BAB 8 - Tawaran✨

96 24 63
                                    

Setelah hampir 3 minggu Arjuna berfikir, akhirnya Arjuna mengambil keputusan untuk menerima tawaran kerja sebagai bodyguard dari Mateen tersebut. Arjuna contact call Mateen dan mereka berjumpa. Kring~ telefon Mateen berdering, lalu Mateen menjawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikum bang, saya dah fikir dan buat keputusan.. saya terima tawaran dari abang, cuma....." - belum habis ayat Arjuna berkata, Mateen memotong

"Waalaikumusalam.. cuma.. cuma apa? tak apa macam ni, hujung minggu ni awak datang ke rumah saya dan bincang tentang ni, boleh?? awak free tak hujung minggu ni?" - tanya Mateen

"InsyaAllah.. ok boleh bang hujung minggu ni, tak ada masalah.. nanti abang send je alamat rumah abang dekat saya ye☺️" - ujar Arjuna tersenyum

"Ok baiklah.. nanti saya send pada awak ye Arjuna.. kita jumpa hujung minggu ni, Assalamualaikum" - ujar Mateen dan matikan panggilan tersebut

Pada hujung minggu, Arjuna bersiap untuk pergi ke rumah Mateen. Walaupun Arjuna hanya berpakaian simple T-shirt berlengan pendek, tetap kelihatan kemas dan segak. Tambah pula, lengannya sedikit berotot serta tangannya berurat. Baru sahaja keluar dari bilik, umminya menegur.

"Arjuna nak pergi mana? nampak macam segak handsome je ni?? jumpa kekasih baru ke??🤭" - gurau umminya dan ketawa kecil

"Handsome segak apanya ummi?? baju ni kan Juna selalu je pakai.. ishh tak adanya nak jumpa kekasih ke, siapa ke.. Juna nak jumpa kawan kejap je ummi" - ujar Arjuna menggelengkan kepalanya

"Yekee?? anak ummi, pakai apa pun handsome segak je.. untung siapa dapat Juna ni tau" - umminya memuji

"Elehh ummi ni macam membodek je, ummi ada nak kirim apa-apa ehh??😏" - tanya Arjuna sambil mengecilkan matanya

"Ummi puji ikhlas tau, mana ada nak bodek-bodek" - ujar umminya

"Yelah tuu.. Juna gerak dulu eh ummi? nanti apa-apa call je Juna tau? nak gerak pergi rumah kawan kejap.. Assalamualaikum ummi" - ujar Arjuna sambil menyalam kedua tangan umminya, lalu dia terus bertolak

"Waalaikumusalam.. jaga diri, jangan bawa motor tu laju-laju ye.. hati-hati" - pesan umminya

Arjuna pergi menuju ke rumah Mateen. Hampir 1 jam perjalanan, akhirnya Arjuna sudah pun tiba di rumah Mateen.

(Ni contoh gambar rumah Mateen)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Ni contoh gambar rumah Mateen)

"Assalamualaikum" - Arjuna memberi salam

"Waalaikumusalam.. ye? awak cari siapa ye??" - tanya Jannah

"Kak, ni rumah abang Mateen kan?? sebelum tu, nama saya Arjuna.. dia ada ke? sebab abang Mateen yang bagi alamat rumah ni kat saya😅" - ujar Arjuna dengan riak muka tertanya-tanya

"Ohh awak lah Arjuna, baru saya ingat.. dia ada, tadi dia pergi tandas kejap.. jemputlah masuk, duduk dulu ye.. akak buatkan air" - Jannah pelawa Arjuna memasuki rumah

"Terima kasih kak.. tak apa, tak payah susah-susah😅 saya datang nak jumpa abang Mateen je" - ujar Arjuna dengan penuh sopan

"Tak apa, tak susah pun.. hubby! kawan hubby dah sampai ni nak jumpa" - Jannah memanggil Mateen

"Ye sayang, kejap.. Arjuna maaf ye kalau tertunggu.. sakit perut tadi, ni sebab kes makan petai semalam lah ni😌 lama ke sampai??" - tanya Mateen dan melabuhkan punggung duduk di atas sofa

"Tak apa bang.. baru je sampai tadi tak sampai 5 minit" - ujar Arjuna tersenyum

"Ohh.. ni dah makan belum?? kalau belum, kita makan tengahari sekali.. isteri saya masak sedap hari ni😁" - ujar Mateen juga tersenyum

"Belum.. tapi tak apa lah bang, saya datang jumpa abang je bincang pasal tawaran tu" - ujar Arjuna berasa segan

"Kalau macam tu, Arjuna jemputlah makan sekali dengan kami.. alang-alang dah sampai ni, mari lah kita makan.. hubby, ajaklah dia makan sekali" - pelawa Jannah. Arjuna mengangguk dan menunduk hormat

"Kita bincang sambil makan ye.. Juna ambil je lauk, buat je macam rumah sendiri ye☺️" - ujar Mateen sambil menghulurkan lauk pada Arjuna

"Terima kasih bang, akak.. susah-susah je.. segan pula saya😅" - ucap Arjuna dengan riak muka segan

"Tak ada susahlah.. awak seorang je tetamu kat rumah ni, mana ada susah.. kan sayang??" - ujar Mateen ketawa kecil

"Hubby ni.. malu dia dibuatnya, Arjuna tak payah malu-malu ye.. kami ok je" - ujar Jannah mengukir senyuman

"So macam mana? Arjuna betul ke terima tawaran saya bagi tu??" - soal Mateen sambil minum air oren

"Ye, Arjuna terima.. tapi cuma saya tak pandai jaga anak orang, dan saya tak kenal anak abang.. saya risau, anak abang tu tak suka saya jadi bodyguard dengan dia😅 dia pun tak kenal saya" - ujar Arjuna sedikit kerisauan

"Pasal tu tak apa.. nanti saya boleh discuss dengan anak saya, jangan risau.. InsyaAllah bulan depan, anak saya balik rumah.. biasanya dia akan balik, 2 atau 3 bulan sekali.. boleh lah bincang sekali time tu" - ujar Mateen

"Oh baiklah bang.. dan waktu saya bekerja nanti, macam mana ye bang?? yelah saya pun kena jaga ummi kat rumah" - tanya Arjuna

"Tentang tu pun jangan risau, jadual waktu kerja awak fleksibel je.. tak apa, nanti saya bagitahu details dan gaji upah pun saya akan bagi nanti.. apa pun, terima kasih sebab terima tawaran saya bagi😊" - ucap Mateen rasa bersyukur

"Baiklah bang.. sama-sama, dan terima kasih juga kat abang.. banyak sangat bantu saya, saya sangat terhutang budi" - ucap Arjuna tersenyum

"Tak ada masalah pun.. tambahlah lagi nasi, nanti bawa sikit lauk balik ye.. boleh bagi ummi awak makan nanti" - ujar Mateen

Arjuna mengangguk kepalanya dan memberi ucapan terima kasih. Mereka makan sambil berborak dan berkenalan lebih dalam. Setelah habis sahaja makan, Arjuna pulang ke rumah.

Bersambung~~
(Sikit je lagi dorang dah nak berjumpabtw jangan lupa tekan button star vote tau.. terima kasih semua🥰 sayang korang semua❤️)

Arjuna Milik Ayana❤️Where stories live. Discover now