MY LOVE INARA 💎 35

538 40 2
                                    

" HERE your seat miss and sir

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" HERE your seat miss and sir. Have a pleasant journey. "

" Thank you. " ucap Edric pada seorang pramugari wanita yang telah menunjukkan tempat duduknya dengan Inara.

" Oh yeah, one more thing. You don't have to come if I don't call. Tell the other flight attendants too. Thank you. " tambahnya lagi. Dia tak nak privasinya bersama isteri diganggu.

" Alright sir. " Pramugari itu angguk kepala beserta senyuman manis kemudian berlalu pergi.

Edric menempah tempat duduk di kabin kelas pertama kerana ingin memberi keselesaan kepada Inara untuk berbaring dengan selesa tanpa ada sebarang gangguan.

Awalnya Kak Hawa membeli tiket bussiness class untuknya ke London namun apabila memikirkan yang dia tidak sanggup ingin meninggalkan isteri kesayangannya seorang diri, Edric terus menukar rancangan untuk membawa Inara sekali.

Setelah berbincang dengan Puan Sufiah dan kumpulan projek Inara, mereka semua bersetuju untuk membenarkan Inara tidak menyertai bahagian terakhir projek matematik tambahan.

Menurut Puan Sufiah, Inara dah banyak bagi idea dan cadangan untuk kumpulannya. Jadi tiada masalah kalau Inara minta cuti seminggu.

Tatkala dia mengutarakan hal itu kepada Tengku Rabihah, awalnya memang ibu mertuanya bertegas tidak membenarkan Inara ikut sekali tetapi apabila Tengku Aizulrahman memujuk, maka di sinilah dia bersama cinta hatinya.

" Bie... Mind to explain? " Inara mula menyoal setelah menyelesakan letak duduknya. Dia memandang muka kacak encik suami dengan seribu satu persoalan yang berlegar-legar dalam kepala otaknya.

Teringat kembali patah-patah perkataan yang ditutur Tengku Aizulrahman. Bukan tentang nasihat abinya tetapi tentang dirinya yang akan mengikut Edric ke London.

Masa dia ingin mendapatkan penjelasan, masa itu jugalah pengumuman penerbangan ke Heathrow Airport kedengaran.

Dia diam dan ikut saja langkah suaminya sehinggalah sekarang ini. Menanti Edric memberikan jawapan sekaligus menjawab segala teka teki yang bermain dalam mindanya.

Edric tergelak kecil. Comel pula dia rasakan melihat wajah si isteri yang penuh dengan tanda tanya.

" What kind of explanation do you need from me? " Edric buat-buat tanya seolah tidak memahami pertanyaan Inara.

" Bie! Betul-betul la. " rengek Inara seraya memuncungkan bibir. Orang tengah serius ni dia main-main pulak.

Edric nak ketawa lagi tetapi melihatkan wajah Inara yang dah tunjuk tanda-tanda nak merajuk tu cepat-cepat dia meneutralkan wajahnya.

" Okey-okey bie cerita. Come here, tak mo muncung-muncung. " Ditarik lengan Inara merapatinya sebelum dia menjatuhkan isterinya itu di ribanya.

MY LOVELY, INARAWhere stories live. Discover now