MY LOVE INARA 💎 31

404 33 3
                                    

Thank you for 6k reads 🥺

KEESOKKAN harinya, Edric tidak membenarkan Inara ke sekolah disebabkan kejadian yang berlaku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KEESOKKAN harinya, Edric tidak membenarkan Inara ke sekolah disebabkan kejadian yang berlaku. Namun setelah dipujuk berkali-kali oleh isteri kesayangannya itu, terpaksa jugalah dia mengizinkan.

Risau juga dia kerana hari ini memang dia tidak akan masuk sekolah kerana ada urusan di luar. Tetapi mujurlah Inara dikelilingi kawan-kawan kelasnya yang baik-baik jadi bolehlah mereka tolong tengok-tengok cinta hatinya itu,

" Mr. Durant. "

Edric disapa seseorang setelah beberapa minit dibiarkan bersendirian di ruangan menunggu. Tadi sampai-sampai je dia di bangunan guaman ini, seorang pekerja membawanya ke sini kerana orang yang ingin dijumpainya sedang bermesyuarat.

Pantas Edric bangun dari duduknya.

" I'm Kasyaf, PA Dato' Rizq. " Seorang lelaki memperkenalkan diri secara formal kepada tetamu bossnya itu.

" Durant. " Edric menyambut huluran tangan Kasyaf juga dengan senyuman.

" Sorry to keep you waiting. Let's go, Mr. Durant. Dato is waiting for you in his room. "

Edric angguk kepala tanpa banyak suara dan mengekori langkah Kasyaf sehinggalah tiba di hadapan sebuah bilik. Kasyaf mengetuk pintu kayu jati yang tertera cantik nama dan pangkat seseorang.

DATO' RIZQ RAAZIQIN
CHIEF EXECUTIVE OFFICER RIZQ LAW FIRM

Selepas mendapat keizinan masuk, Kasyaf membuka pintu. Mereka pantas melangkah masuk. Kelihatan bossnya sedang tekun membuat kerja di mejanya. Sedikit pun dia tidak mengangkat muka.

" Dato'... Mr. Durant is here. "

Sesaat kemudian, barulah Rizq panggung kepala. Hujung bibirnya membentuk senyuman nipis tatkala terpandang kehadiran seseorang yang berdiri tegak di belakang setiausahanya.

" Ed! Come in, bro. " Lantas, dia berdiri dan melangkah merapati Edric.

" Sorry bro. Aku ada urgent meeting tadi so tak boleh cancel. Lama dah kau tunggu? " soal Rizq sambil berjabat tangan kemudian menjemput tetamunya itu duduk.

" About 10 minutes but I can wait longer just to meet a VIP like you. " Edric bergurau setelah menghenyakkan punggung di sofa mewah yang tersedia dalam bilik itu.

Rizq melepas gelak seraya mengarahkan Kasyaf menyediakan dua black coffee untuk mereka. Kasyaf mengangguk dan terus berlalu. Edric juga tersenyum. Matanya meliar ke segenap ruang pejabat sebelum iris birunya jatuh pada sebuah gambar yang elok tergantung di belakang meja kerja Rizq.

Gambar yang memaparkan Rizq Raaziqin yang kacak bergaya dalam sepersalinan baju melayu cekak musang berwarna hitam dan bersampin songket hitam berbenang emas.

MY LOVELY, INARAWhere stories live. Discover now