ʚ┊21 ❝ 𝐅𝐚𝐢𝐭𝐡 𝐜𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐲𝐚? ❞

1.3K 50 0
                                    

Faith Elyasa POV

1 jam jugalah aku, daddy Dhiya dan tok walid baca al-quran. Lenguh kaki namun tak dapat dibayangkan nikmat membaca al-quran yang boleh menjadi syafaat kita nanti.  

"Ni kamu pakai baju dadd- eh panggil je lah daddy. Harap muat dekat kamu Faith"  Aku tersipu malu macam perempuan apabila diberi lampu hijau oleh daddy Dhiya. Aku mengambil baju milik daddy Faith dan seluar miliknya sementara menunggu mama dan ayah bawa baju aku kerumah ni. Ni aku kena discuss benda yang dah jadi semalam dengan mama dan ayah. Bapa Rubina tu bekas pemilik club yang ayah berkas dulu ke? 

"Terima kasih daddy" Daddy Dhiya hanya mengangukkan kepalanya. Daddy Dhiya? Macam pelik. Daddy Faith? Aku menggelengkan kepalaku. Astaghfirullah. Otak kotor sila meninggal ye jangan cemarkan otak aku yang sememangnya dah tercemar. 

Selepas membersihkan badan, aku memakai baju yang dipinjamkan oleh daddy dan duduk di meja makan. Lebih elok kot kalau aku panggil daddy dari daddy Dhiya. hahaha. 

"Mana Insyi?" Soal tok walid

"Masih kot bersiap. Ni ada sandwich Insyi buat dan teh. Kamu nak teh?" Soal nek umi. Aku diam dan baru sahaja aku ingin menjawab

"Faith tak minum teh pagi pagi. Dia minum air" Sampuk Dhiya dan duduk disebalah aku. Wangian sabun yang dia pakai menusuk hidung aku. Wangi. Sebelum aku istighfar dalam hati. 

"Saya lupa kot nak bagitau semalam saya pinjam phone awak untuk call mama. Dia kata dia bawakan baju awak ke sini" Bisik Dhiya perlahan.

"Kau dah bagitau tadi dah love" Aku ketawa perlahan. Dhiya ni memang ada sifat selalu lupa eh. 

"Faith baca doa makan" Aku membaca doa makan. Wah nampaknya macam aku kena perhatikan sama ada layak ke tidak jadi suami Dhiya. Lama juga habis sekolah ni! Esh! Nak kahwin! 

"Daddy, Faith minta izin nak bawa Dhiya pergi sekolah. Faith akan hantar dia balik juga" Kataku. Dhiya memandang aku

"Daddy?" Soal Dhiya sambil memandang aku. Telinga aku menjadi merah 

"haah daddy kau" Dhiya membuntangkan kepalanya dan pipi dia menjadi merah. Dah kenapa budak ni

"Boleh. Cuma daddy nak pesan sikit. Jaga batas antara kamu" Kata daddy tegas. Aku hanya mengangukkan kepala aku. 

Phone aku berbunyi dan nama mama muncul discreen aku. 

"Mama saya dah ada kat luar. Saya minta izin keluar dulu" Aku memandang mata mata yang memerhati 

"Insyi teman Faith" Kata daddy. Dhiya berdiri dan mengikuti langkah aku yang menuju pintu utama

Kereta haval mama menyapa pandangan. Mama turun dengan membawa paper beg 

Dhiya mencium tangan mama sebelum mereka berlaga pipi

"Ni kamu punya baju dan segala boxer ada kat sini. Dhiya maaflah ye Faith ni susahkan kamu. Esh kamu ni Faith malukan mama je patutnya kamu yang bawa kereta ni tak"Bebel mama sebelum kembali masuk ke dalam kereta. Sempat juga mama menghulurkan Dhiya makanan yang aku yakin dibeli. Ayah menurunkan jendela kereta

"Insyi, bertabah ye dapat lelaki macam Faith" Ayah ketawa dan Dhiya menundukkan kepalanya malu. 

"Esh! Baliklah sana!" Halauku. Anayra yang tertidur di kerusi belakang membuatkan aku tersenyum

"Yelah. Elok elok" Pesan mama. Aku dan Dhiya masuk ke dalam rumah dan Dhiya menyuruh aku menukar pakaian di bilik daddy selepas mendapat keizinan daddy. Aku masuk ke bilik daddy. Ada sebuah gambar besar yang diletakkan didinding. Ni aku yakin gambar daddy dengan arwah mummy Dhiya. Aku melangkah dihadapan cermin milik daddy dan membutangkan baju aku. Aku ternampak sebuah gambar kecil. Cantik arwah mummy Dhiya. Gambar tersebut ada ramai orang namun arwah mummy Dhiya berpandangan mata dengan daddy. Kacak juga daddy dulu. Jawline tajam. Aku mengecilkan mata aku memandang tulisan dalam gambar. 

DHIYA'S LOVE ©Where stories live. Discover now