MY LOVE INARA 💎 36

407 43 6
                                    

BUNYI gelak tawa yang kedengaran sayup-sayup ditelinganya membuatkan Edric yang tadi nak masuk ke dalam rumah terus melencongkan kakinya ke arah suara itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BUNYI gelak tawa yang kedengaran sayup-sayup ditelinganya membuatkan Edric yang tadi nak masuk ke dalam rumah terus melencongkan kakinya ke arah suara itu. Kenal sangat dengan suara itu.

Siapa lagi kalau bukan isteri kesayangannya?

Entah apa la yang seronok sangat tu  Dari depan rumah lagi sudah kedengaran suara Inara Az-Zahra.

" Serius lah, mummy? " soal Inara. Air mata yang keluar tidak henti-henti diseka. Bukan sebab sedih tetapi sebab banyak sangat ketawa mendengar cerita Madam Cassandra tentang suami tercintanya.

" Yes, sweetie. Mummy ingatkan sekali tu je lah Ed buat perangai tak nak pergi klinik. Tapi rupa-rupanya masa dia berumur sepuluh tahun lagi nakal tau suami you tu. " ujar Madam Cassandra turut tertawa.

" Abang Ed buat apa my? " Inara dah bersedia untuk gelak lagi.

" Ada ke patut dia pancitkan tayar kereta daddy semata-mata tak nak pergi klinik? Mummy dengan daddy ingatkan satu je kereta yang Ed pancitkan tayar. But what is more surprising is suami you tu pancitkan semua tayar kereta daddy yang ada dalam garage. " Tergeleng-geleng kepala Madam Cassandra tatkala terkenangkan kenakalan satu-satunya anak tunggalnya bersama Sir Adrian.

" Tak padan dengan sakit. Nakalnya bukan main lagi. "

" Hahahaha... " Makin pecahlah tawa Inara. Mengekek dia ketawa. Siap ditekan-tekan perutnya bagaikan baru lepas mendengar cerita yang paling lawak dalam dunia.

" Amboi. Amboi. Seronok ye gelakkan suami sendiri? "

Automatik, kepala Inara dan Madam Cassandra terngadah pada sang penegur.

Edric yang dari tadi berpeluk tubuh sambil menyandar pada dinding, segera menghampiri mummy dan isterinya. Dah lama dia tercengat di situ. Sengaja tak nak menegur kerana dia nak tahu apalah yang dibualkan mereka sampai membuatkan Inara gelak macam tak ingat dunia.

" Bie! " Sungguh teruja Inara melihat kepulangan encik suami. Laju je dia bangun dan berlari ke arah Edric.

" Tak mo lari sayang. " tegur Edric sebelum dengan sekelip mata tubuh kecil sang isteri sudah berada dalam pelukannya.

" Next time don't run, honey. You're carrying our baby. " pesannya lembut. Dikucup ubun-ubun Inara.

" Hehe sorry bie. I miss you so much. "

Hari ini suaminya itu ada lagi mesyuarat dengan eksekutif William's Empire. Walaupun masih mual-mual dan pening kepala, Edric terpaksa juga menghadiri menyuarat itu.

Dia yang memang tak tahu nak buat apa berbual-bual lah dengan Madam Cassandra di taman ini memandangkan ibu mertuanya masih bercuti daripada tugasnya sebagai seorang seorang saintis dalam bidang arkeologi.

" Me too, my love. I miss you more than the sun misses the night sky. It felt very lonely even in the crowd because my beloved wife was not by my side. " luah Edric sambil mengetatkan pelukan.

MY LOVELY, INARAWhere stories live. Discover now