MY LOVE INARA 💎 08

533 50 3
                                    

" WOI Uwais! Dah dah lah tu kalau nak melepas rindu pun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" WOI Uwais! Dah dah lah tu kalau nak melepas rindu pun. Aku dengan abi dah lama tunggu dekat bawah ni. Cepat sikit! "

Satu suara memekik mengejutkan Edric yang sedang berpelukan dengan Inara. Lantas, kedua-duanya melepaskan pelukan dan memandang ke arah pintu. Dahi masing-masing berkerut sebelum sama-sama mengalihkan pandangan ke arah interkom yang melekat di dinding sebelah pintu bilik.

Kelihatan cahaya berwarna merah menyala menandakan ada seseorang sedang bercakap.

" Adik! Balik karang je lah sambung. Orang nak pergi jogging ni. " Suara Tengku Izhan bergema lagi disebalik intercom itu.

Serta-merta, Edric dan Inara melepaskan tawa kecil.

" Hish, abang ni. Sibuk lah. Macam tahu-tahu je kita tengah bersweet-sweet. " cebik Inara. Ish, kacau daun je lah.

" Eh Ya Allah. I almost forgot about that. Sayang, bie nak jog sekejap dengan abi dan Izhan. Sayang bangun pergi mandi and siap-siap. Balik dari jog kita sarapan then we go on a date. Okay, Mrs Edric? " Edric jadi kelam kabut lantas bangun dari duduknya seraya menuju ke arah almari pakaian.

Tidak pula Inara bangun dari katil tetapi dia melirikkan matanya ke arah suami yang sedang menyalin pakaian. Lelaki itu membuang baju melayu ditubuh kemudian digantikan dengan jersi berwarna putih. Seluar pula disarung track-suit berwarna biru tua.

Tersenyum-senyum dia memandang tubuh tegap milik Edric.

Edric yang perasan dengan lirikan nakal si isteri segera bertutur.

" Hey you naughty wife. Pergi mandi cepat. Bie nak keluar dah ni. "

" Malas lah nak jalan. Dukung honey, please? " Inara mendepakan luas tangannya minta didukung.

Tergeleng Edric dengan telatah manja isteri kesayangannya itu. Tanpa banyak kata, dia mendekati katil dan menarik Inara masuk ke dalam pelukannya. Tangan dan kaki Inara diliarkan ke sekeliling leher dan pinggangnya sebelum dia membawa gadis itu ke bilik air.

Sudah serupa ibu koala yang sedang membawa anaknya kalau dilihat pasangan itu.

Edric menurunkan Inara lalu mencubit manja pipi gadis itu.

" I'll be back in forty-five minutes. Bie pergi dulu. "

" Okay hubby. Take care. Jangan pandang perempuan lain nanti honey cemburu. " Inara berpesan. Sempat lagi dia memberi amaran pada lelaki itu dengan muka dibuat-buat garang.

" I won't. " Balas Edric kemudian mengatur langkah meninggalkan Inara. Namun baru beberapa langkah, otaknya teringat akan sesuatu.

Tidak jadi Inara mahu menutup pintu bilik air apabila perasan suaminya itu berjalan ke arah dia semula.

MY LOVELY, INARAWhere stories live. Discover now