BAB 7 - Bodyguard??✨

107 23 83
                                    

Selepas itu, pada malam itu Arjuna cuba untuk contact dan menghantar mesej pada Mateen. Ting~ (notification masuk di telefon Mateen).

Di dalam WhatsApp

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Di dalam WhatsApp...

"Assalamualaikum bang.. maaf ganggu abang malam-malam macam ni😅 ni saya, yang jumpa kat kedai makan tadi.. abang ingat kan?" - tanya Arjuna

"Waalaikumusalam.. tak ganggu pun.. ye ye, saya ingat.. saya lupa nak tanya, nama awak apa ye?? dah 2 kali jumpa, terlupa nak tanya nama awak" - tanya Mateen pula

"Nama saya Arjuna☺️ abang boleh panggil Juna je, nak panggil Arjuna pun boleh.. mana-mana pun boleh.. nama abang apa?" - ujar Arjuna tersenyum nipis

"Arjuna.. sedap nama awak.. nama Mateen" - ujar Mateen yang juga tersenyum

"Terima kasih bang, nama abang pun sedap juga.. Allahu, baru sekarang tahu nama, sebelum ni jumpa terlupa nak tanya😂" - Arjuna ketawa kecil

"Itulah.. kalau dah tahu, mudah saya nak panggil nama awak" - ujar Mateen tersenyum

Lalu, tiba-tiba ada suara memanggil, datang dari arah pintu bilik...

"Hubby?? kenapa tersenyum-senyum tu? hubby chat dengan siapa tu??🤨" - Jannah tenung dan menjongketkan sebelah keningnya

"Senyum apa? haa sayang jealous ehh?? hubby chat kawan jelah, bukan dengan perempuan, betina atau madu lain😌" - Mateen berkata jujur pada Jannah

"Haa?? madu?! hubby chat dengan madu mana??" - soal Jannah dengan perasaan cemburu dan geram

"Ya Allah.. madu apa pula? madu kelulut?? sayang, hubby kata chat dengan kawan.. bukan dengan madu semua, tak percaya? nahh tengok ni" - Mateen menghulurkan telefonnya pada Jannah untuk tunjuk sebagai bukti

"Arjuna? betul ke ni lelaki? hubby tak tipu sayang kan?? ni Arjuna lelaki kan?" - Jannah tanya bertubi-tubi pada Mateen, risau suami kesayangan curang. Jannah overthinking

"Ya Allah.. tak tipu sayang, betul.. demi Allah, tak tipu.. dalam hati hubby ni, ada sayang seorang je tau❤️" - ujar Mateen sambil memujuk Jannah. Jannah tersenyum tersipu malu

"Hmm ok.. sorry hubby, sebab cemburu sangat.. Arjuna tu siapa? tak pernah tahu pun, hubby ada kawan nama Arjuna" - ucap Jannah dan bertanya pada Mateen

"Arjuna ni yang saya jumpa kat gerai pisang goreng tu.. sayang ingat kan?? siang tadi pun, terserempak dengan dia.. dia minta nombor, jadi hubby bagi" - ujar Mateen

"Oh lelaki yang hubby kata tertinggal dompet tu eh?? ingat je" - tanya Jannah dan menganggukkan kepalanya

Mereka berborak dan kemudian tidak lama itu, mereka tidur. 2 minggu kemudian, Mateen keluar dari bank seorangan. Tiba-tiba ada seorang lelaki, ingin meragut dan merampas dompet ditangannya. Mujur sahaja, kebetulan Arjuna ada disekitar tersebut dan dapat diselamatkan.

