ʚ┊29 ❝ 𝐍𝐚𝐤 𝐧𝐞𝐤 𝐦𝐮𝐦𝐦𝐲 𝐭𝐞𝐩𝐮𝐤 𝐛𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚𝐧𝐠? ❞

1K 49 0
                                    

Aku membuka mata aku perlahan. 

"Ya Allah cucu nek umi" Nek umi memeluk aku. Aku memegang kepala aku

"mana d-daddy?" Soalku perlahan 

Nek umi memandang tok walid

"Daddy kamu koma Insyi" Aku memandang dinding. Koma. Aku menggelengkan kepalaku. Tolong! Jangan tarik nyawa daddy  Ya Allah! 

"Tipu! Tipu! Daddy!" Jeritku

Nek mummy bangun dari duduknya dan duduk disebalh aku 

"Insyi sayang, jangan macam ni. In Shaa Allah daddy kamu baik baik sahaja. Dah kamu rehat dulu ye" Aku diam dan belakangku aku rebahkan sedikit diantara katil dan dinding

"Mana Faith?" Soalku perlahan

"Dia dalam perjalanan" Sampuk Rayden.

Aku menutup mataku lagi. Aku ta nak tengok sesiapa sekarang ni. Hari sepatutnya aku bahagia selepas aku exam namun tengok aku sekarang.. Aku di hospital 

"love" Kepala aku seperti dibelai dan aku membuka mata aku. Faith 

"Faith" Aku ingin bangun dari pembaringan namun Faith menolak bahu aku untuk aku baring. Aku perasan hanya aku dan Faith je dalam bilik ni. Aku tak tahu kemana yang lain. Tadi bukan main ramai sebelum aku melelapkan diri aku 

"Aku risau tahu tak love. Mujurlah kau tak ada apa apa yang cedera" Sisi pipi aku yang berbalut tudung diusap perlahan 

"Daddy koma Faith" Ujarku perlahan 

"Kita doa yang baik baik je love. Daddy kau kuat orangnya" 

"Jangan tinggalkan saya Faith. Saya tak nak awak jauh dari saya lagi Faith. Saya tak nak Faith saya tak nak" Aku memegang tangan Faith. Sejuk. Faith segera ingin meleraikan tautan tangan aku di tangannya 

"Dhiya, lepas Dhiya. Jangan macamni love" Aku menarik tangan aku dari mengenggam tangan Faith 

"Awak dah tak sayang saya ke Faith?" Aku memalingkan wajah aku dari Faith. Air mata aku bergenang. Entah mengapa aku cepat terasa. 

"hey love love. Look at me. Tak pernah seharipun aku dah tak sayangkan kau love" Pujuk Faith dengan lembut

Faith membaca surah ditepi telinga aku dan tiba tiba aku merasa ketenangan masuk dalam hati aku. 

"Lepas ni awak buat apa Faith?" Soalku perlahan. Aku tak larat sangat nak bergerak 

"Aku nak cari kerja love sementara menunggu result STPM keluar" Aku hanya mengangukkan kepala. Memang keputusan sangat lama nak tunggu.

"Dah kau rehat je dulu eh. Aku kena balik nak ambil Anya. Esok aku datang balik" Aku memandang kepergian Faith yang semakin hilang. Aku mengusap cincin pertunangan aku dan Faith.

"oi! Kepala kau ada sakit sakit?" Rayden duduk di atas kerusi tepi katil aku

"Adalah sikit. Bila daddy nak bangun Ray?" Rayden mengusap kepala aku yang berbalut tudung sarung

"Insyi, kau teruskan berdoa agar daddy kau bangun dari koma. Hentakan kepala dia sangat kuat Insyi. Kau bernasib baik kau dekat passenger seat kalau kau duduk belakang nyawa kau 50 50" Rayden menghulurkan aku sebiji oren. 

"Bila aku dapat keluar?"

