🌻 BabyBoy 25 (Nayden's)

2.8K 159 5
                                    

NASKHAH Yaasin yang sudah selesai aku baca ditutup, lalu aku letakkan di atas nightstand yang tersedia bersebelahan katil. Songkok di atas kepalaku ditanggalkan lalu diletakkan di tempat yang sama.

Mataku memandang ke arah isteriku yang terbaring lemah di atas katil hospital. Tubuhnya kaku dan semakin kurus. Tiub dan wayar berselirat bagi membantu pernafasannya.

Sudah enam bulan Aisya terbaring di sini. Tiada apa-apa tanda yang dia bakal bangun dari lena panjangnya. Selama tempoh itu juga, aku akan datang ke sini setiap hari untuk menjaganya.

Kekura halus Aisya yang semakin kurus itu aku sentuh lalu aku usap lembut. Tangan itu dibawa ke bibirku, lalu aku kucup lembut..

"Sayang bila nak bangun, hmm? Dah lama dah sayang tidur. Tak rindu hubby ke?" aku cuba berkomunikasi dengannya.

Masih sama seperti sebelumnya. Tiada apa-apa reaksi yang diberi Aisya.

Aku ukir senyum kecil. Tanganku beralih ke kepalanya, lalu rambutnya aku usap lembut. Wajah cengkungnya juga aku usap penuh kasih sayang.

"Hubby rindu sayang sangat-sangat. Rindu nak dengar sayang bebel, nak dengar sayang bercerita, rindu nak usik sayang sampai sayang merajuk. Rindu semua" dada yang rasa sesak cuba aku tenangkan sebaik mungkin.

Mungkin aku terlihat baik, tapi aku masih lagi seorang lelaki yang lemah. Lebih-lebih lagi, ini melibatkan isteriku. Gadis yang sangat aku cintai.

Tipulah jika aku tak pernah mengeluh akan ketentuan ini. Walau berkali-kali aku cuba, aku tak dapat menidakkan kenyataan bahawa aku redha kerana terpaksa. Bukannya kerana aku benar-benar redha.

Bayiku? Alhamdulillah, bayi kecilku dan Aisya selamat dilahirkan awal dua minggu. Lelaki. Aydan Safiy.

Namanya sedikit sama dengan namaku dan Aisya. Nayden dan Safiyya.

Aku masih ingat ketika mana anak kecil itu menangis tatkala baru sahaja keluar dari rahim ibunya. Kuat tangisannya seolah-olah tahu yang ibunya sedang sakit.

Lepas saja Aisya dipindahkan ke wad biasa, aku terus membawa Aydan ke sana. Anak itu menangis lama, namun apabila diletakkan tubuh kecilnya di sisi ibunya, terus saja tangisannya terhenti.

Air mataku pula yang mengalir selepas itu. Sebak tatkala mengingatkan keadaan isteriku.

Sehingga kini, Aydan tak pernah merasa setitis pun susu ibunya. Sekadar bergantung kepada susu yang disediakan oleh pihak hospital agar tumbesaran dan pembesarannya terjamin.

Aku mendekatkan wajahku pada wajah Aisya lalu dahinya aku kucup lama. Air mataku menitis lagi.

Ya Allah... Rindunya aku pada isteriku ini.

***

PINTU rumah aku kuak luas. Buka sahaja pintu, mataku disapa dengan si kecil Aydan yang sedang terbaring di atas toto kecilnya. Mata cantik itu terbuka luas, memandangku.

Aku ukir senyum lalu menghampirinya. Tersenyum lebar Aydan tatkala melihatku. Matanya yang bulat itu ikut sama tersenyum.

Sama seperti Aisya.

"Assalamualaikum, sayang daddy" ucapku sambil mendukungnya lembut.

Aydan hanya tersenyum sahaja. Kakinya tak duduk diam menendang-nendang angin. Mata pula tak lepas memandangku sambil menggumam seperti sedang bercerita.

"Aydan main dengan atuk nenek ya?" soalku lagi. Aydan ketawa saja.

Aku juga ikut ketawa. Hidungku digeselkan pada hidungnya sebelum pipi gebunya aku kucup geram. Comel sangat anakku ini!

2.1 BABYBOY ©Where stories live. Discover now