ʚ┊6 ❝𝐀𝐧𝐚𝐲𝐫𝐚?❞

1.7K 69 0
                                    

Aku menahan mata aku dari tertutup. Walaupun ceramah yang kena sampaikan ni memberi manfaat tetapi aku tak boleh tahan mengantuk! Beberapa kali aku menguap dan mata aku asyik berair.

Aku terkenang cerita daddy tadi pagi sebelum aku pergi sekolah  

"Insyi, sayang tau Insyi tak ikut masjid  semalam" 

"Asal pula?" Soalku sambil membetulkan awning tudung aku yang tak cantik ni 

"Faith belanja suara dia selawat" Aku memandang daddy. Ok Dhiya ok Dhiya kena acah acah tak kesah 

"Aik? Apa kena mengena dengan Insyi?" Aku menggaru pipi aku yang kebetulan gatal 

"Yeke tak kesah Insyi?" 

"Tak!" 

"Daddy tak percaya ah" 

"Tak caya sudah" 

Aku nak dengar juga suara Faith selawat. 

"Majlis diteruskan lagi dengan bacaan surah yassin yang akan diketuai oleh Faith Elyasa pelajar tingkatan 6 atas Ibnu Arabie" 

Normal tak sepanjang bacaan yassin tu hati aku berdebar laju? Ke aku banyak dosa? Ke sebab aku masih hidup? Ah peningnya aku. 

Dan ketika itulah Faith menjadi idola para pelajar perempuan. 

Setelah selesai majlis, kami di arahkan untuk balik ke kelas masing masing. Ni aku yakin pasti mereka sentiasa heran kenapa aku takde kawan. Dah aku selesa dengan diri aku seorang diri buat apa nak ada kawan? Takkan aku ikut jalan dengan Hayyan and the geng. Tak pasal pasal aku kena wanted oleh pelajar perempuan dekat sini. Bukan apa, sekolah aku melarang dating atau seumpamanya. Kalau kantoi memang masuk disiplin. Alhamdulillah intake aku baik baik semuanya walaupun terdapat juga couple tetapi mereka tak nampakkan kat sekolah. 

Surau sekolah aku ni tingkat satu, manakala aku berdiri ditepi dinding sementara menunggu tangga kosong tak ramai oraang turun. Aku tak suka sempit sempit. Aku lebih rela tunggu lama sampai jalan tersebut kosong tak de orang. Aku mula bergerak turun apabila takde pelajar perempuan kat tangga. Tengah syok aku turun entah macamana kasut aku tapak dia licin sampaikan aku nak terjatuh ni kompom aku terduduk sakit. 

tetapi tak. Ada tangan memegang kedua bahu aku. 

"Dhiya berdiri Dhiya cepat" Gesa Faith dan aku berdiri atas kaki aku sendiri. Tangan Faith lepas dari bahu aku

Aku hanya menunduk tanpa memandangnya 

"Thank you Faith" Aku segera turun dengan laju. Nasib takde pelajar perempuan yang nampak kalau tak memang nahas aku. 

-ˋˏ✄┈┈┈┈

"So as I said today you all will do presentation base on the topic that I gave last week"  Kata Sir Huzaem

Aku duduk dengan kumpulan aku. Nervous mat. Kata kata mereka yang membuat presentation tu bagaikan masuk lubang telinga kanan dan keluar lebuang telinga kiri atau tak masuk lubang telinga kanan langsung! Entah bersyukur atau tak kumpulan aku kumpulan yang terakhir untuk membuat presentation dan aku yakin tumpuan semua pasti kat kitorang ela

Apabila nama tajuk kami dipanggil maka kami pun berdiri dihadapan kelas.  Ni aku tak suka ni sebab aku nampak reaksi mereka. Hayyan Faith kemudian Mardhiya dan aku tetapu Faith bertukar posisi dengan Hayyan jadi sebelah Mardhiya Hayyan. 

