ʚ┊40 ᴇᴘɪʟᴏɢᴜᴇ

2K 74 5
                                    

 Beberapa tahun kemudian 

Faith memeluk aku dari belakang. Perut aku yang semakin membesar itu diusap perlahan. Akhirnya cita cita kami tercapai untuk memegang segulung ijazah sarjana muda. 

Aku teringat satu hari lepas habis peperiksaan sem terakhir aku, aku dikhabarkan dengan berita gembira dimana aku menjadi seorang ibu. Namun aku langsung tidak mengkhabarkan Faith kerana tarikh aku dan dia tamat universiti berbeza. 

Sampai sahaja Faith di lapangan terbang, terus dia sujud syukur. 

"Love, thank you for staying by myside through up and down. I love you so much love" Bisik Faith. Aku mengusap tangannya yang berada di perut aku 

"I love you more baby" Tanganku beralih ke pipinya. 

Walaupun usia kandunganku baru 5 bulan, namun perut aku sudah membesar seperti ibu mengandung 7 bulan. Ini disebabkan aku mengandungkan sepasang anak kembar. 

Mungkin baka aku kot. Eh? Aku ada baka ke? Baka ni apa eh 

Ya, sepanjang aku bersama Faith. Aku kenal erti cinta. Alhamdulillah aku panjatkan sebab aku tak pernah sakit putus cinta. 

Faith juga masih menunggu kerja dan semoga bakal anak kami ini akan membawa rezeki yang lebih yang Allah kirimkan buat aku dan Faith. 

Hidup aku tidak rumit, kerana percayalah. Serahkan semuanya pada Yang Maha Esa nescaya Dia akan membantu kita. 

Hidup aku bukanlah seperti novel, cliche? Memang. Itulah jalan cerita semua orang. Siapakah kita untuk menghindar?

Pengakhiran hidup? Tidak ada siapa tahu sama ada bahagia atau sedih. Namun aku percaya aku bahagia bersama Faith. Kisah kami berdua ini bukanlah sudah ke penghujung namun baru permulaan untuk menginjak alam lagi dewasa. Biarlah aku tutup kisah kami hingga disini. Cukup hanya Allah sahaja yang tahu jalan cerita aku dan aku tak nak membuat andaian yang negatif. Allah menjadi saksi, saksi dimana aku mencintai Faith keranaNya. 

Dan Allah menjadi wakilku untuk setiap urusan di dunia mahupun akhirat, Allah menjadi pelindung aku, dan Dia juga yang selalu menyampaikan rindu aku kepada arwah mummy, adik dan tok abi. 

Dan dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang, semoga cinta aku dan Faith berserta bakal anak-anak kami semakin kukuh hingga ke syurga. 

-ˋˏ✄┈┈┈┈

Hello gais! And night yalsss! FInally kita sudah sampai ke penutup kisah ini. Terima kasih kerana sudi bersama dari awal sampai akhir. Terima kasih kerana setia bersama. Love yalls so much! Kita jumpa di buku yang seterusnya ya! 


DHIYA'S LOVE ©Where stories live. Discover now