MY LOVE INARA 💎 06

618 47 1
                                    

LINGKARAN tangan di pinggang Edric mengejutkan dia yang sedang mengambil angin di balkoni bilik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LINGKARAN tangan di pinggang Edric mengejutkan dia yang sedang mengambil angin di balkoni bilik. Tahu-tahu saja, isterinya sudah memeluk dia dari belakang. Saat itu juga dia merasakan ada cairan di belakang baju yang dipakainya.

Lantas, Edric berpaling dan terkejut melihat Inara mengalirkan air mata sambil menunduk.

" Hei, kenapa ni? " soalnya gelabah. Dia mendongakkan kepala Inara dan menyapu cecair jernih itu menggunakan ibu jarinya.

Melihat Edric yang begitu prihatin menyoalnya, makin deras air mata Inara merembes keluar. Dia kembali merangkul tubuh tegap lelaki itu.

" Kenapa ni, sayang? Tell me, siapa yang buat isteri kesayangan bie menangis ni? " Edric bertanya sambil menggosok-gosok belakang gadis itu. Luluh hatinya melihat tangisan si isteri.

Inara tidak menjawab malah dia makin mengetatkan pelukan. Ya Allah, betapa beruntungnya dia dikurniakan seorang suami yang baik dan begitu penyabar seperti Edric. Setelah dia bersikap kurang ajar dengan lelaki itu namun Edric masih juga melayannya dengan baik sekali.

Beberapa minit mereka berkeadaan begitu sebelum Edric merungkaikan pelukan. Dia menjarakkan sedikit tubuh dan membiarkan kedua tangannya berada di belakang pinggang Inara. Muka yang tertunduk di hadapannya itu didongakkan. Dia mengesat baki air mata gadis itu.

" Now, tell me why are you crying? Bie ada buat honey marah lagi ke? Kalau ada bie minta maaf. Bie tak sengaja. "

Laju Inara menggeleng kepala.

" Tak. Bie tak perlu minta maaf. Honey yang salah, honey yang berdosa. Honey yang patut minta maaf dengan bie. Honey isteri yang kurang ajar. Honey cemburu tengok Cikgu Atilia pegang bie. Honey... "

" Shh.. " Belum sempat Inara menghabiskan kata, Edric terlebih dahulu meletakkan jari telunjuk di bibir isterinya itu.

" It's okay, sayang. Bie tahu honey tak sengaja. Honey tak ada buat salah apa pun dengan bie. Kalau ada, itu salah bie. Bie tak patut biarkan Atilia sentuh bie. I'm really sorry. Okey macam ni. Sebenarnya, Atilia hampir nak pitam jadi bie suruhlah dia pegang lengan bie. Niat bie nak membantu dia je, sayang. Tak lebih dari tu. " Edric menjelaskan.

" Tak apa. Bie tak perlu jelaskan. Honey yang cemburu buta."

Edric geleng kepala.

" No sayang. Bie memang kena jelaskan apa yang membuatkan isteri kesayangan bie ni marah dan cemburu. Honey ada hak untuk tahu semua itu. Bila honey cemburu macam ni, so I know you really love me. " Hidung Inara dicuit manja.

" Of course. I'm jealous because I love you. I'm jealous because I'm scared of losing you. I don't want to lose you. You're my husband dunia dan akhirat. " balas Inara seraya memeluk tubuh tegap encik suami. Erat bagai tidak mahu melepaskan.

MY LOVELY, INARAWhere stories live. Discover now