MY LOVE INARA 💎 15

422 38 2
                                    

PEJAM celik pejam celik, cuti sekolah awal bulan 6 kunjung tiba

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PEJAM celik pejam celik, cuti sekolah awal bulan 6 kunjung tiba. Inara lah manusia yang paling gembira sekali kerana waktu inilah dia mahu membawa suaminya pulang ke kampung halaman Tengku Rabihah di Kota Tinggi, Johor. Dia mahu mengenalkan Edric kepada tok abah dan tok mi nya.

Namun begitu, lebih kurang 1 jam sejak mereka meneruskan perjalanan setelah berhenti makan di RNR Pagoh Selatan, Inara kembali melelapkan mata. Tersenyum-senyum Edric melihat si isteri yang enak dibuai mimpi. Kenal sangat dengan perangai Inara.

Pantang jalan jauh je, pasti gadis itu akan terlelap.

Sambil memandu, mulutnya turut menyanyi mengikut rentak lagu Alone, Pt II nyanyian Alan Walker dan Ava Max yang dimainkan oleh radio.

Dua jam kemudian, kereta yang dipandu Edric keluar dari bulatan Jalan Desaru. Dia memberhentikan keretanya di bahu jalan.

Kanan atau kiri ni?

Sedang leka memikirkan, Iphone X nya berbunyi. Tangan kiri Edric lantas menekan butang menjawab panggilan di stereng kereta.

" Ha tepat pada masanya kau call. " Edric menghela nafas. Sememangnya dia mahu menghubungi abang iparnya itu kerana tidak mahu menganggu lena Inara. Tidak sangka pula, Tengku Izhan lebih pantas darinya.

" Kenapa? Sesat ke? " soal Tengku Izhan tergelak di hujung talian.

" Bukan. Aku baru exit roundabout Jalan Desaru. Then nak kena turn left or turn right? " Sambil-sambil itu, tangan mengetuk-ngetuk stereng kereta.

" Oh ingatkan sesat tadi... Dah exit tu kau turn left and dalam sepuluh minit macam tu ada simpang ke kanan. Ha, kau turn right. "

" Okey-okey faham. " Edric angguk-anggukkan kepala walhal Tengku Izhan langsung tidak nampak kelakuannya itu.

" Ara tidur ke? "

" Macam biasalah. Kau macam tak kenal adik kau ni. " gelak Edric sambil ekor matanya melirik pada Inara. Gadis itu masih nyenyak dalam tidurnya. Dia mengambil tangan kanan isterinya lalu mencium kekura tangan Inara.

Tengku Izhan di hujung talian menggeleng kepala. Sudah dipesan pada adiknya itu supaya jangan tidur, tetapi tetap tidur jugak budak sorang tu.

" Haih budak ni. Aku suruh dia teman kau dia pergi tidur pulak. Ni karang kalau dah sampai bagitahu aku. Ummi ni hah tak habis-habis tanya korang dah sampai ke belum. "

" Hahaha.. Okeylah dah sampai karang aku call. " Edric mematikan talian setelah mendapat balasan daripada Tengku Izhan. Dia menoleh semula ke sisi lalu menggoncang perlahan tubuh si isteri.

" Wake up, Mrs Edric. "

Inara membuka mata perlahan-lahan apabila terasa suara seseorang begitu dekat dengan telinganya. Seketika, raut wajah Edric yang kacak menjamah penglihatannya dengan senyuman yang sentiasa menghiasi.

MY LOVELY, INARAWhere stories live. Discover now