MY LOVE INARA 💎 39

369 30 8
                                    

INARA gelisah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

INARA gelisah. Beberapa kali dia menoleh ke luar. Titis-titis hujan mulai turun. Terpandang juga biasan kilat umpama lampu yang berkelip-kelip di celah kepulan awan hitam. Bunyi guruh yang tiba-tiba bertempik menyelubungi suasana dalam biliknya.

Mata dikerlingkan ke arah jam yang tergantung elok di dinding.

9.30 pm.

Dia menarik nafas dalam-dalam dan kemudian terdengar keluhan yang amat berat terlontar daripada kerongkongnya. Perutnya yang memboyot itu diusap-usap.

" Uzair, papa marah mama lagi ke sayang? Dah lewat malam ni tapi papa Uzair tak balik-balik lagi. " Inara cuba berinteraksi dengan si anak.

Namun tiada 'balasan' daripada Muhammad Uzair Al-Qayyum membuatkan Inara semakin rasa bersalah.

Biasanya kalau dia bertanya, pasti Uzair akan menjawab dengan 'tendangannya' namun hari ini anaknya itu seolah-olah turut memarahi dirinya kerana perkara yang dia bincangkan dengan Edric tempoh hari.

Dia tahu dia salah dan tak sepatutnya dia terfikir perkara yang bukan-bukan tetapi entah mengapa dia boleh tercakap pula dengan Edric.

Akibatnya, masuk hari yang ketiga ini untuk pertama kali dalam hidupnya bersama Edric William Durant, lelaki itu melancarkan silent treatment terhadapnya. Puas dia meminta maaf pada Edric kerana tidak sengaja berfikir mengenai itu akan tetapi suaminya itu hanya layan dia ala kadar saja.

Inara yang dah penat ke hulu ke hilir itu segera melabuhkan punggung di birai katil. Telefon pintar yang terletak di atas meja dicapai.

Contact nama ♥️ Cinta Syurga Az-Zahra ♥️ didail.

Namun selang beberapa saat, hanya peti simpanan suara sahaja yang masuk. Bukan sekali malah berkali-kali dia mengulangi panggilan itu namun tetap juga masuk voice mail.

Hatinya mula berasa tidak sedap. Rasa macam ada sesuatu yang terjadi. Lantas, cepat-cepat Inara berselawat dan beristigfar bagi mengurangkan rasa gelisah di dalam hati.

" Ya Allah, kurangkan lah perasaan yang bukan-bukan dalam hatiku ini. "

Tidak selesa dengan keadaan duduk, Inara berbaring pula. Automatik, tangan naik menutup mulutnya yang sudah mula menguap berkali-kali. Dia mengantuk tetapi malam ini dia tak nak tidur selagi Edric tidak muncul di hadapan mata.

Tok! Tok!

" Adik, buka pintu ni kejap. "

Inara tersentak tatkala mendengar suara Tengku Izhan di luar bilik. Perlahan-lahan dia bangun dari pembaringan lalu menapak ke pintu.

" Abang? " Hairan melihat si abang yang muncul dalam keadaan termengah-mengah itu.

" Adik, pergi bersiap sekarang. We need to go somewhere. " tutur Tengku Izhan setelah menstabilkan semula nafasnya. Penat kerana mendaki anak tangga menuju ke tingkat tiga ini.

MY LOVELY, INARAWhere stories live. Discover now