MY LOVE INARA 💎 26

488 40 3
                                    

PAGI Isnin, semua sekolah di seluruh Malaysia memulakan sesi persekolahan setelah bercuti selama seminggu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PAGI Isnin, semua sekolah di seluruh Malaysia memulakan sesi persekolahan setelah bercuti selama seminggu. Memandangkan satu sekolah telah mengetahui tentang status Sir Edric dan Tengku Inara, maka Edric memutuskan untuk menghantar sendiri isterinya ke sekolah.

" Okay, we have arrived. " kata Edric usai mematikan enjin. Dia berpaling menghadap Inara. Terlepas tawa kecil melihat wajah cemberut si isteri.

" Ala sayang. Tak comel lah nak monyok-monyok pagi ni. Cuba senyum sikit. " tuturnya seraya mengelus lembut muka isterinya itu.

Inara cebik bibir.

" Bie sengaja je kan? Honey dah kata turunkan honey dekat bustop tapi bie sengaja je masuk sampai dalam. " Dia toleh kiri dan kanan. Mahu memastikan tiada pelajar yang melihat. Mujur saja lah waktu masih awal jadi tidak ramai lagi pelajar yang datang.

Edric gelak lagi. Oh itu rupanya punca si isteri cemberut pagi-pagi macam ni. Memang lah Inara ada beritahu tadi supaya menurunkannya di bus top yang berdekatan dan dia anggukkan saja kepalanya namun begitu dah dekat sangat dengan sekolah so dia terus masuk je lah macam biasa.

" Mana ada sengaja sayang. Kenapa pula bie nak turunkan honey dekat bus top kalau boleh masuk sampai sini? Kalau boleh bukan dekat sini je tapi sampai dalam kelas tau bie nak hantar honey. "

" Eii bie ni. Nanti budak-budak nampak lah yang honey datang dengan bie. Segan tau. " bidas Inara.

" What's the matter honey? Dia orang pun dah tahu kan status kita so nak malu apanya? Are you ashamed that I am your husband? " tanya Edric, cuba menduga.

Laju Inara menggeleng.

" Ish bukan lah bie. Honey bukan malu yang bie tu suami honey tapi bie tahu lah budak-budak ni. Nanti kalau dia orang nampak, mesti dia orang akan usik honey. Lagi-lagi classmate honey tu. " Inara memuncung tatkala memikirkan rakan sekelasnya iaitu 5 Bestari.

Kelas dia memang terkenal dengan sikap masing-masing yang suka mengusik dan menyakat para pelajar. Selalunya mesti korang pernah dengar kan tentang kelas terbersih, kelas tercantik, kelas terbaik dan sebagainya tetapi lain pula buat kelasnya.

Satu sekolah memanggil kelas tingkatan 5 Bestari sebagai

The Chaotic Class.

Kelas yang paling riuh dan paling kepoh.

Oh ye tak lupa juga kelas yang suka bergosip.

Boleh dikatakan kelas seramai 19 orang itu semuanya masuk air. Semuanya sekepala. Mungkin sebab hubungan persahabatan daripada tingkatan tiga membuatkan masing-masing dah kenal perangai masing-masing. Bonding masing-masing dah kuat sesama mereka.

Tetapi jangan terkejut.

Meskipun 5 Bestari dikenali sebagai The Chaotic Class, satu sekolah juga menggelar mereka The Genius Class. Sebab apa? Sebab otak masing-masing bergeliga dan bijak-bijak belaka.

MY LOVELY, INARAWhere stories live. Discover now