MY LOVE INARA 💎 32

392 47 3
                                    

Thanks for 7k reads 🥺

USAI membersihkan diri, Edric keluar dengan hanya membiarkan tuala membaluti bahagian bawah tubuhnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

USAI membersihkan diri, Edric keluar dengan hanya membiarkan tuala membaluti bahagian bawah tubuhnya. Tangan ligat menggosok-gosok rambut yang masih basah. Walk-in-closet dihampiri.

Tidak mengambil masa yang lama, Edric keluar semula dengan tubuh sudah tersarung slack hitam dan tshirt berkolar jenama Paul Stuart berwarna putih. Dia pakai begitu kerana lepas Maghrib nanti, dia ingin mengajak isteri kesayangannya pergi mencari roti jala.

Sambil-sambil menyisir rambut perangnya, Edric sedang berfikir-fikir bagaimana cara ingin memberitahu Inara bahawa lusa dia terpaksa ke London bagi menghadiri mesyuarat besar bersama lembaga exsekutif William's Empire di sana.

Kalau ikutkan hati, memang dia nak bawa Inara sekali tetapi isterinya sedang sibuk menyiapkan projek Addmathnya dan perlu menghadiri kelas tambahan. Jadi memang tidak boleh lah jawabnya.

Selesai dengan kerjanya, Edric mencapai wallet, telefon pintar dan kunci Audinya lalu menapak keluar. Ingin memujuk si cinta hati yang sedang merajuk. Nanti sajalah dia fikirkan hal itu.

" Sayang. "

Namun, panggilannya tidak bersahut. Kemudian, dapur dituju. Di situ ada Tengku Rabihah dan Mak Siti sedang menyediakan bahan-bahan untuk makan malam. Kelibat isteri kesayangan langsung tidak kelihatan.

" Assalammualaikum ummi, Mak Siti. "

Salam Edric disambut mereka berdua.

" Uwais. Bila balik? Ummi tak dengar pun bunyi kereta. "

" Dah setengah jam dah Uwais balik, mi. Sampai je tadi Uwais terus naik atas then mandi. Ara mana ummi? "

Semerta, Tengku Rabihah menggaritkan kening. Begitu juga dengan Mak Siti.

" Eh Ara ada dekat tingkat dua tadi. Uwais tak perasan ke? Dia tengok cerita apa entah sampai dekat bawah ni terdengar gelak tawa dia. " Pelik Tengku Rabihah. Tak kan lah menantunya itu tidak nampak kelibat isteri sendiri?

" Perasan ummi. Tadi ada berbual dengan dia kejap. Ara tengah merajuk dengan Uwais tu sebab Uwais terlupa nak belikan roti jala yang dia pesan tengahari tadi. Lepas tu dia turun bawah. Katanya nak tengok ummi masak apa. Uwais pun biarkanlah dia kejap then Uwais pergi mandi. Ni Uwais panggil dia tak menyahut pun. " jelas Edric. Mata melata ke sekeliling kawasan dapur.

" Haih anak bertuah ummi sorang tu. Sejak-sejak mengandung ni makin kuat merajuknya kalau tak dapat apa yang dia nak. " Tergeleng-geleng kepala Tengku Rabihah.

" La kenapa tak cakap dengan Mak Siti je Ara nak makan roti jala? Boleh lah Mak Siti buatkan. " sampuk Mak Siti.

Edric angkat bahu.

" Ara tak nak menyusahkan Mak Siti lah tu. Tak apa lah ummi, Mak Siti. Uwais pergi cari isteri Uwais dulu. " tuturnya sopan kemudian dia keluar dari ruangan dapur.

MY LOVELY, INARAWhere stories live. Discover now