MY LOVE INARA 💎 04

654 48 1
                                    

" SAYANG, makanlah sikit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" SAYANG, makanlah sikit. " Edric berkata tatkala melihat Inara sekadar merenung kosong kek coklat moist di hadapannya itu.

Ingatkan apabila dia membawa gadis itu ke Moon's Café dan membelikan kek kegemaran Inara, Inara akan lembut hati dan bercakap dengannya. Malangnya, si isteri tetap dengan mood merajuknya lagi.

Tak boleh jadi ni.

" Ke honey nak bie suap ni? Alolo manjanya cinta hati sir Edric ni. " Edric membuat mimik muka sambil memotong kecil kek itu menggunakan sebatang garfu.

" Nganga mulut. Aaaa.. Kapal terbang nak mendarat ni. " Dia melayang-layangkan garfu itu di hadapan Inara.

Terlepas tawa kecil dari bibir Inara. Melihat kesungguhan encik suami dalam memujuknya itu, dia dengan senang hati membuka mulut dan membiarkan lelaki itu menyuapnya.

" Gelak pun dia. " tutur Edric. Inara yang sedang mengunyah kek itu dengan wajah ceria ditenung penuh khusyuk. Hai lah isteri, betapa rindunya suami awak ni nak tengok awak tersenyum.

" Pandang apa? " Inara menyergah. Segan kerana ditenung begitu meskipun lelaki itu adalah suaminya sendiri. Orang tengah makan, dia sibuk nak tengok-tengok.

Hish, malulah!

Eh kau pun tahu malu ke, Inara?

" See the beauty of Allah's creation. " Edric menjawab seraya mengukirkan senyuman manis yang boleh mencairkan sesiapa saja yang melihat. Matanya yang sedia sepet makin bertambah sepet apabila dia tersenyum begitu. Tambah-tambah dengan lesung pipitnya yang dalam melekuk.

Haih, untunglah siapa yang menjadi isteri lelaki kacak itu!

Eh, bukan kau ke Ara isteri lelaki kacak itu?

" Kau tengoh Mah budak perempuan tu. Tak padan dengan pakai baju sekolah, bertudung pulak tu tapi bukan main suka lagi bila lelaki tu suap dia. Gatal. "

Tiba-tiba, telinga Inara berdesing tatkala dia mendengar satu suara berkata begitu. Dia mengangkat kepala dan memerhati ruangan sekeliling Moon's Café. Mahu mencari gerangan budak perempuan yang dimaksudkan oleh suara itu tetapi tiada seorang pun budak perempuan yang memakai baju sekolah selain dia di situ.

Jadi maknanya, makcik itu tengah mengutuk dia lah kan?

Ke dia silap dengar?

" Itulah pasal. Budak-budah zaman sekarang ni memang tak tahu adab langsung. Takt ahu malu. Pegang sana-sini dengan bukan mahram. Yang lelaki tu pun boleh tahan juga. Dua dua sama je. Miang. "

Kemudian, Inara mendengar pula wanita yang bernama 'Mah' itu bersuara. Telinga Inara pula panas. Dia yakin makcik-makcing bawang itu sedang mengutuk dia dan Edric. Dia yang ingin menoleh ke belakang terhenti apabila Edric terlebih dahulu memegang tangan kanannya.

" Why? "

" Calm down honey. Let them be. Honey sambung makan kek ni, okey? " Edric pantas memujuk. Bukannya dia tidak dengar kata-kata dua orang wanita di belakang Inara itu. Suami mana yang tidak terkesan apabila ada insan yang sengaja memburuk-burukkan isteri kesayangannya di hadapan mata? Berulang kali dia beristigfar bagi menyabarkan hatinya memandangkan mereka sekarang ini berada di tempat orang ramai.

MY LOVELY, INARAWhere stories live. Discover now