MY LOVE INARA 💎 25

406 39 6
                                    

EDRIC tersedar daripada lenanya tatkala merasakan haus di tekak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

EDRIC tersedar daripada lenanya tatkala merasakan haus di tekak. Tangan kanan mengambil Iphone X di atas meja tepi katil. 2.26 pagi. Telefon pintar itu diletak semula. Kemudian, dia beralih pada isteri yang sedang nyenyak dalam pelukannya.

Rambut yang menutupi diselitkan di cuping telinga Inara. Dahi bersih Inara dikucup sekilas sebelum dia mengalihkan kepala isterinya itu pada bantal di sebelah. Dia membetulkan duvet pada tubuh Inara kemudian turun dari katil. Baju disarungkan ke tubuh dan seterusnya dia menapak keluar.

Lampu dapur dinyalakan. Edric mengambil satu gelas kaca lalu dia menyentuh icon cold pada water purifier berjenama Coway. Laju air sejuk mencurah-curah masuk ke dalam gelas itu. Tidak menunggu isi sampai penuh, lantas dia meneguknya dengan rakus.

Ah... sangat menyegarkan melalui tekaknya.

" Uwais? "

Satu suara tiba-tiba datang menyapa dan secara spontan kepala Edric terpusing ke sebelah kiri.

" Tengku Arash. "

Tersungging sengih di bibir Tengku Arash.

" No need to be formal bro. Just call me Arash. You are already my family. " tuturnya lalu melakukan perkara yang sama seperti Edric tadi.

" Entah kenapa malam ni terasa panas pulak. Mungkin nak hujan kot. "

" Maybe. " Komen Tengku Arash dibalas pendek Edric. Dia baru nak minta diri naik ke atas tetapi lelaki itu mengajak dia duduk bersembang seketika. Nak tak nak, dia duduk lah kejap.

" Aku tengok kau macam tak suka aku je. " Tengku Arash muntahkan satu ayat penyata.

Edric sedikit tersentak tetapi dia berlagak tenang.

" Nothing. Maybe that's just your feeling. I'm good. "

Tengku Arash jongket kening.

" Perasaan aku mengatakan yang kau memang tak suka aku. Han ada cerita dekat aku yang suami babygirl lelaki yang easy to get along with tapi aku tengok kau tak banyak cakap sejak aku datang. Time makan tadi pun kau diam je. " Lagi dia menyatakan apa yang dia perhatikan daripada lelaki Inggeris itu.

" Aku rasa kau tak perlu kot nak cemburu pasal hubungan aku dengan babygirl. Dia tu adik sepupu aku. " sambung Tengku Arash lagi melihatkan Edric yang masih selesa berdiam diri.

Edric ketap gigi. Sedikit geram mendengar ayat terakhir pemuda di hadapannya itu. Kalau dah tahu sepupu kenapa perlu peluk dan sentuh-sentuh isterinya?

Tak kan lah duduk di Korea selama berbelas-belas tahun, Tengku Arash sudah lupa tentang halam dan haram?

Tidak tahu kah dia bahawa pangkat sepupu itu tidak menghalalkan Tengku Arash untuk menyentuh isterinya?

MY LOVELY, INARAWhere stories live. Discover now