MY LOVE INARA 💎 28

364 37 1
                                    

EDRIC duduk sambil kedua tangan disatukan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

EDRIC duduk sambil kedua tangan disatukan. Mata menilik jam yang elok melekap di pergelangan tangan kanannya. Hampir mencecah pukul 3 petang. Ini bermakna, sudah hampir setengah jam dia berada di Prince Court Medical Centre.

Masa yang dirasakan terlalu lama diambil untuk merawat Inara semakin meresahkan hatinya. Sudahlah sampai sekarang, masih belum ada berita daripada doktor yang sedang merawat isterinya.

" Ya Allah, kenapa lama sangat ni? "

" Uwais. "

Edric segera memalingkan kepala mencari suara yang memanggilnya. Matanya terus dijamah dengan kehadiran Tengku Rabihah dan Tengku Izhan.

" Macam mana dengan anak ummi? " Tengku Rabihah menyoal dalam nada risau. Terkejut dia sewaktu sedang bermesyuarat, Puan Sufiah menghubunginya dan memberitahu tentang Inara yang tiba-tiba pengsan di dalam kelas. Mujurlah waktu itu, Edric terlebih dahulu mengetahui.

" Uwais tak tahu, ummi. Dah setengah jam isteri Uwais dekat dalam. Sampai sekarang doktor masih belum keluar lagi. I don't know whether she is okay or not. " ujarnya seraya meraup muka.

Hilang sudah wajah yang sentiasa murah dengan senyuman sebaliknya diganti dengan wajah yang cukup resah dan ketakutan.

Bagai nak tercabut jantungnya tatkala terkenangkan sewaktu dia tiba di kelas tingkatan 5 Bestari, cinta hatinya sedang dikerumuni pelajar-pelajar yang lain.

Tanpa berfikir panjang, terus saja dia membawa Inara menuju ke hospital swasta ini. Waktu itu, dia memang tidak fikir apa-apa dah. Apa yang dia tahu, isterinya perlu mendapatkan rawatan dengan segera.

Tengku Izhan pantas merapati Edric.

" Sabar bro. Banyakkan berselawat dan ingat Allah. InsyaAllah adik aku tu akan baik-baik je. " tuturnya sambil mengusap belakang tubuh adik iparnya itu.

Sepanjang mengenali Edric, inilah kali pertama dia melihat wajah kusut dan ketakutan pemuda itu. Edric pandai dalam menyembunyikan emosi melalui senyumannya namun sekarang tidak lagi. Semuanya jelas terpapar tanpa perlu dia bertanya.

Semua itu sangat membuktikan betapa dalamnya cinta Edric William Durant terhadap Tengku Inara Az-Zahra.

Suasana jeda seketika. Masing-masing berdiam diri. Dalam hati tidak putus berdoa agar tiada berita buruk yang akan disampaikan doktor mengenai cinta hati Edric.

Selang beberapa minit, pintu bilik yang menempatkan Inara dibuka dari dalam. Pantas Edric bangun lalu mendapatkan doktor wanita yang baru saja keluar.

" How about my wife, doctor? " Cepat-cepat dia menyoal.

" Are you Tengku Inara Az-Zahra's husband? "

" Yes. I'm her husband. How about my wife? Is she okay? "

Doktor wanita itu tersenyum manis.

" I ada dua berita gembira untuk encik dan keluarga. Yang pertama Tengku Inara berada dalam keadaan baik-baik saja. Punca Tengku Inara pengsan secara tiba-tiba adalah kerana dehidrasi iaitu kekurangan air dalam tubuh dan juga disebabkan kepenatan.

MY LOVELY, INARAWhere stories live. Discover now