MY LOVE INARA 💎 12

421 46 4
                                    

SETELAH Kak Hawa keluar, Inara berjalan sekeliling bilik pejabat yang luas itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SETELAH Kak Hawa keluar, Inara berjalan sekeliling bilik pejabat yang luas itu. Gabungan warna tortilla dan ash white yang mewarnai sekitar dinding menjadikan pejabat itu tampak cerah dan mewah. Hiasan dalaman pula berkonsepkan ala Inggeris. Sesuai dengan pemiliknya yang berdarah omputeh.

Kedudukan William's Empire ini pula sangat menarik kerana berhadapan dengan Taman Tasik Titiwangsa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kedudukan William's Empire ini pula sangat menarik kerana berhadapan dengan Taman Tasik Titiwangsa. Dari tempat Inara berdiri, dia dapat melihat ramai orang sedang beriadah. Ada yang berbasikal, berkayak, berkelah dan pelbagai lagi.

Setelah puas melihat sekeliling, dia mengorak langkah ke meja kerja Edric. Meja itu penuh dengan dokumen-dokumen yang tersusun kemas mengikut saiz dan warnanya.

Hujung bibir Inara membentuk senyuman kecil tatkala terpandangkan satu bingkai gambar yang terletak elok di sisi sebuah komputer berjenama Apple. Bingkai itu diambil dan diusap lembut. Di bawah gambar itu tertera satu tarikh.

4 Februari 2022.

Tarikh keramat yang menyatukan dia dan Edric dalam ikatan suci sebuah perkahwinan.

Usai meletakkan frame itu di tempat asal, pintu kayu yang melekat pada dinding sebelah kanan menarik perhatian Inara. Tanpa melengahkan masa, tangan naik memegang tombol lantas dipulas. Malangnya, pintu bilik yang berkunci itu menyukarkan pergerakannya.

Automatik, dahi berkerut.

" Bilik apa ni? Bilik rahsia suami aku ke? " omelnya saat dia perasan yang bilik itu memerlukan 6 angka nombor bulat untuk mengakses masuk.

Tadi dia berfikir mungkin tandas tapi kalau dah ada password bagai dah tentu lah bukan sebarangan bilik. Untuk itu, otaknya ligat memikirkan pelbagai enam digit nombor sambil hujung jari menekan-nekan nombor yang terlintas di kepala.

Nombor yang selalu dijadikan kata laluan semestinya yang diketahui semua orang. Tarikh lahir. Jadi, dia masukkan tarikh lahir Edric.

Tet!

Butang berwarna merah terus menyala.

Cubaan kedua dia masukkan tarikh lahirnya pula. Namun, tetap gagal apabila naik lampu merah.

MY LOVELY, INARAWhere stories live. Discover now