"Woii! kau tak ada kerja lain ke nak meragut orang??😡 kau pergi sekarang, atau aku call polis??" - Arjuna mengugut lelaki tersebut, dan mencengkam kuat lengan lelaki itu. Lelaki itu segera cabut lari

"Arjuna? Ya Allah, terima kasih selamatkan saya.. saya terhutang budi dengan awak" - ucap Mateen dengan rasa bersyukur

"Sama-sama.. tak perlu terhutang budi pun, saya yang patut hutang budi kat abang.. sebelum ni, abang bantu saya.. jadi sekarang, saya bantu abang pula☺️" - ujar Arjuna mengukir senyuman

"Terima kasih ye lagi sekali Arjuna.. ni saya bagi upah sikit dekat awak, saya ikhlas" - Mateen menghulurkan sedikit duit pada Arjuna

"Eh bang? upah untuk apa ni? Ya Allah, saya ikhlas bantu abang tadi.. tak minta balasan upah apa-apa pun😅" - ujar Arjuna dengan hati yang ikhlas

"Kalau begitu, sebagai tanda terima kasih, mari kita makan kejap.. saya ada benda nak tanya awak, boleh??" - pinta Mateen

Arjuna mengangguk tanda setuju dan tersenyum, mereka pergi menuju ke sebuah restoran makan bersama dan berborak.

"Arjuna, boleh saya tanya awak sesuatu?" - tanya Mateen sambil menyandar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Arjuna, boleh saya tanya awak sesuatu?" - tanya Mateen sambil menyandar

"Boleh bang.. nak tanya apa tu??" - tanya Arjuna pula

"Awak kerja rider je ke, atau ada kerja lain selain tu??" - tanya Mateen lagi yang ingin tahu

"Dulu, saya sebenarnya kerja sebagai tentera udara 14 tahun macam tu, tapi saya berhenti sebab jaga ummi saya.. selepas stop tu, saya berniaga kedai burger dengan rider.. tapi sekarang saya stop berniaga dan full time rider.. kenapa ye bang??😅" - ujar Arjuna

"Ohh awak bekas tentera lah ni?? baik faham.. ummi awak sakit apa??" - soal Mateen lagi

"Ye bang, saya bekas tentera.. sakit-sakit orang tua je bang, tapi ummi pernah kena asma juga" - ujar Arjuna

"Ohh baik.. kalau saya offer satu kerja ni kat awak, awak akan terima dan nak tak??" - Mateen menawarkan kerja pada Arjuna

"Offer kerja?? kerja apa tu bang, boleh saya tahu??😅" - tanya Arjuna dengan riak muka ingin tahu

"Macam ni, memandangkan Arjuna kebetulan pernah kerja tentera, jadi mesti tahu basic pertahankan diri kan?? saya offer kerja sebagai 'Bodyguard' untuk anak saya, boleh?? pasal gaji dan upah, jangan risau.. InsyaAllah boleh tampung lebih hidup awak dan ummi awak☺️" - terang Mateen pada Arjuna

"Bodyguard?? bodyguard untuk anak abang? saya bukan tak nak, tapi saya tak ada pengalaman jadi bodyguard dan jaga anak orang bang" - ujar Arjuna risau kerana tiada pengalaman

"Ye, bodyguard.. anak saya dulu pernah mengadu kena buli dan sekarang kat U dia ada budak lelaki kacau semua.. pengalaman tu tak ada masalah bagi saya, sebab awak mesti ada basic pertahankan diri.. saya offer gaji besar kat awak, boleh tampung perubatan ummi awak sekali.. saya akan bagi awak masa untuk berfikir☺️" - ujar Mateen tersenyum

"Hm InsyaAllah bang.. saya fikirkan dahulu ye pasal ni, bagi saya masa" - ujar Arjuna dan Mateen hanya mengangguk

Larut malam itu, Arjuna berfikir tentang itu sambil baring. Dia berfikir sejenak, ingin menerima tawaran tersebut atau tidak. Umminya juga kadang-kala sakit, dan mungkin gaji upah yang ditawarkan oleh Mateen dapat menampung perubatan serta kehidupannya.

Bersambung~~
(Mateen dah offer Arjuna jadi 'Bodyguard'😁 jeng jeng jeng.. btw, jangan lupa tekan bintangvote untuk saya tau, bagi saya bersemangat lagi!☺️ terima kasih! Sayang korang semua❤️)

Arjuna Milik Ayana❤️Where stories live. Discover now