ʚ┊35 ❝ 𝐘𝐨𝐮'𝐫𝐞 𝐬𝐨 𝐝𝐞𝐚𝐝𝐥𝐲 𝐠𝐨𝐫𝐠𝐞𝐨𝐮𝐬 𝐛𝐚𝐛𝐲 ❞

1.1K 57 0
                                    

Aku memandang nek umi dengan Saad bersembang. Ada jugalah Saad nak bawa daddy sembang tetapi daddy macam tak nak layan.

"Lepasni apa kamu nak buat Saad?" Soal nek umi. Aku hanya bermain dengan ipad Air 5 yang baru aku beli. Nak ubah homescreen dia jadi aesthetic

"Saya nak kerja dulu nek lepastu dalam 1 tahun lepastu saya akan sambung degree" Sopan sungguh kau ye.

"Bila nak kahwin? Ada awek dah ke Saad?" Ni yang nek umi soal dia macamtu dah kenapa?

"Belum lagi nek. Saya belum sedia. Awek? Takde nek. Malas nak bercinta" Entah apa yang dikatakan oleh mereka sampai aku dah nak siap ubah suai ipad aku. Aku pergi ke dapur untuk mengambil makanan. Lapar

"Insyirah" Aku terus berpsusing. Saad

"Pe?"

"Aku minta maaf. Aku minta maaf dekat kau dan tunang kau. Aku tak patut buat macamtu dekat Faith. Aku minta maaf sangat sangat. Aku harap korang berjodoh sampai bila bila. Sampaikan maaf aku dekat Faith" Aku memandang Saad sebelum melarikan pandangan mata aku ke dinding. Dapat aku lihat kejujuran dalam matanya

"Baik" Itu je hanya mampu aku katakan sebelum aku melarikan diri. Hiang selera aku nak makan.

-ˋˏ✄┈┈┈┈

"Ni kenapa muka macamtu?" Aku memandang Faith yang duduk berhadapan dengan aku. Sedar jugaklah aku yang nek umi memerhatikan aku dengan Faith. Tetapi malaslah nak layan

"Saad, dia minta maaf kat awak Faith. Tapi tu bukan masalah sebenar, masalah sebenar results dah nak keluar" Aku menghelakan nafas aku

"Janganlah bimbang love, aku percaya results kau gempak. Ni, kau dah baca tak group whatsapp?" Soal Faith dan aku menggelengkan kepala aku

"Takkan awak tak perasan yang saya dah keluar dari group tu sayang?" Aku tersengih tak bersalah 

"Kau ni kan haih nasib sayang, minggu ni sekolah kita ada event. Reunion konon." Faith menghulurkan phone milikna dan aku membaca satu persatu. 

"eh ni awak ke yang baca doa? Surah siapa pula?" Setahu aku, batch aku ni hanya Faith seorang sahaja yang akan mengalunkan bacaan surah atau doa. 

"Haah , aku yang baca doa selamat, yang surah tu nantilah kau tahu. Ni aku nak lepak dengan Raid. Kau nak ikut tak? Kitorang lepak dekat mamak, sambil sambil tu bolehlah kau kenal kenal dengan awek Raid" Aku membuntangkan mata aku. 

"Nasiblah saya tak benarkan dia dekat dekat dengan sepupu saya tu. Haih Raid Raid. Jomlah" Aku sempat mengkhabarkan kat daddy kemudian aku masuk kedalam kereta Faith. 

"Baby" Panggilku. Telinga Faith merah dan aku suka. 

"yes love?" Tangannya menukar gear 

" Awak tak ada nak berbual tentang Saad kers?" 

"tak. Malaslah nak bahas. Kalau dia nak minta maaf, aku maafkan walaupun dia tak berhadapan dengan aku" 

Aku hanya menganggukkan kepala aku 

-ˋˏ✄┈┈┈┈

Aku memandang Raid yang masih malu malu sebelah awek dia. Awek dia ni kasar dan sumpah lawak. 

"Korang memang diam je ke dari tadi sementara tunggu kitorang datang?" Soalku 

"Haah. Dia diam je. Aku malas betul mamat ni. Nak jadikan aku awek tapi dia yang malu malu lepastu" Aku memandang Faith dan Faith hanya mengangkat kedua bahunya. 

"Oh lupa. Aku Murshida"

"Akak kapla High Council" Aku menggelengkan kepala aku mendengar lawak tak menjadi Raid

DHIYA'S LOVE ©Where stories live. Discover now