🌻 BabyBoy 18

3.1K 185 5
                                    

BANGUN saja dari lena, kelibat Nayden sudah tiada di sisiku. Aku yang masih mamai melingaskan pandangan ke sekitar bilik, mencari Nayden.

Tempat tidur Nayden di sisiku kelihatan sudah kemas berbanding semalam. Baju-baju yang berselerakan juga sudah dikemas. Bakul pakaian kotor kosong, menandakan yang baju-baju kami telah pun dicuci.

Siapa yang cuci? Semestinya Nayden.

Aku mengeliat keletihan lalu duduk dari baringan. Selimut tebal pada tubuh aku tarik sehingga menutup tubuh terdedahku. Penat yang teramat sangat sebab tidur lewat semalam.

Tahulah siapa jadi punca aku tidur lambat tu.

Aku membawa tubuhku ke birai katil, lalu aku membawa langkah turun untuk membersihkan diri. Selimut tebal aku selubungkan ke seluruh tubuh badanku yang tiada seurat benang. Aku berjalan berhati-hati ke pintu bilik air.

Elok aku sedang berjalan, tiba-tiba rasa macam ada superpower. Aku terbang di udara dengan selimut yang masih di tubuhku. Aku nak menjerit, tapi bila aku menyedari gerangan yang telah 'menerbangkan' aku, aku batalkan saja niat itu.

Superhero Naydenlah yang terbangkan aku. Siapa lagi kan?

Aku pukul bahu Nayden sebab terkejut. Dah lah aku tengah mamai, letih pula tu. Boleh pula dia dukung aku tiba-tiba macam tu. Buatnya aku mati tercekik oksigen macam mana?

Aku ketap gigi apabila Nayden tertawa halus dengan tindakan refleks aku itu. Rasa macam nak gigit-gigit si Nayden ni! Boleh pula dia gelakkan aku?

"Awak! Janganlah gelak!" marahku, geram. Rambutnya aku tarik-tarik manja.

Takkan nak tarik macam tarik rambut perempuan pula? Mahu botak suami aku nanti.

Nayden masih dengan tawanya. Tawanya beransur reda apabila melihat wajah cemberutku. Terus saja dia menunduk, lalu menggeselkan hidung kami bersama, memujukku.

"Sorry, sayang" perlahan saja suara Nayden ketika itu.

Aku tak jadi nak merajuk. Terus saja tersenyum lebar dek panggilan sayang daripada Nayden. Ya Allah, betullah sangkaanku. Suara Nayden benar garau dan merdu.

Buatkan aku mahu jatuh cinta berkali-kali.

Masuk saja ke dalam bilik air, Nayden meletakkanku di penghadang sinki sementara dia menyediakan mandian suam untukku memandangkan udara sejuk dek hujan lebat beberapa hari ini.

Kemudian, Nayden kembali kepadaku lalu terus membawaku ke tab mandian yang sudah dia sediakan.

"Awak siap pakai cantik-cantik tau? Emak mesej saya tadi. Dia cakap dia nak jumpa awak" beritahu Nayden padaku. Aku mengangguk saja.

Sah. Memang Nayden dah bagitahu emaknya yang aku mengandung.



***



"ASSALAMUALAIKUM!"

Tak sampai seminit aku beri salam, pintu rumah telahpun terbuka dari dalam. Terpampang susuk tubuh ibu mertuaku yang berkerusi roda. Tersenyum lebar wanita tua itu melihatku di hadapan matanya.

"Assalamualaikum, mak. Mak sihat?" soalku. Tangan tuanya aku salam penuh hormat.

"Mak sihat, alhamdulillah. Jomlah masuk" pelawa emak. Erat tangan tuanya memegang tanganku ke dalam. Nayden sekadar menurut langkahku.

Sampai saja di ruang tamu, emak menyuruhku duduk di sofa. Emak pula mengambil tempat di sisiku. Dengan wajah manisnya yang sedang tersenyum, dia menekapkan tangannya pada permukaan perutku.

"Alhamdulillah. Menantu mak dah mengandung. Cucu mak sihat?"

"Alhamdulillah. Sihat je" jawabku. Tawaku terletus melihat emak yang nampak sangat gembira dengan berita ini.

2.1 BABYBOY ©Where stories live. Discover now