🌻 BabyBoy 16

3K 192 2
                                    

BAHAN-BAHAN mentah dalam beg kertas aku letakkan di atas meja, lalu aku susun ikut jenisnya. Aku lihat satu persatu bahan mentah itu, lalu aku susun mengikut tempatnya.

Hari ni, aku seorang diri saja ke pasar untuk membeli stok makanan di rumah. Nayden tiada. Lelaki itu menghadiri temu janjinya bersama doktor fisio seperti biasa.

Pada mulanya, Nayden mahu mengajakku. Tapi mengenangkan keadaan bahan mentah dan juga snek yang sudah hampir habis, aku terpaksa untuk biarkan Nayden pergi ke temujanjinya seorang diri.

Nasib baiklah Nayden tidak membantah. Tapi, masam jugalah wajahnya tadi bila aku keluar rumah dahulu daripadanya untuk ke pasar. Nasib baik tak menangis.

Aku tersenyum sendiri. Gembira bila teringatkan keadaan Nayden yang semakin hari semakin membaik. Nayden sudah mampu bertutur sedikit. Dia sudah boleh mengucapkan salam walaupun sedikit tercungap-cungap.

Aku bangga melihat semangat Nayden. Sebagai isteri, mustahil aku akan biarkan Nayden berjuang seorang diri tanpa sokongan daripadaku.

Aku isterinya. Menjadi tanggungjawabku untuk ada di sisinya sentiasa.

Ralit aku mengelaskan bahan, tiba-tiba saja pipiku terasa lembap dek sentuhan bibir seorang. Tersentak aku. Terus saja aku putar tubuh ke belakang, memandang Nayden yang sedang tersenyum ribena ke arahku.

Aku hela nafas lega. Terkejut! Nayden selalu bagi aku jumpscare.

"Sayang... Terkejut tau? Awak baru balik?" soalku sambil membuka butang baju kemejanya satu persatu.

Nayden mengangguk laju. Laju saja tangan kekarnya memeluk tubuhku rapat ke dadanya. Dahiku dicium Nayden beberapa kali. Mengekek aku ketawa kerana gelagatnya itu.

Tahulah aku yang Nayden sedang melepaskan rindu.

"Apa awak ni? Baru sekejap je awak pergi" aku menolak lembut dada Nayden.

Nayden merengek manja "Sa... ya rindu..." tercungap-cungap dia mahu bertutur.

Aku tersenyum. Gembira semestinya!

"Sayang! Awak dah pandailah!" terloncat-loncat aku kerana teruja.

Nayden tersengih. Wajahnya merah. Malu mungkin kerana itu kali pertama dia meluahkan rasa rindunya padaku dengan suara.

Aku paut leher Nayden, lalu aku kucup bibirnya bertalu-talu. Wajahnya kemudian aku tekup lalu aku usap lembut.

"Terima kasih sebab rindukan saya. Saya pun rindu awak" luahku, jujur. Tak tenang aku fikirkan Nayden sejak tadi.

Nayden pula yang terloncat suka. Siap goyang badan kiri kanan macam pick me. Gedik! Tapi aku layankan saja.

"Saya tak sabar nak dengar awak cakap I love you dekat saya hari-hari" ujarku tiba-tiba.

Senyuman Nayden bertukar mengada. Dia memelukku, lalu merehatkan kepalanya di bahuku. Digeselkan hidung mancungnya pada pipiku.

"I... l-love you..." Nayden menyorokkan wajahnya pada leherku seyelah berkata begitu.

Aku kemam bibir, menahan tawa. Bukan geli hati, tapi suka! Suka dengan Nayden yang satu ini!

"Sayang! Saya blushing!"



***



KELIBAT Nayden yang menari-nari sambil menuruni anak tangga aku pandang tanpa lepas. Keningku diangkat sebelah. Sudah kenapa laki aku dah macam terencat akal pula ni?

Astaghfirullah, Aisya Safiyya! Suami tu!

