🌻 BabyBoy 11

3.1K 190 7
                                    

KAD imbas yang tersangkut pada lanyard berjenama Charles and Keith di leher aku tekap pada pengimbas ruang pejabatku. Setelah pengesahan dilakukan, terus saja kuncinya terbuka secara automatik.

Aku menarik tombol lalu membuka pintu bilik dengan luas. Nayden yang menurut sedari tadi aku tarik lembut ke dalam, lalu pintu pejabat kembali dikunci.

"Awak duduk sini sekejap" arahku pada Nayden.

Nayden akur. Aku lihat dia melabuhkan duduk di sofa panjang dalam pejabatku. Aku menyerahkan beg tanganku pada Nayden, lalu bergegas ke ruang pantry yang aku sediakan khas untuk diriku sendiri.

Aku sediakan pantry ini bukan kerana aku mahu, tapi kerana Nayden. Aku selalu saja bawa Nayden ke universiti tempat aku bekerja ini. Dan, Nayden pula sejenis yang pelahap. Asyik lapar saja kerjanya.

Jadi, aku ambil inisiatif untuk sediakan pantry ini. Stok makanan akan ditambah setiap bulan. Semuanya aku lakukan kerana Nayden.

Kerana aku sayang dan cintakan Nayden.

Aku capai satu paket Mister Potato Barbeku dan sepaket biskut cip coklat kegemaran Nayden. Susu kotak coklat dan strawberi yang digemarinya juga aku capai, lalu aku mengatur langkah ke arahnya semula.

"Nah. Kalau awak lapar, awak makan ni dulu tau? Kalau sayang nak makan berat sikit, dekat dalam peti ais saya tu ada burnt cheesecake. Makan tau?" aku cuit manja pipi Nayden yang terkebil-kebil memerhatikan aku.

Nayden tersenyum sambil mengangguk manja. Dia mendepakan tangannya. Faham akan kehendak Nayden, aku terus sahaja memboloskan tubuhku ke dalam rangkulan eratnya.

Nyaman sungguh haruman Nayden, buatkan aku rasa sangat tenang.

Lama berpelukan, makin aku rasa ketat pula pelukan itu. Aku ketawa halus sambil menepuk lembut belakang tubuh Nayden.

"Sudah sudah. Nanti saya lewat pula nak ke mesyuarat" Nayden bukan boleh. Karang keluar pejabat pun tak.

Nayden menjarakkan wajahnya dariku. Dia mencebikkan bibirnya.

"Janji tau? Jangan lama-lama?" jari kelingkingnya disuakan kepadaku.

Aku ketawa kecil. Satukan jari kelingkingku dengan Nayden, lalu aku kocak sekejap.

"Janji! Kalau saya mungkiri, nanti saya kasi awak hadiah, okay?" aku kenyit sebelah mata, lalu menghadiahkan ciuman pada kedua-dua pipinya.

Nayden tersenyum suka. Geram aku!



***



AKU menghela nafas perlahan. Kertas laporan minit mesyuarat dalam pegangan aku tilik seketika sambil langkah dibawa ke pejabatku semula.

Usai hampir 2 jam 30 minit berada di dalam bilik mesyuarat, akhirnya kes pelajar biasiswa tersebut berjaya dikenalpasti.

Kes dendam.

Tatkala pelajar yang menerima biasiswa duduk selajur dengan pelajar berada, memang gaduhlah jadinya. Lebih-lebih lagi kalau yang berada itu jenis tak beradap.

Yang terima biasiswa dikata meraih simpati. Yang terima bantuan dikata miskin. Yang diberikan bantuan kewangan dikata yatim piatu.

Macam-macam sungguh anak muda sekarang!

Disebabkan mulut badan binasa. Bila sudah lama memendam rasa, memang teruklah akibatnya apabila amarah itu meletus. Seperti gunung berapi yang tertahan-tahan mahu memuntahkan lava panasnya yang membunuh.

Keputusan seterusnya, masih belum kami putuskan. Sama ada pelajar tersebut diberikan kaunseling dan hukuman, ataupun gantung pengajian selama dua minggu. Bergantung kepada hujah pelajar sendiri.

2.1 BABYBOY ©Where stories live. Discover now