MY LOVE INARA 💎 14

440 37 3
                                    

INARA ingatkan mereka akan terus pulang ke Vila Orkid tetapi Aprilia RSV4 yang dinaiki mereka melencong ke satu tempat yang tidak jauh dari William's Empire

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

INARA ingatkan mereka akan terus pulang ke Vila Orkid tetapi Aprilia RSV4 yang dinaiki mereka melencong ke satu tempat yang tidak jauh dari William's Empire. Mana lagi kalau bukan ke Taman Tasik Titiwangsa?

Kata Edric, alang-alang mereka dah ada dekat sini baik mereka singgah seketika. Dia pun ikut sajalah tanpa banyak bicara.

Di pondok yang tersedia khas, Inara memerhati pemandangan sekeliling. Macam yang dia nampak dari tingkat 5 pejabat suaminya tadi, ramai pengunjung di situ memandangkan hari ini hari Ahad. Hari yang sesuai untuk mengisi masa lapang dengan beriadah bersama kawan-kawan atau keluarga.

Bercakap tentang suami, Inara melihat jam di pergelangan tangan kanan. Sudah lebih 5 minit tetapi kelibat Edric langsung tidak kelihatan. Tadi dia nak ikut Edric pergi beli aiskrim tetapi suaminya suruh dia jaga tempat.

So, dekat sini lah dia. Menunggu cinta syurganya yang masih belum muncul. Haih, ramai sangat ke orang nak beli aiskrim tu?

" Ara! Weyh betul lah kau. "

Inara terkedu.

Perkara yang paling dia nak elak sekali ketika keluar berdua dengan Edric adalah ditegur seseorang. Dan sekarang perkara itu lah yang berlaku.

Adeh.

Tadi Cikgu Atilia ni siapa pulak?

Inara terus berpaling gerangan si penegur. Okey dah tahu siapa.

" Zaim? "

Bukan hanya Zaim seorang tetapi turut berada di depannya itu adalah Firdaus, Eskandar, Syakir dan Daniel.

Siapa mereka? Sudah tentunya classmate dia!

" Korang buat apa dekat sini? " Inara buat-buat tanya sambil mata meligat memandang ke arah belakang kawan sekelasnya itu.

Dalam hati berdoa supaya makin ramai orang beratur membeli aiskrim jadi tak adalah Edric muncul tiba-tiba macam dalam Wattpad yang dia selalu baca tu. Tengah-tengah saat genting, ada je kemunculan yang tak diduga.

" Hujung minggu ni kan. So, kita orang lepak lah sini. Yang kau tu, lepak sini gak ke? Mana yang lain? Tak nampak pun. " soal Daniel. Mata tercari-cari geng perempuan si Inara.

" Err... " Inara tak tahu nak jawab apa. Tak kan lah dia nak cakap dia tengah dating dengan cikgu English dia orang pulak. Dah lah dia orang tak tahu lagi pasal perkahwinan dia.

" Haah. Aku sorang je. Eh, aku nak gerak balik dah ni. " Nak dijadikan cerita, saat itu jugalah mata Inara perasan seseorang sedang melangkah ke arah mereka. Mahu menggeleng kepala agar lelaki itu tidak datang ke sini tetapi boleh pula dia buat-buat tak nampak.

Aduh. Memang pecah lah rahsia dia kejap lagi.

20 saat...
40 saat...
60 saat...

Sebelum...

MY LOVELY, INARAWhere stories live. Discover now