ʚ┊22 ❝ 𝐁𝐞𝐠𝐢𝐭𝐮𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐢𝐬𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐚 𝐥𝐨𝐯𝐞 ❞

1.1K 48 0
                                    

Aku memadang Hayyan dan Faith berkali kali. Aku saja je nak merajuk dengan Faith sebab dia peluk dengan Hayyan! Ye aku mengada biarlah! Kita mengada dengan pakwe kita bukan pakwe awak! Hayyan tersengih seperti kerang busuk apabila terpandang aku. Aku hanya menjengilkan mata aku memandang Hayyan. 

"Esok dah mula exam kan. Jadi ustazah harap kamu semua dapat buat yang terbaik. Ustazah tak harapkan kamu semua dapat full marks cuma ustazah nak markah kamu lebih tinggi dari sebelumnya. Ustazah percaya kamu semua dapat lakukan yang terbaik cuma kamu malas kan? Cuba ketepikan dahulu malas kamu tu demi masa depan kamu. Cuma beberapa bulan lagi kamu ada di sekolah ni sebelum masing masing menlanjutkan pelajaran ke tingkat lebih tinggi" Nasihat Ustazah Rumniah

Aku hanya mengangukkan kepala aku. Memang betul cuma beberapa bulan sahaja aku ada di sekolah ni. Banyak kenangan yang telah aku lalui seorang diri eh? 

Setelah Ustazah Rumniah keluar dari kelas, aku juga pergi ke tandas sebab nak kencing. Aku membetulkan tudung aku yang senget selepas aku membuang air kecil. 

"Maafkan saya Tuan, namun saya selaku ustazah disini hanyalah untuk mendidik dan menjaga anak murid saya. Saya tak terima rasuah yang diberikan oleh Tuan" Aku mengintai disebalik dinding. Tu ayah Rubina dan Ustazah Raziah? 

"Tapi budak sekolah ustazah mencedarakan saya. Ni! Bengkak muka saya ustazah. Tak kanlah sekolah ni biarkan macamtu sahaja?!?" Marah Ayah Rubina

"Macamnilah, saya akan panggil anak murid saya yang telah mencedarakan tuan dan akan berbincang. Elyasa tu murid baru sekolah ni dan setelah kami semak rekod dia, memang dia tak ada rekod yang buruk tuan. Mari ikut saya ke bilik disiplin" Aku segera melarikan diri masuk ke dalam kelas apabila Ustazah Raziah menangkap kelibatku

"Haaa kamu dari mana berlari ni Adhiya Afira Insyirah?" Soal Ustazah Kenit

"Tadi saya nampak monyet. Sebab dua saya lari" Balasku tersengih. Kalau nak tahu sekolah ni sekeliling dia hutan, jadi monyet pun anggap sekolah ni rumah dia. Eh apa aku ni

Aku duduk di meja aku dan memandang Faith. Aku membuat isyarat mata 'Ada masalah' dan Faith tak paham. Esh! Susah juga buat isyarat mata dengan lelaki ni! 

"Assalamualaikum, maaf menganggu ustazah. Ustazah Raziah ingin berjumpa Faith Elyasa dekat bilik disiplin" Rayden menegetuk pintu. Kalau nak tahu Rayden ni murid kesayangan Ustazah Raziah. Rayden kan pengawas. 

"Waalaikumsalam Rayden. Nasib baiklah nama kamu Rayden je kalau tak memang panjang ustazah sebut kamu. Haa Muhammad Faith Elyasa, sila sila pergi dari kelas saya" Halau Ustazah kenit dengan tangan yang menghalau Faith. Faith hanya mengangukkan kepalanya

"Eh lupa, Rubina juga dipanggil" Rayden memandang aku dan matanya seakan akan bertanya ' apa dah jadi?' dan aku hanya mengangkat kedua bahu aku

Rubina bangun perlahan dan keluar dari kelas setelah Faith keluar dari kelas. Suasana menjadi bising. Haaa gossip! 

" Kamu tahu ke apa dah jadi? Meh kongsi dengan ustazah" Bisik Ustazah Kenit dengan suara yang kuat

Ustazah Kenit ni kaki membawang juga dengan muridnya. 

Semua rakan kelas aku memandang aku 

"Haa Adhiya Afira Insyirah, tahu ke kenapa?" Soal Ustazah Kenit

Aku diam lama sebelum 

"Tadi saya hanya terserempak dengan Ustazah Raziah dan ayah Rubina. Itu je" Balasku perlahan 

"Oh kau lari dari Ustazah Raziah lah ni? Ehhhhh kau kata Ustazah Raziah tu monyet ke?" Soal Hayyan. Terus aku menggeleng kepala aku apabila Ustazah Kenit membuntangkan matanya 

DHIYA'S LOVE ©Where stories live. Discover now