15 minit berlalu maka perbentangan kamipun selesai. 

"big congratulations. You all did an amazing job. Following this, I will assign numerous assignments. Until the end of the academic year, the members of each group remain the same. Am I clear?" 

"Yes sir" Balas kami serentak

Aku menghelaskan nafas aku perlahan. Mengantuknye aku! 

"Dhiya" 

"Pe?!" Aku dahlah nak tidur. Siapa tak nak tidur lepas sahaja kena bagitahu para asatizah (guru-guru) meeting. 

"Kau pergi masjid tak malam ni?" Soal Faith perlahan. Apa yang aku tahu, tiada siapa yang tahu Faith ni imam solat dan muadzin dekat masjid kampung aku kecuali Rayden. 

Aku malam ni baru nak mandi wajib so yes aku datang 

"Ye, datang. Kenapa?" Soalku balik

"tanya je" Katanya dan kembali ke tempat duduk dia. 

-ˋˏ✄┈┈┈┈

Seperti biasa aku, Rayden, Faudah dan Fadwah sama sama pergi ke masjid. Daddy pula dah awal dah dia pergi masjid sejak asar lagi terus talaqqi dia. 

"Kak Insyi tu boyfriend kau" Tegur Fadwah sambil matanya memandang Faith 

"Muka hang" Balasku

Aku, Faudah dan Fadwah duduk di saf paling depan. Entah dengan tiba tiba muka Mardhiya dengan geng dia menyapa pandangan aku. Lah?! Bukan mereka ni kampung sebelah ke? Asal tiba tiba solat kat masjid sini? 

Malas ah aku nak pusing belakang. 

Laungan azan bergema. Ni bukan suara Faith ni, ini suara bapak aku. 

"Walaupun Amar tu dah tua, suara dia masih lagi mantain dari dulu sampai sekarang" Bisik Mak cik belakang aku. Macam aku tak tahu mereka ni ada yang minat dekat daddy. Know your place makcik. 

Solat maghrib ditunaikan secara berjemaah. Sepanjang solat magrib tersebut yang menjadi imam ni tok walid. Bagi sesiapa yang tak tahu tok walid ni masih lagi imam dekat masjid ni cuma tok walid jarang dah jadi imam sebab daddy yang selalu imamkan. Dan kadang kala ada juga budak tahfiz yang nak jadi imam contoh dia macam Faith dengan Raid. 

"Hai akak gebu" Panggil kanak kanak disebelah aku. Masha Allah, pipi dia tembam putih. Dia mengenakan telekong pink becorak bunga

"Hai comel" Balasku 

"Akak tahu tak kat mana tandas? Nak shishi, tak tahan" Bisiknya perlahan ditelinga aku

"Mana mak awak?" Soalku. yelah nanti kena tuduh aku penculik kanak kanak. 

"Mak Anya kat tandas. Anya tak ikut mak tadi" 

"Ok, jom ikut akak" Aku membuka telekong aku 

"Gi mana?" Soal Fadwah 

"Ni haa nak teman kat tandas" 

Anya membuka telekongnya. Rambutnya kusut tak diikat. Dia ni budak lagi gais. 5 tahun kot. Aku mengenggam tangannya dan menuju tandas perempuan. Anya berlari masuk tanpa menutup pintu. 

"Akak tolong angkat Anya. Tak sampai duduk" Comel je budak ni. Aku mengangkat  Anya dan mendudukkan dia di atas mangkuk jamban. Baru sahaja aku nak menutup pintu 

"Jangan tutup!" Ya Allah budak ni. Aku segera berpusing buat bodoh. Selepas Anya selesai dengan membuang air kencing dia menekan flush dan melompat turun

Kemudian pintu sebelah Anya terbuka 

"Anayra?" 

-ˋˏ✄┈┈┈┈

- December 08, 2022

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

- December 08, 2022


DHIYA'S LOVE ©Where stories live. Discover now