🌻 BabyBoy 19

2.8K 173 6
                                    

DENGAR saja bunyi kuakan pintu dari arah ruang tamu, terus saja aku bergegas dari dapur menuju ke pintu utama rumah bagi mendapatkan Nayden. Tak sabar!

Hari ini sepatutnya menjadi hari temu janji fisio terakhir Nayden. Gaya pertuturan dan percakapannya sekarang sudah semakin baik dan lancar. Tiada lagi tersekat-sekat atau tercungap-cungap.

Alhamdulillah. Kandunganku juga sudah mencecah usia 7 bulan. Walaupun begitu, saiz perutku sangatlah besar. Ibu dan ayahlah yang cakap. Kata mereka, aku mungkin mengandungkan kembar.

Tapi, bila buat pemeriksaan, tak ada pula doktor maklumkan yang aku mengandungkan kembar. Kata doktor, saiz perut aku mungkin kerana saiz bayi ataupun jumlah air ketubanku yang lebih banyak menyebabkan perutku membesar.

Belum sempat aku nak buka pintu rumah, Nayden terlebih dahulu menolak pintu ke dalam. Tercengang suami aku tu bila lihat aku dah tercongok depan pintu. Tak lama kemudian, dia ketawa kecil melihatku.

"Sayang..." panggilnya. Nayden melangkah masuk ke dalam lalu menutup semula pintu "Assalamualaikum" ucap Nayden.

Merah wajahku mendengar suara Nayden. Serak serak basah gitu. Sangatlah merdu sampai aku rasa aku akan mencair di sini.

Tak nak layankan perasaan gedik tu, aku terus capai tangan Nayden. Cium kekuranya tanda hormat sebelum aku merasakan yang Nayden membalasnya di dahiku.

"Sayang dah makan?" soal Nayden. Tiada lagi bahasa isyarat yang digunakan Nayden.

"Belum. Saya baru lepas siap masak. Jom makan?" ajakku.

Nayden akur. Dia menurut saja apabila aku menariknya ke arah dapur untuk makan tengah hari bersama. Nasib baik Nayden balik awal. Kalau tidak, berlaparlah aku tunggu Nayden balik.

Nayden selalu saja menyuruhku makan dahulu sebelum dia sampai ke rumah kerana sesi fisionya kadang-kadang tak menentu waktunya. Ada kalanya dia habis awal. Ada kalanya dia habis lambat. Terpulang pada rawatannya.

Tapi, aku tak mahu makan selagi Nayden tak ada bersama. Rasa tak berselera walaupun aku lapar sangat-sangat. Mungkin sebab perubahan emosi aku jadi begini.

"Maaf sebab saya tak masak banyak hari ni. Kaki saya sakit tadi, lepas tu baby asyik tendang sampai perut saya sakit" ceritaku pada Nayden sambil mengambil tempat di ruang makan.

Mendengar aduanku, Nayden pantas menghampiriku. Dia duduk bertinggung di hadapanku, membelek-belek kakiku yang aku rasa sudah membengkak.

"Kaki awak bengkaklah, sayang. Teruk ni" ujar Nayden dengan nada risaunya.

Sekali sekala Nayden memicit lembut permukaan yang bengkak itu, menyebabkan aku mendesis kesakitan. Tak cukup itu, perutku makin sakit dek tendangan bayi dalam kandunganku. Lebih agresif berbanding tadi.

Mungkin dia tahu yang daddynya sudah pulang ke rumah.

"Allah... Baby tendang ke?" soal Nayden sambil tangannya menekap permukaan perutku.

Tiba-tiba tendangan bertalu-talu tadi terhenti, berganti pula dengan satu tendangan yang cukup padu tepat di bahagian yang ditekap Nayden. Senak perut aku. Berkerut wajahku dan Nayden kerana terkejut.

"Saya rasa baby rindukan awak" ujarku tersenyum. Aku memegang belakang pinggangku yang terasa lenguh.

Nayden ukir senyuman manis. Dia menyelak blaus yang aku pakai, lalu perutku dikucup lama. Permukaan kulit perutku diusapnya lembut.

"Baby janganlah tendang mommy kuat-kuat. Kesian mommy sakit nanti. Behave okay?" lembut Nayden bersuara bagaikan menasihati anak kami dalam kandunganku.

2.1 BABYBOY ©Where stories live. Discover now