🌻 BabyBoy 27

2.7K 163 3
                                    

"PUAN Aisya menghidap amnesia. Mungkin kesan daripada kemalangan yang berlaku enam bulan lepas"

Amnesia? Aku amnesia?

Apa yang telah terjadi? Kenapa aku di sini? Kenapa aku ada dekat hospital ni?

Aku rasa, baru semalam saja aku keluar makan angin bersama dengan Akbar di Shah Alam. Aku masih ingat lagi yang kami ke pesta makanan di sana.

Tapi, macam mana tiba-tiba aku boleh ada di sini? Kenapa tubuhku lemah dan cengkung? Kenapa kepalaku pening dan sakit?

Lelaki itu, siapa dia? Kenapa dia menggelarkan aku 'sayang'? Adakah dia teman lelakiku?

Tapi, aku tiada teman lelaki. Kawan lelaki pun cuma Akbar sahaja. Itupun, Akbar sudah punya buah hati. Takkan Akbar teman lelakiku pula.

Argh! Kepalaku terlalu sakit memikirkan semua perkara ini sehingga aku secara refleks memegang kepalaku. Bibirku pula mendesis kesakitan.

"Auu!"

"Sayang?" suara lelaki itu.

Kemudian, aku rasa tubuhku ditarik rapat ke tubuhnya. Tapak tangannya yang besar itu menekap tapak tanganku yang berada di atas kepala.

"Kenapa ni? Sakit?" soalnya.

Namun, aku endahkan soalannya. Walaupun aku sakit, tapi tubuhku masih dapat menghantar impuls yang baik ke otak. Sontak, tubuhnya aku tolak kuat agar menjauh dariku.

"Jangan sentuh sayalah! Saya tak kenal awak!" jeritku kuat. Wajahnya aku pandang tajam.

Setelah itu, entah mengapa aku dapat lihat pandangan matanya bertukar. Redup dan... terluka?

Kenapa dia terluka? Siapa dia sehingga dia boleh menyentuhku sesuka hati? Siapa dia dalam hidupku selama ini sehingga aku mendapat gelaran yang istimewa itu?

Siapa dia? Dan, siapa aku padanya?

"Sayang, saya..."

"Aisya!" satu suara menyampuk.

Aku pantas menoleh. Mataku terpandang susuk tubuh ibu dan ayah yang mendekatiku dengan laju. Dalam dukungan ibu pula ada seorang anak kecil.

Anak siapa yang ibu asuh ni?

"Aisya okey? Anak ibu okey tak?" soal ibu bertalu-talu. Wajahku dikucupnya berkali-kali.

Aku mengangguk bagi menjawab soalan ibu. Pelukan ibu aku balas. Mataku pula bergerak memandang ke arah lelaki tadi yang masih diam di tempatnya.

"Ibu"

"Kenapa, sayang? Aisya nak apa-apa?" soal ibu padaku. Aku menggeleng, lalu jariku ditunjukkan ke arah lelaki tadi.

"Dia... Dia siapa? Kenapa dia ada dekat sini?" soalku.

Ibu nampak terkaku. Dia memandangku, lalu memandang ke arah lelaki itu. Lama, lalu dia memandangku semula. Kepalaku yang berbalut tudung diusapnya lembut.

"Aisya tak ingat dia?"

Aku menggeleng.

"Siapa dia? Dan siapa budak ni?" soalku lagi dan lagi, merujuk kepada bayi kecil di dalam dukungan ibu.

Ibu memandangku lama, sebelum bibirnya terbuka mahu berkata-kata. Itupun teragak-agak.

"Lelaki tu, Nayden Luth. Dia suami kamu. Dan si kecil ni Aydan Safiy, anak kamu"

Allah! Allah! Allah!

Apa yang sudah terjadi padaku ini? Kenapa aku tak ingat apa-apa? Kenapa semuanya drastik begini?


2.1 BABYBOY ©Where stories live. Discover now