku masing bangang tahap gaban namun aku oklah kalau orangnya Faith

"Jadi, apakah diterima pinangan kami ini Insyi?" Soal mama 

"Eh malu pula Insyi. Haah Insyi terima" Balasku perlahan 

"nak dengar lagi Dhiya. Telinga aku belum korek kot" Aku memandang Faith dengan pandangan geram. 

Telinga Faith ditarik oleh mama. Eh mama? Sebelum ni bukan main mama Faith ni mama lee

DHIYA'S LOVE ©Where stories live. Discover now