BAB 2 - Sakit!✨

157 28 121
                                    

Baru sahaja meletakkan album dalam laci, tiba-tiba TING~ (notification masuk di telefon Arjuna). Lalu Arjuna mencapai telefonnya, dan mesej tersebut daripada teman wanitanya bernama Ardella.

 Lalu Arjuna mencapai telefonnya, dan mesej tersebut daripada teman wanitanya bernama Ardella

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Di dalam WhatsApp...

"Assalamualaikum.. busy tak petang ni? awak, boleh tak kita jumpa kejap petang ni? saya ada benda penting nak bagitahu" - ujar Ardella

"Waalaikumusalam.. rasanya tak busy petang ni, kenapa sayang? macam pelik je ni😅 ok ke ni??" - tanya Arjuna

"Nanti saya bagitahu awak lah, lepas asar nanti kita jumpa kat tempat biasa eh" - ujar Ardella dan menghentikan conversation itu

Arjuna mulai berasa tidak sedap hati, dari mesej itu dia merasa pelik dan ragu-ragu Ardella seperti bersikap aneh. Tetapi Arjuna cuba untuk tidak berfikiran buruk dan negatif. Pada petang itu, Arjuna dan Ardella berjumpa di sebuah kedai makan. Arjuna mendekati Ardella yang berpakaian baju blouse biru dan menegurnya.

"Sayang dah lama tunggu ke?? sorry kalau terlambat sikit, dah makan ke?☺️" - tanya Arjuna dengan sangat mesra dan soft spoken terhadap teman wanitanya itu

"Baru je dalam 10 minit.. belum lagi, nak tunggu awak dulu" - ujar Ardella sambil merenung ke arah Arjuna

"Ohh.. jomlah kita order makanan dulu, kenapa sayang pandang macam tu? rindu saya ke?? ke sebab saya handsome?" - tanya Arjuna menjongketkan kedua keningnya

"Tak ada apa lah, nanti saya bagitahu.. kita order dulu.. kalau rindu pun, apa salahnya kan? perasan je awak ni" - ujar Ardella sambil mereka memesan makanan

"Rindu sangat lah tu sampai renung macam tu.. saya pun rindu awak tau sayang, yelah dulu time saya kerja tentera tak banyak masa dengan sayang, jumpa pun susah" - luah Arjuna pada Ardella

"Dulu tak akan sama macam sekarang kan awak?? kadang manusia pun boleh berubah sekelip mata" - ujar Ardella cuba menahan sebak untuk berbicara

"Ye betul.. tapi kejap, kenapa sayang tiba-tiba cakap macam ni ye?? awak ke tak ni sayang?? saya ada buat salah apa-apa ke?" - soal Arjuna mulai berasa pelik dengan kata-kata Ardella

"Tak.. awak tak ada buat salah apa pun, cuma ada benda saya nak bagitahu awak.. tapi saya tak kuat nak bagitahu😔" - Ardella berasa sangat serba-salah ingin ungkap

"Sayang.. awak ok ke tak ni?? kenapa ni? saya tak faham.. ada lelaki ganggu awak ke sayang? cuba bagitahu saya" - Arjuna tertanya-tanya

"Tapi saya tak kuat, saya tak mahu berjauhan dengan awak😢 cukup lah berjauhan time awak dekat tentera dulu" - air mata Ardella mulai mengalir

"Berjauhan? apa maksud sayang ni?? kita sekarang mana ada berjauhan dah sayang.. saya dah berhenti kerja tentera, dah hampir setahun saya stop" - ujar Arjuna yang mulai berasa tidak sedap hati

"Saya rasa hubungan kita sampai sini, ibu ayah ada terima pinangan dari seorang lelaki😔 ibu ayah nak saya bertunang dengan lelaki tu minggu depan.. tapi saya tolak, sebab sayangkan awak.. tapi ibu ayah paksa" - ujar Ardella sangat sebak dan air matanya mengalir membasahi pipi

