🌻 BabyBoy 1

7.5K 315 15
                                    

BUKU rujukan subjek Sastera yang terbuka di hadapanku dibaca teliti. Mataku bergerak dari kiri ke kanan, cuba mengerti satu persatu bait huruf yang tertulis di atas helaian kertas yang sudah bertukar kuning-kekuningan itu.

Memandangkan esok ada kuiz, aku pun ambil masa untuk mengulang kaji sedikit pada malam ini. Markah kuiz ini akan diambil untuk pointer semester aku nanti. Jadi, kuiz pun, aku kena lakukan yang terbaik.

Aku kini sudah berada di semester keempat. Tinggal dua semester saja yang tinggal sebelum aku tamat belajar daripada bidang Sastera aku ini.

Kenapa aku belajar Sastera? Entahlah. Mungkin sebab aku sangat suka dengan keindahan bahasa Melayu. Lebih-lebih lagi, kosa kata-kosa kata berdarjat tinggi yang sangat indah jika diteliti. Ada pinjaman bahasa Jawa, bahasa Sanskrit, bahasa Arab dan banyak lagi.

Mungkin juga aku belajar subjek ini kerana minat aku terhadap karya sastera Shakespeare. Siapa saja tak kenal sasterawan berjiwa besar ini bukan?

Setiap karya sasteranya membawa maksud yang sangat mendalam jika ditelusuri betul-betul. Pokoknya, banyak ramalan tentang dunia masa kini yang benar-benar sudah terjadi.

Aku juga sayang akan bahasa Melayu. Walaupun kata orang Melayu sendiri yang Melayu hari ini sudah rosak. Tapi yang rosak itu manusia, bukanlah bahasa.

Sedang aku mengulang kaji pelajaran, deria bau aku terhidu haruman asap. Serta merta tumpuan aku terganggu. Fon telinga di kepalaku dilurutkan ke bahu. Aku hidu lagi bau itu.

Sah. Hidung aku tak salah bau. Memang bau asap.

Laju aku turun dari katil empuk bilikku menuju ke arah pintu. Pintu bilik ditutup rapat sebelum aku bergegas turun ke tingkat bawah. Aku yakin bau asap itu datang daripada dapur.

Hidung ditutup sambil aku melangkah ke dalam. Terbuntang mata aku tatkala melihat suamiku sedang melibas-libas baju t-shirt putih kegemarannya pada api yang sudah membakar hangus periuk lama milikku.

Ibu, periuk ibu hangus...

Mungkin sedar yang aku sedang memerhati, Nayden Luth menoleh. Aku nampak dia terkejut melihatku di situ. Matanya jelas bergenang sebelum dengan cepat dia mahu memadamkan api itu.

Aku pula tanpa bertangguh laju mencapai kain buruk sebelum dibasahkan dengan air paip. Diperah sedikit sebelum dihamparkan kain itu ke atas permukaan api yang tidaklah terlalu marak. Sekejap saja, api tersebut mula padam.

Aku menoleh ke arah Nayden. Lengan lelaki itu kusentuh lalu ditarik jauh daripada dapur. Wajahnya yang sudah basah dengan air mata itu aku tekup lalu aku usap.

"Are you okay?" aku menyoal.

Nayden yang masih mampu mendengar kata-kataku mengangguk perlahan. Namun, air matanya jatuh semakin deras. Bibirnya tercebik manja.

"Saya minta maaf sebab dah bakar periuk ibu. Saya tak sengaja" dia melakukan bahasa isyarat kepadaku.

Aku tertawa halus "It's okay, baby. Saya tak marah pun" pujukku lembut. Senyuman paling manis diukir buat Nayden.

Nayden menangis makin kuat. Terus saja memeluk sambil membenamkan wajahnya ke leherku. Aku dapat dengar sedu-sedu esakan halus dari bibirnya. Mungkin dia takut sebab dia fikir aku akan marahkannya sebab dah buat periuk ibu terbakar.

Tak apalah. Periuk ibu boleh cari. Atau minta saja lagi dekat ibu. Ibu takkan marah punya sebab ibu sendiri cakap yang periuk tu dah lama. Kalau nak buang pun, buanglah. Dia tak kisah.

2.1 BABYBOY ©Where stories live. Discover now