🌻 BabyBoy 2

4.3K 228 7
                                    

TANGAN kekar Nayden yang putih melepak itu aku tautkan dengan jari jemariku. Langkah diatur ke sekitar kawasan pusat beli-belah, melihat sama jika ada apa-apa yang Nayden mahu beli.

Nayden tidak bekerja. Kerana kekurangannya yang satu itu, tiada pekerjaan yang boleh menerimanya bekerja. Jadi, Nayden sekadar bergantung sepenuhnya kepada wang aku.

Sejujurnya, aku bertugas sebagai seorang pensyarah. Universiti tempat aku bekerja lain daripada universiti tempat aku belajar. Subjek apa? Subjek Sasteralah pastinya.

Sebagai pensyarah, aku masih perlu belajar supaya aku dapat mengajar orang lain. Sekarang aku sudah hampir menamatkan master. Lain masa, aku akan sambung sehingga peringkat PhD pula.

Jadi, jangan tanya macam mana pelajar sepertiku mempunyai wang yang banyak untuk biayai hidup kami suami isteri.

Orang selalu cakap Nayden tak pantas menjadi suami aku kerana Nayden tidak bekerja. Nayden sampai tak bersembang dengan aku kerana ulah itu. Dia terlalu berfikiran negatif sehingga dia pernah katakan padaku yang aku layak mendapat lelaki yang lebih baik darinya.

Tetapi tidak bagiku. Sekeras manapun dia meminta aku pergi, aku tetap akan kekal bersama Nayden sampai aku tua nanti. Biarlah aku galas tanggungjawab sebagai ketua keluarga sekalipun, aku tak kisah. Cukup aku punya Nayden di sisiku, aku sudah bersyukur sangat-sangat.

"Awak nak beli apa-apa tak, sayang?" soalku pada Nayden usai melangkah masuk ke dalam butik pakaian.

Iyalah, baju t-shirt kegemarannya kan baru dimakan api semalam. Jadi, aku ingat nak belikannya yang baru.

"Boleh ke?" soal Nayden. Raut wajahnya nampak serba salah.

Aku ketawa saja. Nayden terlalu polos bagiku. Dia tak nak susahkan aku untuk membeli banyak keperluannya.

"Boleh, sayang. Jom, saya belikan baju baru untuk awak" pipinya aku cubit sekilas sebelum aku membawanya meronda sekitar butik itu.

Satu persatu pakaian aku capai lalu aku padankan pada tubuhnya. Yang mana aku berkenan, aku ambil. Banyak juga. Aku rasa hampir semua yang aku padankan padanya aku ambil. Sebab Nayden terlalu kacak sehingga semua baju padan dengannya.

Tak banyak. Baru lima helai.

"Awak nak apa-apa lagi tak?" soalku pada Nayden. Tubuhku ditoleh ke arahnya.

Mataku disapa dengan sosok Nayden yang sedang membelek-belek dua helai hoodie. Aku kira itu hoodie untuk couple. Satunya berwarna biru pastel, satu lagi merah jambu pastel. Ada tulisan His dan Hers pada hoodie itu.

Aku tersenyum sambil menghampiri Nayden. Lengannya kucuit menyebabkan dia tersentak. Dia menoleh ke arahku dengan drastik.

"Sayang nak tu ke?" soalku, merujuk kepada hoodies tadi.

Nayden kemam bibir. Kepala ditunduk sambil jari jemarinya mencubit antara satu sama lain. Wajahnya pula berona kemerahan.

Aww... Nayden sweet boy!

Aku ketap bibir, menahan rasa nak gomol Nayden. Comel! Kalau di rumah memang aku cium dah.

Aku ambil dua pasang hoodie itu mengikut saiz aku dan Nayden. Aku pautkan pada lenganku yang penuh baju sebelum aku heret Nayden ke kaunter pembayaran.



***



TUBUHKU yang tersarung hoodie merah jambu itu aku putar-putarkan di hadapan cermin besar di dalam bilik kami. Aku tersenyum melihat betapa comelnya hoodie itu apabila dipadankan pada tubuhku.

2.1 BABYBOY ©Where stories live. Discover now