🌻 BabyBoy 4

3.9K 204 1
                                    

FOR YOUR PAGE, atau bahasa mudahnya iaitu fyp aplikasi Tiktok aku scroll berkali-kali. Leka aku menonton satu persatu video yang tersiar di laman skrin sehingga kehadiran Nayden di belakangku aku buat tak endah.

Nayden tak habis-habis cuba meraih perhatianku sejak tadi. Sekejap dia peluk aku, sekejap dia cium aku, sekejap gesel-gesel wajah pada leherku. Macam-macam dia buat supaya aku beri perhatian padanya.

Namun, aku buat-buat tak peduli padanya.

Sengaja aku palau Nayden. Nak tengok juga sejauh mana Nayden nak tarik perhatian aku. Hehe!

Nayden aku dengar merengus manja. Tanpa aku sangka, telefonku dirampas Nayden sebelum dia meletakkan telefon itu jauh dari kami berdua. Melayang telefon pintar aku itu ke atas sofa.

Nasib baik tak jatuh pecah! Haih, Nayden Luth ni!

"Awak! Kenapa baling phone saya?" tegasku.

Nayden mengajuk bebelanku dengan bibirnya. Dia kemudian menarik kuat tubuhku agar menghadap tubuhnya. Dipeluk erat tubuhku rapat ke dada.

"Awak palau saya. Suka layan Tiktok sampai saya pun awak abaikan" rungut Nayden. Pipiku dicubit Nayden, geram.

Aku mengembungkan pipi. Aku turut membalas perbuatannya. Tarik pipinya dua-dua belah, lepas tu aku goyang dengan geram.

Kenapa pipi Nayden ni comel sangat?!

"Kenapa comel sangat?! Saya geram!" aku rasa macam nak meroyan tengok Nayden.

Nayden mencebik manja. Dia menolak tanganku menjauh. Tubuhnya dipeluk garang ke arahku.

"Jangan main-main dengan muka saya! Pergilah main Tiktok awak tu puas-puas. Jangan bercakap dengan saya langsung. Saya nak merajuk!" marah Nayden lalu memutar tubuh.

Kalau tadi aku yang belakangkan dia, sekarang dia pula yang belakangkan aku.

Haha! 1 berbalas 1!

Aku tersengih saja lihat Nayden. Lama aku diam memerhati, Nayden tak macam merajuk pun aku tengok. Setiap beberapa minit, dia akan merengus, kononnya geram sangat dengan aku yang suka menyakatnya.

Acah je Nayden ni. Saja la tu tunjuk protes sebab aku tak buat apa-apa untuk pujuk dia. Ceit! Podah!

"Nayden sayang..." aku menghampiri Nayden dari belakang.

Aku kuis-kuis belakang tubuhnya, namun mendapat tolakan. Aku ketawa kecil lalu memeluk erat tubuh kekar Nayden. Wajahku disembamkan pada belakang tubuh Nayden lalu baunya aku hidu dalam-dalam.

Bau Nayden manis berbanding maskulin. Aku suka.

"Baby boy saya ni marah saya ke?" soalku dalam nada memujuk.

Nayden malah mengeraskan tubuh. Langsung tidak memberikan reaksi kepadaku. Itu membuatkan bibirku memuncung panjang.

"Sayang... Janganlah merajuk, please?" aku merengek, mahu memujuknya.

Nayden sekali lagi mengendahkan aku. Aku yang sudah geram terus saja memanjat tubuh Nayden, lalu menjatuhkan tubuhku di atasnya. Hampir saja aku tergolek ke bawah kerana kedudukan Nayden yang memang di hujung, namun tubuhku sempat dipaut erat oleh Nayden.

Hehe. Sayang juga Nayden padaku.

Nayden mencerlung garang matanya ke arahku. Sebelah tangannya naik, lalu hidungku ditariknya dengan kuat. Aku menjerit perlahan.

"Awak! Sakitlah!" marahku. Tangannya pada hidungku ditepis perlahan.

Tersumbat hidung aku! Ingat tak sakit ke?

2.1 BABYBOY ©Where stories live. Discover now