MY LOVE INARA 💎 16

416 42 5
                                    

SELESAI makan malam, Inara dan Edric masuk ke dalam kamar beradu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SELESAI makan malam, Inara dan Edric masuk ke dalam kamar beradu. Kalau ikutkan Inara, dia memang ingin berbual-bual dengan tok abah dan tok mi nya tetapi apabila dia melihat Edric tampak keletihan kerana seharian memandu, terus dia mengajak suaminya meninggalkan Tengku Hanafi dan Hajah Samiah berdua. Mujurlah kedua orang tua itu memahami.

Masuk je dalam bilik, Inara terus mendudukkan Edric di birai katil. Tanpa sebarang kata, dia mula membuka butang baju melayu yang dipakai suaminya.

" Eh eh sayang. Nak buat apa ni? " Terkejut Edric dengan tindakan tidak menduga daripada Inara tetapi tidak pula dia menghalang. Dibiarkan saja tangan isteri membuat kerja.

Tergelak Inara dengan reaksi pemuda itu.

" Hahaha bie.. Kenapa muka cuak sangat? " Kening Inara dijongket setelah membuka baju melayu Edric. Tangan sengaja mengelus dada Edric.

" Honey tu la. Tiba-tiba je buka baju orang. Honey nak bie ke malam ni? " Edric bertanya dengan wajah diseriuskan. Kalau isterinya mengangguk, lagilah dia suka.

Bagaikan ada satu peribahasa yang dia pernah belajar...

Kecil tapak tangan, satu padang golf dia hadiahkan.

Eh?

" Kita kat rumah tok abah ni tau. Tak ganggu dia orang ke nanti? " Lagi, Edric memuntahkan pertanyaan. Nampak sangat kepolosannya di situ.

Kali ini, Inara tidak gelak tetapi dia membulatkan bola mata. Tangan kecilnya pantas menampar lembut dada Edric yang tidak berlapik.

" Ish bie ni. Ke situ pulak dia fikir. Honey nak urut bie lah. Kan tadi bie cakap badan bie lenguh-lenguh. So, honey nak urutlah ni. " Inara berterus-terang.

Selepas makan tadi, dia dah mula perasan perubahan tingkah laku Edric. Kejap-kejap memegang pinggang. Kejap-kejap menggosok leher. Tetapi bila dia bertanya, pasti Edric memberi jawapan,

" Tak ada apa-apa sayang. Lenguh sikit je. "

Jadi, sebab itu lah dia mengajak suaminya masuk awal ke bilik supaya dia dapat menghilangkan kesakitan lelaki itu dengan urutannya.

" La sayang ni. Buat suspense orang je. Ingatkan betul-betul la dia nak bie malam ni. " keluh Edric dengan nada kecewa. Kepalanya tergeleng-geleng dengan kenakalan fikirannya sendiri. Separuh hatinya kecewa tetapi separuh lagi berasa lega kerana dia tahu keberadaan mereka sekarang ini sangatlah tidak sesuai untuk bersama.

Serba-salah Inara dibuatnya melihat wajah sedikit kecewa yang ditunjukkan Edric.

"Ala ala kesiannya suami honey ni. I'm sorry bie. Honey bukan sengaja nak kecewakan bie but honey nak urutkan suami honey je. Nak lebih-lebih tak boleh la bie. Balik rumah nanti eh? " pujuknya. Dia mengusap kedua-dua pipi Edric dengan sentuhan lembutnya. Salahnya juga kerana bertindak seperti tadi tanpa kata apa-apa.

MY LOVELY, INARAWhere stories live. Discover now