🌻 Special Chapter - Moody

1.3K 114 11
                                    

BUNYI deruman enjin kereta dari arah luar rumah mengalihkan perhatianku. Aku tersenyum kecil, lalu aku mengelap tanganku yang basah dengan tuala bersih sebelum langkah diatur ke pintu utama rumah.

Jam sudah menginjak pukul 5 petang, iaitu waktu Nayden pulang ke rumah kalau dia tak perlu OT. Jadi, memang aku akan sediakan makan malam untuk kami nikmatinya bersama-sama.

Belum sempat aku mahu memulas tombol pintu, Nayden terlebih dahulu menguak luas daun pintu ke dalam. Aku pula menanti Nayden melangkah masuk ke dalam rumah sambil mendepa luas tanganku, menanti Nayden masuk ke dalam dakapanku.

Melihat aku berkeadaan begitu, Nayden ukir senyuman ringkas. Pintu ditutup rapat lalu seperti yang aku jangka, dia masuk ke dalam pelukanku. Pinggangku dipaut rapat ke tubuhnya sambil bibirnya hinggap di pipiku.

"Welcome home, hubby" ucapku pada Nayden. Dia menggumam sahaja sebagai jawapan.

Hairan aku dibuatnya.

Selalunya, Naydenlah paling teruja bila balik rumah. Katanya, suka apabila penat lelahnya di tempat kerja terubat apabila bertemu aku di rumah.

Ceh! Entah ayat drama cringe mana yang dia ambil.

Selang beberapa ketika, Nayden melepaskan pelukan kami. Aku pantas saja laksanakan tugasku, iaitu menanggalkan tali lehernya.

"Mana Aydan?" soal Nayden. Jarinya menyelak lembut helaian rambutku yang lepas tidak berikat.

"Aydan tidur dalam bilik. Baru lepas menyusu" beritahuku.

Cepat sungguh masa berlalu. Aydan Safiy sudahpun menginjak usia 10 bulan. Dia sudah pandai merangkak. Tubuhnya pula semakin berisi.

Geram aku dibuatnya! Rasa macam nak kunyah pipinya yang montel itu.

Aydan juga sudah mula suka menggigit barang mainannya. Menurut doktor, itu petanda yang anak kecil itu akan mula tumbuh gigi.

Tak lama lagi, bolehlah Aydan konsumi nasi sebagai makanan hariannya.

"Hubby nak makan? Aisya masak lebih untuk hubby" ajakku. Pinggangnya aku peluk kembali.

Nayden getus tawa kecil. Dapat kurasakan pelukanku dibalas lalu ubun-ubunku dikucupnya sekilas.

"Hubby nak mandi dan solat asar dulu. Lepas tu hubby makan" ujar Nayden seraya meleraikan pelukan. Aku akur saja.

Mata memandang ke arah Nayden yang melangkah naik ke tingkat atas sehingga susuk tubuh lelaki itu hilang dari pandangan.


***


TUDUNG saji yang menutupi makan malam aku angkat. Lihat saja, dahiku berkerut halus apabila melihat lauk-lauk yang kumasak tidak berusik.

Seingat aku, usai solat isya' tadi, Nayden tertidur selepas bermain dengan si kecil Aydan. Aku pun biarkan saja dia tidur memandangkan dia nampak sangat penat hari ini.

Aku beranggapan bahawa Nayden sudah makan malam. Kerana waktu dia solat asar tadi, aku sedang mandi. Keluar sahaja, Nayden sudah hilang dari pandangan.

Lauk-lauk yang tak berusik aku simpan ke dalam peti ais. Usai membersihkan apa yang patut di dapur, aku bahawa langkah laju ke bilik kami berdua.

Buka saja pintu, telingaku disapa dengan bunyi tangisan.

Bukan bunyi tangisan Aydan, tetapi daddynya.

"Hubby?" panggilku. Dudukku dilabuhkan di sisi Nayden.

Aku hidupkan lampu tidur agar wajahnya dapat kulihat. Melihat pipinya yang basah dan esakan yang keluar halus dari bibirnya, benarlah yang Nayden menangis.

2.1 BABYBOY ©Where stories live. Discover now