🌻 BabyBoy 21

2.6K 163 11
                                    

HARI minggu, aku buat keputusan untuk ke bandar seorang diri. Ya, tanpa Nayden. Tapi, Nayden tahu saja aku mahu keluar bersiar-siar hari ini.

Semenjak mengandung, mana Nayden pernah izinkan aku keluar seorang diri. Ke mana saja aku pergi, mesti dia kena ada sekali. Risau jika terjadi apa-apa padaku kalau aku sendiri.

Tapi, hari ini aku ingin meluangkan masa sendiri. Puas pujuk Nayden tadi. Nasib baik dia izinkan bila aku hampir saja mulakan drama tv9. Konon merajuk sampai nak lari rumah tinggalkan Nayden. Memang cuaklah laki aku tu jadinya.

Tapi, Nayden letak syarat supaya aku sentiasa update padanya tentang keberadaanku. Setiap sejam, dia menyuruhku menghantar selfie padanya.

Aku akur. Untuk kebaikan aku juga. Supaya Nayden tak risau dan aku boleh berjalan-jalan dengan aman dan tenang.

Oh ya. Nayden sekarang sudah mula bekerja di sebuah hospital swasta sebagai doktor ortopedik. Katanya, dia mula minat bidang itu semenjak dia hilang kebolehannya untuk bercakap dahulu. Lagipula, ia melibatkan tulang belakang.

Jadi, Nayden mahu membantu pesakit yang punya nasib sama sepertinya.

Ketika ini, aku baru saja keluar dari kedai manisan dengan satu beg plastik dalam peganganku. Teringin nak makan gula-gula yang masam, jadi belilah satu.

Aku beringat juga yang aku kini menghampiri fasa terakhir trimester ketiga. Kata doktor, aku perlu kurangkan makanan manis supaya kadar gula dalam darahku stabil. Jadi, kuranglah risiko komplikasi ketika aku mahu bersalin nanti. Nayden juga izinkan tapi sedikit saja aku boleh ambil.

Keluar saja dari kedai manisan, aku tertarik tatkala mata terpandang ke arah sebuah kedai bunga. Dari luar pun, hiasannya tampak sangat menyerlah. Aesthetic. Buatkan aku tertarik untuk masuk ke dalam.

Belum sempat aku mahu mendekat, tubuhku dirempuh dari depan. Kuat rempuhannya menyebabkan aku yakin bahawa yang melanggarku itu ialah lelaki.

Hampir saja aku terjatuh ke belakang, namun nasibku baik apabila tubuhku dipaut erat oleh sepasang tangan kekar. Aku tak dapat melihat wajah 'hero' yang telah menyelamatkanku ini memandangkan mataku terpejam ketakutan. Tapi, daripada haruman tubuhnya aku tahu, dia ialah lelaki.

Sekali lagi, lelaki.

Aku rasa berdosa kerana membiarkan lelaki bukan mahram menyentuhku. Tapi, keadaan darurat. Malah, ketika aku membuka mata, cuba untuk melepaskan tubuh dari pautannya, dia masih kuat memegang tubuhku.

Aku ketakutan lebih-lebih lagi dia memakai pelitup muka hitam.

Tak tahan lagi, aku tepuk kuat bahunya sehingga dia tersentak. Tubuhku automatik dilepaskan. Aku menjauhkan diri darinya sambil tangan memegang perutku sendiri.

"Sa-saya minta maaf" ujarku gugup.

Lelaki itu mengangguk. Mata tak lepas memandangku sebelum dia tunduk, menggapai sejambak bunga pelbagai warna yang terjatuh ke lantai dek rempuhan tadi.

Entah kenapa, tubuhku rasa seperti digam di situ. Ada sesuatu yang menarikku agar aku setia memasakkan kaki di hadapan lelaki itu. Sesuatu yang buatkan aku rasa ingin tahu.

Sehinggalah dia memandangku semula, atas bawah. Lalu pelitup muka hitam dan topi yang dipakainya dibuka, mendedahkan rupanya yang sebenar.

"Aisya..." aku terkaku.

Suara itu...

"Ad-Adham?"



***



SUASANA senyap dan janggal. Mataku langsung tak memandang ke hadapan. Sekadar tunduk memandang jari sendiri yang sedang bermain-main di fabrik baju. Gementar.

2.1 BABYBOY ©Where stories live. Discover now