Perhati punya perhati, Nayden sudahpun tiba di hadapanku. Tanpa aba-aba, terus saja tubuhku dipeluk Nayden. Dia sambung pula menari sampai dia terduduk atas sofa, manakala aku pula terduduk di atas ribanya.

Aku tercengang melihat Nayden. Tak tahu nak buat apa bila lihat Nayden terlebih gula ketika ini. Sekadar melihat Nayden yang tersenyum macam kerang busuk tu.

Tak silap aku, tak ada pula Nayden makan apa-apa manisan tadi.

Aku jentik dahi Nayden kuat-kuat, sampai berkerut wajah Nayden menahan sakit. Sebelah tangannya mengusap dahi, manakala sebelah lagi setia memeluk tubuhku.

"Awak tak betul ke? Tiba-tiba menari macam penari tiang ni kenapa?" soalku. Jariku mengusap dahinya yang aku jentik tadi.

Nayden mencebik. Dia menepis tanganku di dahinya, lalu dia kembali memelukku erat.

"Tak baik tau awak jentik dahi suami awak macam tu. Nanti awak berdosa, saya tak tahu" ha sudah! Dah keluar dah kuasa veto dia tu.

Mataku diguling sekejap ke atas. Rambutnya aku raup lalu aku tarik perlahan, menahan geram. Aku peluk tubuh Nayden, lalu aku tampar-tampar belakangnya dengan perlahan.

Geram!

"Siapa suruh awak menari macam tu? Kan dah kena jentik dengan saya" aku longgarkan pelukan pada Nayden.

Nayden pula semakin lebar tersenyum. Dia memeluk pinggangku erat lalu dagunya ditongkatkan pada dadaku.

"Ha ha?! Ni dah kenapa pula ni?" aku tepuk bahunya kuat.

Tak apa. Nayden kan sado.

Nayden sengih nampak gigi sebelum tunjuk bahasa isyaratnya "Saya tengok kalendar awak tadi. Lepas tu, saya baru sedar yang awak dah dua bulan tak datang bulan" jelas Nayden, sambung menari dengan aku dalam ribaannya.

Aku terdiam, cuba mencerna maksud Nayden itu.

"So? Kalau saya tak datang bulan pun, apa kena-mengena dengan awak yang terlebih gula ni?" soalku.

Nayden hela nafas. Garu kepala sekali. Frust agaknya bercakap denganku.

Baguslah. Tak payah cakap langsung!

Sedang aku kutuk Nayden dalam hati, tiba-tiba saja Nayden mencium rakus bibirku. Aku tersentak. Hampir saja aku terjatuh ke belakang kalau bukan sebab Nayden yang menghalang.

Aku pukul dada Nayden apabila aku hampir kehabisan nafas. Sudah beberapa minit bibirku dinodainya, macam mana aku tak habis nafas?

"Awak! Apa ni?" aku kesat bibirku kasar. Marah akan kelakuannya yang tiba-tiba itu.

Entahlah. Emosiku memang buat hal sejak dua menjak ini.

Nayden tersenyum miring. Dia mengusap rerambutku, lalu diselit ke belakang telinga. Aku telan liur yang terasa kelat. Sekali lagi, ada makhluk halus yang merasuki Nayden.

"Mungkin awak dah lama tak datang bulan sebab saya dah nak jadi ayah" ringkas, tapi padat! Aku mula dapat mencerna ayat Nayden.

Tersentak lagi sekali aku bila Nayden menekap tangan besarnya pada perutku, lalu diusap lembut. Aku pula tiba-tiba rasa tenang diperlakukan begitu. Sedar tak sedar, aku sudah menyandar pada dadanya yang kekar itu.

Nayden terus terusan mengusap perutku. Aku terbuai dengan sentuhan lembutnya itu, ditambah dengan kucupan syahdu Nayden pada ubun-ubunku, membuatkan aku rasa yang aku sedang berada di awan.

Sungguh tenang.

Aku harap, betullah yang aku sedang berbadan dua. Aku tak nak kecewa, dan aku juga sudah bersedia.

 Aku tak nak kecewa, dan aku juga sudah bersedia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

- to be continued

2.1 BABYBOY ©Where stories live. Discover now