MY LOVE INARA 💎 42

343 25 10
                                    

SABTU

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SABTU...

Ting Tong!

Ting Tong!

KEDENGARAN bunyi loceng Vila Orkid ditekan berkali-kali. Mak Siti yang sedang leka menyimpan bahan basah dalam peti ais di dapur lantas meninggalkan kerjanya itu sebelum dia mengorak langkah ke arah pintu utama.

" Assalammualaikum Mak Siti. " ucap Nafisa mesra seraya bersalam dengan pembantu rumah Vila Orkid itu. Mikayla, Delisha, Annaila dan Qaisara turut melakukan hal yang sama.

" Waalaikumsalam. Ha dah sampai pun kamu semua. " Mak Siti tersenyum.

" Ara dekat mana Mak Siti? " Mikayla menyoal setelah dia orang yang terakhir bersalam dengan Mak Siti.

" Ara ada dekat taman belakang. Masuk lah. Nanti Mak Siti hantarkan minuman. " arah Mak Siti. Sudah terbiasa dengan kedatangan kawan-kawan Inara yang boleh dikatakan setiap hujung minggu akan bertandang ke vila ini.

Mereka yang lain angguk kepala mendengar jawapan Mak Siti kemudian menapak ke taman belakang. Kelihatan Inara sedang bermain-main dengan seekor kucing.

" Hoi mak buyung! "

" Oh mak kau hijau. " Latah Inara. Hampir-hampir saja dia nak baling si Lucy Adriana yang berada dipangkuannya ke dalam kolam. Mujurlah tangannya sempat menahan. Kalau tak apalah nasib si oyen tu. Hiks. Hiks.

Berpusing kepala Inara mencari orang yang menyergahnya. Mata diputar saat terpandang gerangan yang sedang menggelakkannya itu. Siapa lagi kalau bukan anak gadis Uncle Syed tu?

" Ya Allah, Ara! Comelnya kau ni. Eii. " jerit Qaisara sebaik sahaja mendekati Inara. Pipi tembam Inara dicubit-cubit tanpa belas kasihan. Geram betul dia tengok rupa sahabat baiknya itu yang semakin hari semakin berseri-seri bak bidadari itu. Seri ibu mengandung lah katakan.

" Oi minah. Jangan menjerit boleh tak? Karang tak pasal-pasal si Ara terberanak dekat sini karang. " tegur Delisha. Qaisara kalau dah keluarkan suara dia, satu taman vila ni boleh dengar. Maklumlah, minah tu cita-cita dia nak jadi penyanyi tersohor macam Datuk Seri Aliff Syukri tu. Hahahaha...

" Tah kau ni. Suara dah la nyaring. Terkejut beruk anak buah aku dalam perut si Ara tu. " Nafisa pula menegur. Dia mengambil tempat di hadapan Inara. Yang lain juga mengambil tempat masing-masing.

" Opss sorry-sorry. " Cepat-cepat Qaisara menutup mulutnya.

Inara hanya menggeleng-geleng kepala. Perutnya disentuh kerana terasa senak apabila anaknya mula menendang. Mungkin si anak menyedari dirinya menjadi tajuk perbualan 'aunty-aunty' di luar.

" Weh Ara, baby Uzair tendang la. Omo. Omo. Comelnya. Eii tak sabarnya kakak nak jumpa dia. " tutur Annaila dengan nada teruja. Dia pegang perut boyot Inara dan sekali lagi mendapat reaksi daripada insan di dalam.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 19 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MY LOVELY, INARAWhere stories live. Discover now