🌻 BabyBoy 17

3.1K 173 7
                                    

AKU melangkah perlahan menghampiri Nayden di balkoni bilik. Ralit suami aku tu termenung ke arah cetakan ultrasound kandunganku yang sudah masuk usia tiga bulan.

Ya, aku disahkan hamil.

Naydenlah yang mendesak aku pergi ke hospital. Tak sabar-sabar nak tahu keadaan aku yang mengandung ataupun tak. Aku pula, rasa mahu tak mahu saja ketika itu.

Iyalah. Aku tak mahu Nayden kecewa jika aku tidak mengandung.

Seperti dapat membaca mindaku, Nayden terus mengatakan yang dia tak akan kecewa sekalipun aku tidak hamil seperti jangkaannya. Dia akan terima semua keputusan seadanya kerana itu semua rezeki daripada Allah. Kalau Allah belum izinkan, mungkin itu kerana Allah tahu yang kami belum bersedia untuk memikul amanah besar ini.

Beruntung aku memiliki Nayden. Betapa aku berharap yang semua lelaki bergelar suami di dunia ini berfikiran seperti Nayden.

Kononnya, seorang bayi tak mampu terhasil tanpa seorang ayah. Tapi, bila si isteri tak hamil-hamil, si isteri yang disalahkan. Siap dituduh mandul lagi. Bukan semua, tapi banyak saja golongan suami tak reti cermin diri yang begini.

Kalau boleh, mahu saja aku cincang mereka semua.

Aku tersenyum sambil menghampiri Nayden. Aku memeluk pinggangnya dari belakang. Dapat aku rasakan bahunya terhinjut kerana terkejut, namun setelah itu dia ketawa seraya memutar semula tubuhnya ke arahku. Pinggangku ditarik merapat padanya sebelum dahiku dikucup Nayden.

Ah! Aku suka Nayden versi ini.

"Awak nak apa-apa ke?" soal Nayden kepadaku.

Aku tersengih. Gembira tak mampu nak tahan atas rezeki yang diberi.

"Saya nak awak" aku memuncung manja.

Sah! Aku dan Nayden dah bertukar roh.

Nayden tersenyum manis ke arahku. Merah wajahku dibuatnya. Senyuman itu terlalu manis dan sangat-sangat manis! Aku boleh kena kencing manis dalam masa sehari.

Nayden kemudian mencengkam lembut lenganku, lalu mendukungku tinggi. Aku pun secara refleks terus saja memaut pinggangnya dengan kakiku. Dia kemudian membawaku masuk ke dalam bilik semula.

Nayden melabuh duduk di birai katil dengan aku yang masih dalam dakapannya. Dia melonggarkan pelukan, menyebabkan aku merengek tak mahu.

Nak peluk Nayden ketat-ketat!

Nayden menghamburkan tawanya. Pipiku dikucup beberapa kali penuh kegeraman. Makin aku merengek kerana merasa Nayden seolah-olah melayanku seperti anak kecil. Walhal, memang aku macam anak kecil pun sekarang.

"Sa... yang" panggil Nayden. Suaranya semakin hari semakin kedengaran garaunya.

Aku merenung Nayden. Mendengar panggilan lembut itu, hatiku rasa tenang dan berbunga-bunga. Sukanya!

Nayden tersenyum. Hidungku dicuitnya manja.

"Awak mengidam ke? Bagitahulah saya. Nanti saya carikan untuk awak" pujuk Nayden. Pipiku diusap dengan tangan kekarnya.

"Saya nak Blueberry Cheesecake dekat IKEA. Boleh tak?" pintaku. Hujung lengan bajuku dipintal. Serba salah mahu meminta.

"Kedai lain tak nak?"

"Tak nak. Saya nak yang dekat IKEA tu" laju aku menjawab kembali.

Aku tak mahu kek lain. Aku mahu yang di IKEA. Sebab yang dekat IKEA tu kek aiskrim. Kalau di kedai-kedai lain, intinya semua krim.

Nayden ketawa kecil. Dia mendekatkan wajah kami, lalu menggeselkan hidungnya pada hidungku.

"Awak nak ikut saya atau nak saya-"

2.1 BABYBOY ©Where stories live. Discover now