ʚ┊3 ❝ 𝐬𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢 𝐚𝐤𝐮 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐢𝐦𝐚𝐦 𝐤𝐚𝐮 ❞

2K 102 2
                                    

Malam ni masjid dekat kampung aku ada mengadakan majlis tahlil buat arwah mummy dengan arwah adik aku. Mummy, Dhiya rindu. Muka mummy samar samar kat ingatan Dhiya. Cepatnye mummy pergi tinggalkan Dhiya. 

Aku mengangkat kotak yang mengandungi minuman dengan roti untuk diberi kepada yang hadir

"Nak kena tolong ke?" Sapa seseorang dari belakang. Aku terkejut dan memusingkan badan aku. 

"Faith?" Soalku terkejut 

"Dhiya" Katanya perlahan. Dia memandang aku sekejap sebelum menundukkan pandangan matanya. 

"Korang dua kenal ke?" Soal kawan Faith 

Kami berdua hanya diam tak menjawab. 

"Kena bluetick tapi tak kesah. So Dh-Dhiya eh?" Kawan Faith bertanya 

"Insyirah" Faith membetulkan. Entah kenapa terasa seperti ada rama rama yang berterbangan. 

Aku hanya senyum dan mengangukkan kepalaku. Kekok

"Oh Insyirah. Raid" 

"Ni tolong boleh? Letak dekat tepi tiang kem depan" Kataku. 

"Anak Ustaz Haqim?" Soal Faith tiba tiba. Eh ? Bukan dia ikut kawan dia tadi tu ke

"ye betul" Kataku. Aku rasa dia tak sedar jarak kami dekat. Aku terus ke kiri. Tak selesa

"Takziah dan maaf" Katanya dan terus beredar. 

Faith tahu tak kehadiran awak membuatkan saya tak cukup nafas?! 

Mana daddy ni? 

Aku memerhatikan daddy yang duduk sambil merenung selipar dia. Asalkan pergi masjid daddy selalu pakai selipar tu, dan aku perasan juga dekat rumah ada sepasang selipar yang sama. 

"Daddy?" Panggilku 

"Selipar ni kan ada kenangan dia Insyi. Arwah mummy punya selipar sama macam daddy. Kami bertengkar sebab selipar tahu tak Insyi. Haih kini semuanya tinggal kenangan yang tak akan daddy lupakan" Daddy menghapus air matanya yang mengalir. Nafas dihembus perlahan.

Aku mengusap bahu daddy. 

"Nanti kita jumpa dengan mereka kat syurga" Bisikku perlahan

"Dah tak nak sedih sedih. Daddy nak mulakan majlis tahlil" 

Aku duduk di tepi Fadwah. Fadwah adik Rayden. Manakalah Faudah kembar Fadwah. Mereka berdua berumur 16 tahun. Adik mereka yang bungsu bernama Ghaina Qasidah yang berumur 1 tahun lebih itu dalam dukungan Aunty Qar. 

Dapat aku dengar suara daddy bergetar ketika menyebut nama arwah mummy dan arwah adikku.

Selepas habis majlis tahlil, aku mengutip sampah sampah yang tak sengaja tergugur dekat atas lantai. 

"Amar tu kenapa dia tak cari isteri baru eh? Dia muda lagi kot baru 40 tahun. Dia dapat cari pengganti arwah Farina" Bisik mak cik yang membantu mencuci piring. 

"Ha tu lah. Aku tengok dia segak masih. Dapat buat suami lagi tu" Sokong mak cik lagi seorang 

"Ehem, mak cik dah siap ke cuci piring?" Soalku. Mereka berdua yang bercakap tentang daddy terhenti dan menunduk. 

"Eh Insyirah. Tinggal sikit lagi ni" Balas Mak cik yang dari tadi diam. 

aku megangukkan kepala aku 

-ˋˏ✄┈┈┈┈

"Sir akan bahagikan kamu kepada 5 kumpulan seperti biasa. 4 orang setiap kumpulan , 2 lelaki dan 2 perempuan seperti biasa. Kalau dulu 4 kumpulan kan tetapi sekarang ni ada pelajar baru jadi sir ubah ye" Terang Sir Huzaem. 

DHIYA'S LOVE ©Where stories live. Discover now