🌻 BabyBoy 6

3.5K 191 1
                                    

SUDAH hampir sejam lebih kami sampai ke rumah selepas majlis kenduri tadi, aku masih belum punya kesempatan untuk membersihkan diri. Tudung aku pun belum dapat ditanggalkan daripada kepala.

Macam mana aku nak uruskan diri aku sendiri kalau Nayden dari tadi tak henti-henti menangis dalam dakapanku. Aku nak pujuk, tapi dah kering otak aku memikirkan ayat untuk memujuk Nayden.

Sejak aku berjumpa dengan Akbar tadi, aku tak pastilah sama ada Nayden masih cemburu ataupun tak.

Nak kata tak cemburu, kuat sungguh dia menangis. Nak kata cemburu, Akbar sendiri sudah jelaskan yang dia sudah beristeri dan bakal menjadi seorang ayah tak lama lagi.

Haih... Nayden mesti tengah emotional damage.

"Sayang... Stop crying, please?" pujukku sambil mengusap-ngusap belakang tubuh Nayden.

Nayden tersedu-sedan dalam dakapanku. Tubuhnya terhinjut-hinjut menahan tangis. Tapi aku tak rasa yang Nayden akan berhenti menangis dalam masa terdekat.

Aku menghela nafas perlahan. Aku tekup wajah Nayden, lalu aku paksa dia tatap wajah aku. Pipinya aku usap. Naik bengkak dah mata Nayden sebab menangis tak henti-henti.

Kalau berhenti pun, sekejap je. Dalam seminit macam tu, dia akan menangis semula.

"Why, baby? Why are you crying? Akbar tu dah kahwinlah. Awak pun nampak tadi kan?" aku bersuara lembut, cuba berkompromi dengan Nayden yang crybaby ni.

"Saya tak tahu. Saya sakit hati bila tengok awak bersembang dengan dia tadi. Saya cemburu" tersebik-sebik bibir Nayden.

Aku kemam bibir, tahan gelak. Tapi aku tak tahan bila tengok muka sedih Nayden. Jadi, aku hamburkan saja tawa di hadapan Nayden yang masih bersedih itu.

Nayden mencerlung marah. Mungkin sengaja nak buat aku rasa serba salah, dia menguatkan tangisannya yang tiada suara itu. Dia turun dari menindih tubuhku, lalu menekup kepalanya dengan bantal.

Aku masih lagi rasa geli hati dengan Nayden. Keluar air mata aku kerana terlalu banyak ketawa. Aku kesat birai mata dengan hujung jari, lalu aku kembali menumpukan perhatian kepada Nayden.

"Sayangku uchuk masham" panggilku mengusik.

Kalau tadi Nayden yang tindih aku, sekarang aku pula naik menindih tubuhnya. Peluk badan dia, lepas tu tekap telinga aku pada dada kiri dia.

Mak kau. Lajunya!

"Awak nak tahu cerita tak, sayang?" aku memulakan mukadimah untuk memujuk Nayden.

Nayden senyap tak membalas. Aku merengus geram.

"Tak nak dengar, sudah. Awak yang rugi. Saya nak pergi mandi"

Belum sempat aku nak bangun dari tubuhnya, Nayden terlebih dahulu menarikku kembali ke dakapannya. Ceit! Tak nak aku lari la tu!

Aku kembali memepuk tubuhnya "Nak tahu cerita ke tak ni?"

Nayden angguk perlahan.

Aku tersenyum lebar. Kembali letak kepala di dadanya sebelum memulakan cerita.

"Pertama kali kita jumpa, dekat Arts and Literature Feast KL tahun lepas. Masa tu, kita jumpa sebab kita sama-sama minat puisi dan sastera. Awak pernah cakap awak minat puisi, kan?" aku tak angkat wajah. Tapi aku tahu Nayden sedang mengangguk.

"Masa tu, saya tak tahu langsung yang pesta ni ada. Akbar tu lah yang ajak saya. Kami datang berdua dan bila dah sampai, saya sesat. Akbar tinggal saya sorang-sorang. Tak bagitahu saya apa-apa pun.

2.1 BABYBOY ©Where stories live. Discover now