"Mummy kata esok kau dapat keluar selepas doctor check kau. Ni aku ada bawa baju kau yang nek mummy dah siapkan. Kejap lagi Fadwah dengan Faudah teman kau. Nek mummy dengan yang lain malam baru datang. Kita take turn jaga kau. Kau punya nek umi dengan tok walid jaga daddy kau kat ward khas. Kau tak payah risau eh. Malam nanti kau minta teman dengan mummy ye kalau nak jumpa daddy kau" Terang Rayden dengan lembut 

"Ray, aku bersyukur aku dah lepas exam. Ta dapat aku bayangkan kalau kejadian ni masa kita masih exam" 

"Dah dah jangan fikir bukan bukan. Mana budak kembar tu tak sampai sampai. Diorang sempat pergi ke kantin hospital nak beli makana-" 

"Kembar sampai!" Faudah membuka pintu bilik hospital dengan kuat sehingga terkena dinding 

"Woi! Agak agaklah Fau kau buka pintu ni kasi leklok" Fadwah menolak badan Faudah 

"Biarlah, kite yang bayar bilik ni kan? Mahal kot" Balas Faudah dan meletakkan beberapa plastik yang berisi makanan 

"Ni korang beli banyak banyak ni buat apa?" Soal Rayden sambil bercekak pinggang 

"Fad dah nasihat dah dia cuma tulah Faudah" Fadwah dengan Faudah mula berkelahi tak nak kalah. Aku dah menggelengkan kepala aku

"Dah korang teman Insyi tukar baju. Aku tunggu kat luar" 

-ˋˏ✄┈┈┈┈

Aku memandang daddy yang terbaring dengan mata yang masih tertutup. Bunyi machine yang bebrunyi memenuhi ruang bilik daddy. Aunty Qar menolak perlahan kerusi roda aku untuk mendekati katil daddy

"Daddy, bangunlah teman Insyi! Insyi salah daddy kalau Insyi tak ajak daddy pergi jalan jalan pasti tak terjadi" Segera Aunty Qar menepuk perlahan bahu aku 

"Jangan cakap macamtu Insyi seolah olah kamu mempersalahkan takdir. Semua yang berlaku sudah tertulis Insyi. Kita sebagai hamba yang diuji harus tabah dan bersabar kerana disebalik kejadian yang menimpa, diseblaik musibah yang dihadapi pasti akan ada manisnya dipenghujung. Daddy kamu dengar kamu cuma dia tak mampu nak cakap" Belakang aku diusap oleh Aunty Qar. 

Aku mengenggam tangan daddy. Daddy jangan tinggalkan Insyi. Insyi tak nak daddy pergi. Jangan jumpa arwah mummy dulu daddy. Jangan. Daddy janji nak tengok Insyi grad kan? 

"Insyi, jom balik bilik kamu. Dah lewat dah. Biar nek umi dengan tok walid jaga daddy" Nek umi mengusap tangan aku 

Aunty Qar menolak kerusi roda aku kembali ke tempat aku. Malam ni aku ditemani oleh nek mummy, Aunty Qar, Uncle Haris dan anak bungsu diorang Qasidah. Manakala kembar tidur kat rumah dijaga oleh Rayden. 

Dah tidur ke? 

Aku menekan pesanan dari Faith 

Nak tidur ni.
Awak belum tidur? 

Aku nak buat cv
Aku nak hantar dekat kedai makan 

Awak nak kerja apa sayang? 

For now jadi barista pun aku ok
Yang penting dapat duit
Yelah, aku kan dah tak selalu ikut fighting 
Tak de orang baru aku nak fight
Bosan 

Yelah tu
Awak dah tak strong ennn 

Kau nak tengok aku strong ke

eeee dahlahMalas nak layan awakSaya mengantukBye Faith 
Sweet dream sayang 

elellelele comelBye love

Aku menarik selimut aku menutupi separuh badan aku 

"Nak nek mummy tepuk belakang?" Aku memandang nek mummy dan mengangukkan kepala aku. Rindu nak manja dengan nek mummy. 

Hai y'alls! How are you gais doing so far? Macamana dengan awal bulan 2 ni hmm? Mine was no komen sksksks tapi chill baru awal bulan 2 semoga lepasni yang manis manis jer

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hai y'alls! How are you gais doing so far? Macamana dengan awal bulan 2 ni hmm? Mine was no komen sksksks tapi chill baru awal bulan 2 semoga lepasni yang manis manis jer. Do vote and comments yer gais hehehe thank you!! 

-February 7, 2023

DHIYA'S LOVE ©Where stories live. Discover now