🌻 BabyBoy 24

2.5K 150 0
                                    

"JANGANLAH pergi..."

Bibirku semakin melengkung ke bawah. Air mata makin hampir ke tebing kolam mata. Lengan Nayden aku paut erat agar tidak pergi meninggalkanku.

"Sayang..."

"Tak nak... isk! Tak nak hubby pergi" aku sudah teresak perlahan.

Nayden menghela nafas perlahan. Dia meletakkan briefcasenya yang berwarna hitam di atas sofa hotel tersebut. Lenganku ditarik lembut agar merapatinya lalu tubuh boyotku dipeluk kemas olehnya.

Makin kuatlah tangisan aku berbunyi.

"Sayang... Hubby pergi sebab tugas. Hari ni je kan? Petang nanti hubby baliklah jumpa Aisya" pujuk Nayden sambil mengusap lembut rambutku. Aku mengeratkan pelukan pada tubuh Nayden.

Tadi, tiba-tiba saja Nayden dapat panggilan daripada pengarah hospital. Dia diarahkan untuk ke salah sebuah hospital di Pulau Pinang untuk melakukan penyelidikan ortopedik di sini memandangkan Nayden sedang dalam proses kenaikan pangkat.

Kalau diikutkan, Nayden perlu bertolak dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang. Mungkin nasib menyebelahi kami, penyelidikan mengejutkan ini diberitahu ketika kami betul-betul sudah berada di sini.

Tapi, bukan itu masalah aku ketika ini. Masalahku ialah, aku tak mahu Nayden pergi.

Aku tak marah jika Nayden pergi walaupun ketika percutian bulan madu kami. Tidak. Tapi, aku rasa aku tak mahu dan tak boleh lepaskan dia pergi.

Entah kenapa, hatiku rasa tak enak untuk biarkan Nayden pergi tinggalkan aku sendiri.

"Hubby janganlah pergi..." rengekku lagi.

Nayden ketawa kecil. Tubuhku dicempungnya lalu dia melabuhkan duduk di atas sofa. Tubuhku diletakkan di atas ribanya seperti biasa. Ditarik kepalaku agar bersandar pada dada bidangnya. Sisi dahiku dikucup Nayden.

"Hubby pun kalau boleh tak nak tinggal Aisya sorang-sorang. Dalam keadaan Aisya macam ni, lagilah hubby tak sanggup" ujarnya. Perutku dielus lembut.

Nayden kemudian menekup lembut wajahku lalu didongak agar memandangnya. Pipiku diusap sekaligus menepis air mata yang tersisa.

"Hubby pergi sebab tugas, sayang. Ini kan amanah Allah?" sambung Nayden lagi.

Aku tatap lama anak mata itu. Aku sendiri tak faham dengan diri aku ketika ini.

Bagaimana sebelum ini aku boleh biarkan Nayden on call seharian tanpa jadi emosional begini? Kenapa selama ini aku tiada masalah jika Nayden tiada di rumah selama berhari-hari kerana kursus?

Kenapa aku lemah hari ini? Kenapa aku berasa sangat sedih hari ini? Kenapa aku rasa berat hati?

Aku menggeleng lagi "Tak nak..." aku masih tak puas memujuknya.

Kasihan Nayden. Mesti penat melayan karenah aku ni.

Tapi, Nayden malah melebarkan senyumannya padaku. Wajahku ditatapnya lama sampai aku naik segan dibuatnya. Pipi Nayden aku cubit geram.

"Janganlah tengok Aisya macam tu!" rengekku, manja.

Nayden ketawa lagi. Ditarik kepalaku agar wajahku tersembam pada lehernya. Belakang tubuhku diusap lembut sambil bibirnya tak lepas mengucup ruas dahiku.

"Iyalah. Nanti hubby call pengarah cakap yang hubby tak boleh pergi. Okey?" putus Nayden. Pantas saja aku mengangguk.

Lega sedikit hatiku yang gundah tadi. Sedikit, bukan semuanya.

Lama memeluk Nayden sampai aku tak sedar sudah lebih 10 minit aku memeluk tubuhnya seperti koala. Pelukan itu dilonggarkan oleh Nayden sendiri. Wajahku kembali ditatap.

2.1 BABYBOY ©Where stories live. Discover now