"Sayang? awak bergurau ke ni dengan saya?? siapa yang masuk minang awak tu sayang??" - bertubi-tubi soalan yang ditanya oleh Arjuna. Dia sudah merasa sedikit sebak dan tidak percaya kata-kata dari Ardella

"Saya tak bergurau.. saya jujur dengan awak sekarang ni😔 saya tak berapa kenal dia, tapi dia ada datang hari tu kata dia senior sekolah saya dulu.. sumpah, saya tak boleh terima dia" - ujar Ardella tidak sampai hati memberitahu Arjuna

"Tak apa lah kalau macam tu sayang.. mungkin saya bukan jodoh terbaik buat awak, saya redha dan cuba kuat kalau betul tu yang parents awak nak" - mata Arjuna mulai berkaca dan sangat sebak di dadanya

"Awak.. saya sayang awak, tak nak berjauhan dengan awak lagi.. sakit awak😔" - Ardella juga tidak dapat kawal tangisannya itu

"Sayang.. tak apa, saya ok dan cuba kuat.. awak terima je pinangan dia ye☺️ mungkin dia yang terbaik buat awak.. saya balik dulu ye, ummi nak kirim barang.. ni duit, awak bayar makanan nanti ye.. Assalamualaikum" - Arjuna menghulurkan duit pada Ardella, lalu pergi meninggalkannya

"Awak.. awak nak pergi mana? awak nak tinggalkan saya ke?? bagi lah saya jumpa dengan awak lama sikit.. Arjuna😔" - Ardella menangis melihat Arjuna berlalu pergi dari situ

Sakit. Sangat sakit apabila mendengar berita itu, segala kata-kata dari mulut Ardella memberi tamparan yang sangat kuat pada dirinya. Arjuna membawa motor miliknya, lalu pergi singgah ke sungai. Dia menangis seorang diri dan menahan rasa sakit di hatinya. Wanita yang dia sayang sejak dari mula masuk tentera, bakal menjadi tunang orang lain tidak lama lagi.

"Ya Allah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ya Allah.. kenapa aku kena macam ni? apa salah aku, sampai aku kena hadap semua ni?? sakit hati aku, sakittt!😢 dah lama aku dengan dia dan mak ayah dia kenal aku lama, tapi kenapa pilihan mak ayah dia dekat lelaki tu?? aku sayang dia hmm.. Ya Allah, kau kuatkan hati aku😔" - luahan hati Arjuna yang sangat perit untuk di tanggung

Arjuna mengeluarkan telefon bimbitnya, lalu dia membuka galeri dan melihat gambar-gambar kenangannya bersama Ardella, dari sejak mula kenal sehingga sekarang. Air matanya berjurai laju membasahi pipinya, tidak dinafikan Ardella wanita yang baik, namun mungkin tiada jodoh di antara mereka. Arjuna cuba untuk kuatkan hatinya walaupun perit.

Pada malam itu... Ting~ (notification lagi sekali masuk di telefon Arjuna) dan telefonnya berdering 2 kali. Ardella mesej dan call Arjuna. Arjuna membaca mesej dari Ardella.

"Assalamualaikum awak.. saya minta maaf kalau buat awak tersinggung perasaan😔 saya tak ada niat.. saya sayang awak, bukan lelaki tu.. awak marahkan saya ke?? please reply chat saya" - rayu Ardella

"Waalaikumusalam.. awak, jangan risau saya ok dan tak marah awak.. ni bukan salah awak pun, saya redha☺️ terima kasih sebab hadir dalam hidup saya, awak perempuan yang baik.. saya busy ada kerja ni nak hantar makanan, kita buat haluan masing-masing je ye.. Assalamualaikum" - Arjuna membalas mesej itu dengan matanya yang berkaca

Bersambung~~
(Rasa sedih dan sakit pula bila baca😢 kesian Arjuna.. btw jangan lupa tekan bintangvote tau! terima kasih korangSayang korang semua❤️)

Arjuna Milik Ayana❤️Where stories live. Discover now