🌻 BabyBoy 13

2.9K 170 5
                                    

"AISYA belajar macam mana? Okey ke?" soal ayah sebaik saja dia melabuhkan duduk di sisiku yang sedang menonton buletin tengah hari.

Aku mengangguk dengan senyuman. Syukur, urusan pembelajaranku semuanya baik-baik saja. Tiada masalah. Malah aku rasa, semakin hari semakin baik.

Rezeki aku dengan Nayden mungkin.

Cakap tentang Nayden, lelaki itu tiada di rumah sekarang. Dia keluar ke pekan menemani ibu. Katanya, nak cari kain untuk kerja menjahitnya. Nayden sendiri yang nak ikut.

Jenuh juga suamiku itu mengajakku bersama tadi. Tapi, disebabkan aku terlalu penat setelah memasak untuk makan tengah hari tadi, aku terpaksa menolak. Tersenyum aku bila teringat semula wajah cemberut Nayden tadi.

Nak tak nak, dia kenalah ikut ibu juga. Takut nanti kecil pula hati ibu.

"Senyum sorang-sorang pula Aisya ni. Teringatkan suami lah tu" ayah menggeleng perlahan. Teh suam di atas meja dicapai, lalu dicicipnya.

Aku tersengih malu. Sama seperti Nayden, ada masanya aku akan syoq sendiri apabila teringatkan suami aku itu. Semua perkara dan gelagat Nayden buatkan aku macam orang tak tentu arah. Asyik nak tersenyum saja.

"Tak ada apalah, ayah. Cuma, Aisya teringat pasal Nayden. Dia buat muka monyok dia bila Aisya tak nak ikut dia teman ibu tadi" ceritaku. Dah pecah tembelang dah pun. Cerita sajalah.

Ayah tertawa kecil. Cawan berisi teh suam tadi diletakkan semula ke atas dulang di atas meja sebelum matanya memandang semula ke arahku. Senyuman manis diukirnya.

"Ayah gembira bila tengok kamu berdua. Walaupun Nayden tak sempurna, tapi dia berjaya buat kamu bahagia dengan dia"

Aku mengangguk pantas, mengeyakan.

Bila saja aku tidak bahagia bersama Nayden? Tak pernah. Aku berani kerat jari.

Ayah tarik sebelah tanganku, lalu diusapnya dengan lembut.

"Ayah sayang Nayden, sama macam ayah sayang Aisya. Ayah tak kisah Nayden tu macam tu, sebab manusia macam dia pun berhak rasa bahagia macam orang lain"

"Ayah harap sangat, apapun jadi nanti, Aisya kena setia dengan Nayden, ya? Setia di sisi suami Aisya walau apapun dugaan datang. Setia di sisi Nayden setiap waktu, tak kira dia sedih, gembira, senang, susah. Bagi dia sokongan sebab ayah tahu, Aisya kekuatan dia"

"Jangan sesekali Aisya tinggalkan Nayden. Ayah tengok pun, ayah tahu yang Nayden tu lembut orangnya. Hati dia sensitif. Dan Aisya, satu-satunya yang boleh sentuh hati dia"

"Aisya kekuatan Nayden, Aisya juga kelemahan Nayden. Jadi, jangan pernah tinggalkan Nayden, ya? Jaga dia baik-baik. Ayah tahu, Aisya boleh jadi isteri yang baik, kan?" ayah mengusap lembut rambutku.

Aku ketap bibir menahan tangis. Kepala diangguk yakin.

Ya Allah, nak tinggal Nayden sekejap pun hatiku sudah berat. Apatah lagi nak tinggalkan Nayden untuk satu tempoh yang sangat lama.

Bila ayah cakap macam tu, lagi bertambah keyakinan aku untuk bersama Nayden. Lagi kuat hatiku mengatakan yang aku mahu bersamanya sehingga hujung waktu nanti.

Lagipula, aku sudah berjanji mahu menjaga dan menyayangi Nayden. Munafik aku, kalau aku mungkir janji aku sendiri. Lebih-lebih lagi, Nayden itu suamiku.

Aku mengangkat sebelah tanganku, gaya bersumpah "Aisya janji" bersungguh-sungguh aku mengucapkan kalimah itu..

Serentak itu, aku mendengar bunyi deruman motosikal milik ayah yang dibonceng oleh ibu dan Nayden. Tak sampai seminit, pintu rumah dibuka dari luar oleh Nayden.

2.1 BABYBOY ©Where stories live. Discover now