MY LOVE INARA 💎 07

594 54 3
                                    

AWAL - AWAL pagi lagi Edric sudah mengikut Tengku Aizulrahman dan Tengku Izhan menunaikan solat subuh di Masjid Besar Putrajaya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AWAL - AWAL pagi lagi Edric sudah mengikut Tengku Aizulrahman dan Tengku Izhan menunaikan solat subuh di Masjid Besar Putrajaya. Hujung minggu macam ini lah baru dia dapat meluangkan masa dengan keluarga isterinya itu memandangkan hari hari biasanya disibukkan dengan sesi persekolahan.

" Macam mana kamu berdua? Seronok dengar tazkirah tadi? " soal Tengku Aizulrahman setelah mereka bertiga masuk ke dalam kereta.

" Alhamdulillah seronok abi. Betul kata Tuan Haji. Kita ni dah terlalu leka dengan dunia sampaikan tak ada masa nak beribadat kepada Allah. "

" Salah tu pemahaman abang. Kita ni bukannya tak ada masa malah terlebih cukup. Dua puluh empat jam yang Allah beri tu sememangnya dah cukup. Tetapi apa yang menyebabkan manusia merasa masa tu tak cukup? Sebab terlalu leka dengan duniawi. Manusia terlalu leka dengan kerja-kerja dunia. Sedangkan solat fardu hanyalah lima waktu sahaja. Itupun tak boleh nak laksanakan dengan pelbagai alasan. " Panjang lebar Tengku Aizulrahman memberi penjelasan.

" Jadi, abang dan Uwais... Sesibuk macam mana pun kita dengan urusan dunia, kita kena sentiasa ingat yang kita ini hanyalah hamba. Hamba yang sangat lemah. Hamba yang memerlukan kekuatan daripada Penciptanya. Kesimpulannya, untuk mencari kekuatan. Kita mesti cari Allah. Kita senang kita kena cari Allah. Kita susah pun kita kena cari Allah. Sebab itu, nikmat kesihatan dan masa lapang jangan sesekali kita sia-siakan dengan perkara-perkara yang lagha. Yang tidak membawa keuntungan langsung di akhirat kelak. Faham, anak-anak abi? "

Serentak Edric dan Tengku Izhan menjatuhkan kepala tanda mereka jelas memahami dengan penerangan pendek daripada Tengku Aizulrahman itu.

" InsyaAllah, Uwais faham abi. "

" Baguslah kalau macam tu. Eh, abang. Kejap lagi singgah dekat warung Kak Nab. Abi teringin nak makan nasi kerabu dia. Lama dah tak pekena. " Tengku Aizulrahman yang baru teringat akan keinginannya berpesan pada Tengku Izhan yang sedang memandu.

" Baik, Dato' Seri. " Jawab Tengku Izzan seraya mengangkat tabik hormat.

Hanya mengambil masa beberapa minit sebelum BMW X6 yang dipandu Tengku Izhan berhenti di hadapan sebuah warung kecil. Edric menawar diri untuk pergi membelinya tetapi dihalang oleh Tengku Aizulrahman. Katanya, alang-alang dah sampai boleh lah dia berjumpa sekejap dengan Abang Karim, pemilik warung itu.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MY LOVELY, INARAWhere stories live. Discover now