MY LOVE INARA 💎 23

329 39 3
                                    

" HYE, baby girl

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" HYE, baby girl. Did you miss me? "

Melopong mulut Inara melihat jejaka tampan yang berdiri di sisi Tengku Izhan dengan senyuman lebar menghiasi bibir. Kedua-dua tangan jejaka itu didepakan sebagai isyarat agar Inara datang memeluknya.

" Abang Rash! "

Tidak dapat tidak, Inara terus meluru ke arah jejaka yang dipanggil Abang Rash itu dan sekelip mata dia berada dalam pelukan gagah si jejaka.

" I miss you, babygirl. "

" Hmm... I miss you too, abang. " tutur Inara dan mengetatkan lagi pelukan di tubuh Abang Rash. Langsung tidak terlintas difikirannya bahawa lelaki yang sedang memeluknya itu adalah someone special yang disebut-sebut keluarganya. Dia peluk lelaki itu semahu-mahunya. Mahu melepaskan kerinduan di hati.

Tengku Aizulrahman, Tengku Rabihah dan Tengku Izhan yang melihat sekadar melorekkan senyuman manis.

Akan tetapi, lain pula bagi seorang suami yang bernama Edric William Durant. Adegan yang tidak sepatutnya berlaku diantara isteri kesayangannya dan seorang lelaki yang tidak dikenali di hadapan mata sungguh membuatkan dia panas hati dan terkesima.

Sekelipan, satu perasaan aneh mula mengganas dalam diri. Lagi-lagi apabila melihat Inara sendiri yang memeluk lelaki asing itu.

Adakah Inara lupa tentang janji-janjinya yang dia tidak akan memeluk atau menyentuh lelaki yang bukan mahram bagi dirinya?

Tetapi sekarang apa yang sedang berlaku?

Mengapa Inara sewenang-wenangnya memeluk lelaki itu?

Lupakah Inara bahawa titlenya sudah berubah?

Lupakah Inara tentang maruahnya sebagai seorang isteri?

Lupakah Inara tentang perasaan seorang suami apabila isteri sendiri memeluk lelaki asing?

Namun begitu,

Persoalan yang bermaharaja lela di dalam hati tidak diluahkan. Dia belum gila lagi untuk mengamuk tiba-tiba. Tambah-tambah lagi ada keluarga isterinya di situ. Dia harus bersikap positif meskipun itu adalah perkara yang sangat mustahil untuk dia yang bergelar suami.

Dah kalau isteri sendiri peluk lelaki lain nak positif tang mana nya?!

Yang dia pelik, kenapa keluarga isterinya seolah-olah membiarkan?

Tengku Izhan yang nampak perubahan si adik ipar segera berpaling semula pada Inara.

" Amboi adik. Dah dah lah tu peluk si Rash tu. Ingat sikit awak tu dah ada suami. "

Suara Tengku Izhan yang menegur menyentakkan Inara. Perlahan-lahan dia melepaskan pelukan. Nampak Abang Rash terus lupa yang suami dia ada sekali.

Saat matanya bertentang dengan mata Edric, satu perasaan muncul.

MY LOVELY, INARAWhere stories live. Discover now