🌻 BabyBoy 22

2.6K 166 11
                                    

BATHROBE yang tersangkut di palang bilik air aku capai, lalu aku sarungkan ke tubuh. Talinya aku ikat rapi bagi menutup tubuh terdedahku. Tombol pintu bilik air aku tarik. Sontak, susuk tubuh Nayden sudah tercegat berdiri di hadapanku, sedang menyandar di sisi pintu.

Lihat saja aku keluar, dia terus menegakkan tubuh. Aku tersenyum kecil lalu tubuhnya aku peluk erat. Rindu pula dengan haruman maskulin Nayden. Dapat aku rasa yang pelukanku dibalas lalu ubun-ubunku dikucup lama.

"Sayang okay?" soalnya. Wajahku dipaksa agar memandang wajahnya.

Aku mengangguk, meyakinkan Nayden yang aku tidak apa-apa. Wajahnya yang tampak kerisauan itu aku tekup, lalu aku usap lembut.

"Saya tak apa-apa. Hubby jangan risau ya?"

"Macam mana hubby tak risau, sayang? Aisya nampak sedih sangat sampai hubby ajak mandi sekali pun Aisya tak nak. Dah tak sayang hubby ke? Kesian dekat kawan Aisya tu? Nak pergi dekat dia pula?" rajuk Nayden.

Aku lihat bibir Nayden melengkung ke bawah. Birai matanya pula tampak berair.

"Hubby..." aku tertawa halus.

Lengan Nayden aku tarik agar mengikutku ke arah katil. Tubuhnya aku paksa agar duduk di birai katil, lalu dudukku dilabuhkan ke atas pahanya. Lehernya aku paut erat sebelum bibir Nayden aku kucup lama.

Nayden sangat rapuh. Katanya, dia sering jadi emosional begini kerana dia takut akan kehilangan, seperti mana dia hampir kehilangan mak sewaktu kemalangan, seperti itulah juga sekarang.

"Hubby takut kalau Aisya tinggalkan hubby..."

Nayden takut andai dia bakal kehilanganku.

"Tak. Saya takkan tinggalkan hubby. Saya sayang hubby sangat-sangat tau? Mana boleh saya tinggalkan hubby" pujukku. Dada Nayden aku usap lembut bagi menenangkannya.

Aku ingat, balik rumah aku yang emosional. Alih-alih, Nayden yang menangis dulu.

Aku usap air mata pada pipi Nayden, lalu aku labuhkan ciuman bertalu-talu pada wajahnya. Merengek Nayden jadinya. Geli pada wajah sehingga dia tertawa kecil. Aku ikut tersenyum.

Senang saja nak pujuk baby besar ni.

Nayden kesat air mata pada wajahnya dengan belakang tapak tangan. Hilang saja sisa-sisa air mata, dia pantas memeluk erat tubuhku. Wajah disembamkan di dadaku seperti yang dia selalu lakukan.

"Sayang dah okey, kan?"

Aku mengangguk laju.

"Dah okey dah"

"Janganlah kesian sangat dekat kawan sayang tu. Siapa suruh dia berharap dekat jodoh orang? Kan dah sakit hati sendiri. Padan muka" selamba Nayden bercakap. Siap gigit bahu aku lagi nak lepas geram.

Aku tampar manja bahu Nayden. Suka hati dia je cakap orang macam tu.

"Pandai-pandai je awak cakap orang macam tu. Kalau jadi kat awak baru tahu" aku jeling manja wajah Nayden.

Nayden dah mencebik balik. Cepat-cepat dia sembunyikan wajahnya pada leherku semula lalu menggigit leherku. Sakit woi!

"Nayden Luth! Sakitlah!"

"Huaaa! Aisya marah Eden!"

Mengada-ngada.



***



RASA geli yang terasa pada permukaan perutku cuba ditahan. Novel Holding Up the Universe karya Jennifer Niven dalam peganganku cuba untuk dibaca dengan fokus.

Sukar aku nak concentrate kalau Nayden dari tadi tak habis-habis melukis atas perut besarku. Entah apa yang dia lukis pun aku tak tahu. Dah dekat sejam dah dia duk melukis.

Aku tak kisah sangat sebab perut bukanlah anggota wuduk. Jadi, nak lukis pun tak ada masalah. Cuma, rasa geli itulah yang aku kena tahan.

Kalau tak bagi dia lukis nanti kang menangis pula laki aku ni. Entah siapa yang nak beranak pun aku tak tahu.

Aku menghela nafas. Penat tunggu anak gajah ni habis melukis, aku tutup terus novel itu. Aku lihat Nayden yang masih fokus melukis pada perutku.

"Hubby lukis perut saya pakai apa tu?"

"White board marker"

"Lama lagi ke nak habis?"

"Sikit lagi... Dah siap!" lebar senyuman pada bibir Nayden. Semua pen lukisannya ditutup dan disimpan.

Aku bangun menyandar pada kepala katil. Perutku yang memboyot itu aku cuba lihat sehingga Nayden menangkap gambar perutku yang dilukisnya tadi. Gambar itu kemudian ditunjukkan padaku.

Aku tersenyum kecil. Cantik corak bunga yang dilukis Nayden bersama ucapan 'Coming Soon' di perutku.

"Cantik. Tapi kenapa awak lukis gambar bunga?" sengaja aku menyoal Nayden.

Sepanjang tempoh kandunganku, tak pernah pun kami persoalkan tentang jantina bayi ini. Bukan tak berminat untuk tahu, tapi biarlah menjadi kejutan pada hari aku melahirkan nanti.

"Entah. Saya tiba-tiba rasa nak lukis bunga. Mungkin sebab baby kita perempuan kut?" ujar Nayden sambil mengangkat sebelah bahunya.

Aku tersenyum saja. Jujur aku tak kisah walau apapun jantina bayi kami nanti. Kedua-duanya ada kebaikan. Bayi lelaki boleh jadi pembimbing keluarga. Bayi perempuan pula boleh jadi kunci aku dan Nayden ke syurga.

Asyik termenung sendiri, aku tak sedar yang Nayden sudah melabuhkan baringnya di sisiku. Tubuhku direngkuh erat ke dalam pelukannya. Bibirnya pula tak habis-habis menghujankan ciuman pada wajahku.

"Hu-hubby. Tak boleh... bernafas" aku tolak kuat dadanya.

Nayden ketawa geli hati. Dia kemudian mengucup pipiku sekali sebelum menarik wajahku ke dadanya. Belakang tubuhku diusap lembut.

"Makin hari, hubby rasa makin sayang dekat sayang, tau?" luah Nayden tiba-tiba.

Aku tertawa halus "Mestilah hubby kena makin sayang dekat saya" pipinya aku kucup manja.

Nayden ikut senyum. Wajahku ditatapnya lama sehingga aku segan sendiri. Dapat aku rasakan yang wajahku semakin panas dek renungannya itu.

Wajah Nayden aku tampar lembut "Janganlah tengok Aisya macam tu" aku mencebik manja.

Nayden tertawa geli hati melihat aku malu. Dia mendekatkan wajahnya kepadaku sebelum bibirku diragutnya lembut. Makin panaslah wajahku jadinya bila Nayden buat begitu.

Dulu, Nayden yang malu denganku. Sekarang dah terbalik pula. Hadaplah aku dengan perangai Nayden ni sampai tua.

 Hadaplah aku dengan perangai Nayden ni sampai tua

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

- to be continued



Cerita sya semua wajib ada konflik sikit. So...

Nak bagi konflik dekat Aisya ke Nayden?

2.1 BABYBOY ©Where stories live. Discover now