MY LOVE INARA 💎 21

344 38 2
                                    

SEMALAM, puas jugalah Inara memujuk Edric agar mengizinkan dia keluar dengan kumpulan perempuannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEMALAM, puas jugalah Inara memujuk Edric agar mengizinkan dia keluar dengan kumpulan perempuannya. Macam-macam soalan yang ditanya suaminya itu.

Keluar dengan siapa?

Buat apa?

Dekat mana?

Berapa ramai?

Ada lelaki tak?

Sampaikan dia siap tunjuk whatsapp group semata-mata untuk meyakinkan Edric yang tak ada kawan lelakinya yang akan turut serta. Akhirnya setelah puas memujuk, Edric memberi keizinan bila dapat tahu yang Nafisa dan Mikayla ada sekali.

Kata Edric, kedua gadis itu boleh menjaganya kerana Nafisa itu sepupu dan Mikayla itu boleh dipercayai berdasarkan perwatakannya yang lemah lembut dan lebih matang dari dia itu.

Inara pun iyekan je lah asal kan dia dapat hang out dengan Dessert Rose nya. Yeay!

" Kawan honey semua tunggu di mana? " Edric menyoal ketika dalam perjalanan menghantar Inara dan Nafisa ke Mid Valley. Meeting start jam 11 pagi jadi sempatlah dia menjadi driver tak berbayar dua orang tuan puteri itu.

" Dorang kata nak tunggu dekat McD. Bie hantar kitorang dekat entrance je lah. Tak payah cari parking. "

Edric anggukkan kepala sebagai balasan. 15 minit kemudian, mereka tiba di Mid Valley tapi kereta yang membawa mereka tidak menuju ke pintu masuk utama tempat menurunkan penumpang sebaliknya Edric menuju ke kawasan letak kenderaan.

Inara menggaritkan dahi.

" Eh, kenapa bie parking pulak ni? "

" Let's go. I will send you both to that restaurant. "

" Tak apa ke bie? Nanti bie lambat masuk meeting. " Inara risau. Tak nak lah disebabkan dia, Edric lambat masuk pejabat. Dah lah waktu-waktu macam ni jalan tengah jammed.

" It's okay, honey. They can wait for me. Dah, jom. " Edric memberhentikan kereta. Handbreak ditarik kemudian dia keluar dari kereta.

Inara tergelak.

Ceh!

Baru je semalam suaminya cakap nak tunjukkan contoh yang baik kepada pekerja.

" Kau tengok sir kau tu, Nafisa. Semalam dia cakap dengan aku dia nak be a good example for his staff. Harini dia boleh pulak cakap staff dia boleh tunggu dia. " adunya pada Nafisa. Mereka sama-sama turun dari kereta.

" Hahaha... Kau ni macam tak faham-faham pulak. Abang Uwais risau la tu nak biarkan kau keluar tanpa dia. Sejak korang kahwin, kau kan tak pernah berenggang dengan dia. " Nafisa menyatakan fakta.

" Erm ye tak ye jugak. Hahaha... "

Betul lah apa yang dikatakan sepupunya itu. Sepanjang bergelar isteri Edric, mana pernah dia keluar tanpa Edric disisi. Nak pergi mana-mana, mesti lelaki itu akan menjadi peneman.

MY LOVELY, INARAWhere stories live. Discover now